MARBA DARI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG
Teksi
“Khidmat teksi teksi lebih teruk dari tandas”
Aku tak bermaksud menyokong pengucap. Tapi, tahu pula kau marah. Tahu pula kau kata mulut orang celupar. Tapi, tak tercermin pula perlakuan diri. Meter dalam teksi yang kau pandu itu kau buat apa? Sesuka hati kau sahaja menetapkan harga. Dari Stesen Komuter Batu Tiga ke Plaza SACC kau kata ar em tiga puluh. Mahal. Aniaya penumpang namanya. Alasannya pulang nanti tiada penumpang. Apakah kau Tuhan? Boleh pula mendahului Dia dalam menentukan frezeki engkau?
Ini pengalaman aku sebenarnya. Dari 7 teksi yang aku naik, hanya satu yang jujur! Selebihnya mencekik darah. Alangkah baiknya jika sikap pemandu teksi Malaysia setaraf di negara Jepun yang pernah aku tinggal dahulu. Pintu teksi pun mereka tutupkan.
Akhbar
“orang Malaysia tidak minat membaca”, Mamat
Jualan akhbar arus perdana semakin merosot bukan sebab rakyat Malaysia semakin malas membaca. Tetapi, isinya itu sebenarnya memualkan pembaca. Berat sebelah. Terlalu banyak isu politik sampai aku termuntah-muntah! Tak sedarkah?
Mas Kahwin
Naikkanlah mas kahwin mahal-mahal. Supaya semakin ramai anak dara tua. Semakin susah orang nak berkahwin. Nanti kalau semakin banyak zina dan anak luar nikah, kau jawablah dengan Tuhan! Komplikated ya orang agama ini. Perkara mudah dalam syarak nak disusahkan. Perkara susah bukan nak disenangkan. Berapa ramai isteri teraniaya dek kes mahkamah syariah mereka tertunggak bertahun-tahun! Sudah sampai masanya Jabatan dan Majlis agama Islam seluruh negeri disatukan di bawah satu payung bersama. Ubahlah perlembagaan negara, kuasa negeri bagi Agama boleh diseragamkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja.
Kota Bharu
Kota Bharu yang mendung. Apakah hati-hati manusia sedang berkabung?


warispengiran says:
1. teksi : meter tue cume hiasan semata-mata
2. suratkhabar : betul, semakin meloyakan dengan isu politik yang berat sebelah
3. mas kahwin : setuju!!!
4. kota bharu : bcuti kat kota bharu ek skrg?
December 12th, 2009 at 11:18 pm
pappriq says:
..Teksi..- Datuk tuh ngan si pemandu Teksi suma tuh sama je..2 x 5..yg sorg jadi ketam (nk ngajar org..anak sndiri caca marba)..segerombolan nya tuh pulak mcm ayam jantan (tahi kt belakang tk pernah nk cuci..asyik ngan balong dn suaranya saje)..
..Akhbar..-sapa laa gerangan nya punya bangang nilai semangat mambaca rakyat marhain hanya melalui penjualan akhbar..sia-sia belajar tetinggi..
..Mas Kahwin..-nih kes nk nmpak buat kerje lee nih..kuar laa satu arahan baru tnpa selidik mendalam..kot ketua agama tu punnn..kalu dia sorg je bujang/duda/lambat/tk dpt kwin dah lee..hbis satu Selangor suma dia nk soh ikut jdi mcm dia..hahaha..
..Kota Bahru..-sedih brsama rakyat yg kna bayar bil hospital luar negara yang tinggi..mcm laa kunun kt dlm Malaysia dh kurang hospital/pakar..
December 13th, 2009 at 1:19 am
kosong says:
rudy,
cuba ko buat research, kenapa orang susah nak kawin? Sebab mas kawin ke atau sebab duit hantaran?
Yang perlukan duit beribu-ribu tu bukan mas kawin.tapi hantaran, duit pelamin, baju berbelas-belas pasang, dewan2 yang gah.
Kalau perfume/kasut/handbag yang mahal rega ratus2 tu boleh beli utk letak kat dulang hantaran, inikan pulak duit mas kawin yang tak seberapa itu.
December 13th, 2009 at 4:30 pm
addyaholix says:
dari kelana jaya ke SACC juga saya dikenakan rm30. alasan yang sama juga saya terima. “balik nanti takde penumpang”. macam-macam cerita sedih cuba dijaja pada saya. saya penumpang pertama sejak pagilah. menunggu penumpang hampir 4 jamlah.
tapi akibat sesat, meter mencecah rm28. saya cuma senyum.
December 13th, 2009 at 8:53 pm
Rudy says:
kosong, pernah turun ke kampung2 yangh dhaif? lihat bagaimana mereka yang miskin/sederhana nak berkahwin? Kalaulah maskahwin naik bagaimana mereka ini? Yang kita lihat hanya msrkyt di sekeliling kita yang mewah dan mampu. Cuba turun ke kampung2 yang dhaif. Pernah saya hadir majlis pernikahan sahaja, maskahwin dan hantaran cuma sehelai telekung dan alquran. Kemudian majlis kenduri dibuat selepas itu hanya untuk keluarga terdekat. Itupun ihsan ketua kampung.
addy, dia igt licik menipu, tapi Allah lagi hebat!
waris & pappriq, saya setuju!!!
December 14th, 2009 at 8:31 am
kosong says:
Rudy,
tentulah aku pernah ke kampung2 yang dhaif. Yang tidak ada line telefon. yang tidak ada letrik. Tidak ada bekalan air. (rasanya kg dhaif di sekitar Sarawak ni lagi dhaif dari di semenanjung sana). Ada je yang bagi Al-Quran sebagai mas kahwin. Tidak ada masalah apa pun. Yang penting, kesungguhan dan keikhlasan lelaki dan perempuan memberi dan menerimanya.
macam yg ko cakaplah, benda yang mudah. kenapa nak diperbesarkan? Kalau orang lelaki bersungguh nakkan perempuan tu, kenalah ikhtiar walau bagaimana cara sekalipun.
Tak naik RM300 pon, maksiat masih juga berleluasa. Dan kalau RM300 pon dah rasa terbeban, macam mana plak lepas kawin nanti?
Mungkin link kat bawah ni dapat membantu kita semua lebih memahami tentang mas kawin.
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/Mahar.pdf
December 14th, 2009 at 12:29 pm
Rudy says:
cik kosong, cepatlah kahwin n terima mahar. ihiksss
December 14th, 2009 at 4:06 pm