December 7th, 2009

REZEKI

Posted in bebas by Rudy

Rezeki Disember siapa tahu. Kertas hitam putih pemberitahuan yang aku terima itu buat mata aku berkaca-kaca. Lulus periksa siapa tidak suka. Naik gaji siapa tak mahu. Hati melonjak. Terima Kasih Tuhan. Rezeki di penghujung dua ribu sembilan ini, benar-benar bermakna.

Tahniah kepada diri! Moga rezeki ini menjadikan aku lebih tunduk kepada Dia. Dialah pemberi rezeki. Terkadang kita alpa, syukurnya untuk bersujud lima entah ke mana. Moga-moga aku menjadi orang yang lebih banyak memberi.  Sedikit menerima. Terngiang-ngiang doa itu dalam Duha saban pagi.

“Ya Allah, kalau rezekiku ada di langit, Kau turunkan ia berilah kepadaku. Kalau rezekiku ada di laut, Kau daratkan ia berilah kepadaku. Jika rezekiku ada di dalam bumi, Kau keluarkanlah ia berilah kepadaku. Dan jika rezekiku sudah hampir dengan diriku, kau berilah aku peluang menikmatinya. Ya Allah, kalau rezekiku jauh, kau dekatkanlah. Yang lambat kau percepatkanlah. Yang haram kau halalkanlah. Jadikanlah aku seorang cukup dengan rezeki yang kau beri. Jadikanlah aku seorang yang tahu bersyukur, banyak memberi dan sedikit menerima”

Kepada sahabat yang dianugerahi rezeki. Apa sahaja. Ringgit, harta, pangkat waima cahayamata, tahniah juga!

Januari datang. Mentari riang. Raikan.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

11 comments

  1. Kak Zira says:

    Alhamdulillah amin. Mudah -mudahan sentiasa dimurahkan dengan rezeki yang halal.

    December 7th, 2009 at 3:52 pm

  2. axim says:

    alhamdulillah rezeki di permudahkan..:)

    bila mau belanja saya makan di Tari Cafe?

    December 7th, 2009 at 4:13 pm

  3. Rudy says:

    Kak Zira alhamdulillah.

    Axim, InsyaAllah kalau ke Penang akan hubungi. Resmi saya kalau kita buka rezki kawan, Allah akan balas lagi dgn rejeki lain lebih banyak.

    December 7th, 2009 at 4:37 pm

  4. pinklady says:

    tahniah bang Rudy.. and terima kasih kerana berkongsi doa itu.. semoga saya rajin amalkan solat sunat duha mcm abang..

    December 7th, 2009 at 7:17 pm

  5. Adina says:

    Congratulations! :)

    December 7th, 2009 at 7:43 pm

  6. warispengiran says:

    Alhamdulillah…Tahniah Rudy-san…;)

    December 7th, 2009 at 11:57 pm

  7. Rudy says:

    pinky, terima kasih. jom sama2 duha.

    adina & waris, jazakallah.

    December 8th, 2009 at 8:18 am

  8. Miza Hastika says:

    En Rudy,

    Syukur Alhamdulillah dan
    tahniah dari saya.

    Inilah kemanisan yang awak terima selepas kepahitan pd 5 Dec, 09.

    December 8th, 2009 at 8:49 am

  9. charlotte says:

    urmmm… januari membawa perubahan besar dalam kerjaya saya… tak tahulah dimana akan dicampak diri ini… hiba rasa hati

    December 8th, 2009 at 10:20 am

  10. aliff says:

    Salam,

    Bang Dy,

    Allah SWT ganti dengan yang lebih baik bukan? :).

    Sampaikan salam pada kakak ya. Assalammualaikum.

    Semangat bekerja makin kuatkan?

    December 8th, 2009 at 10:35 am

  11. addyaholix says:

    Alhamdulillah rezeki Dia. moga kita terus jadi manusia yang selalu tahu untuk bersyukur dan berterima kasih.

    December 8th, 2009 at 3:43 pm