December 5th, 2009

DIA YANG TERKENA

Posted in bebas by Rudy

Apa perasaan kalian apabila ditipu kontraktor? Dijanjikan dua minggu boleh siap urusan menyambung dapur rumah. Akhirnya selepas dua bulan, dapur masih tidak siap juga. Sudahnya, dia  terpaksa menambah satu bulan lagi sewaan rumah. Dua rumah dibayar dalam satu bulan buat poket dia sakit. Malah diburukkan lagi, urusan memasang kabinet dapur pula tertangguh dek ditipu kontraktor yang sama.

Pembekal mengamuk mencari dia minta bayar wang upah buat kabinet yang kononnya belum habis dibayar, sedangkan semua bayaran telah dilangsaikan kepada kontraktor. Sampai diugut-ugut pula. Dahlah pembekal itu orang Indon! Dia segera serang kontraktor bila diugut pembekal sebegitu rupa. Sudahnya kontraktor takut dan tak berani untuk datang ke rumah dia kerana bersalah mengapur duit dia.

Maka, kerja-kerja akhir tidak dibuat dengan sempurna. Cat dinding dalam dan luar, pintu dapur belum dicat dan dipasang kunci, pintu grill dapur pun tak dipasang, kaca tingkap nako tidak lengkap, marmar pecah tidak diganti, pintu bilik mandi tidak sempurna, dinding tandas tidak dilepa sempurna, longkang tidak dibersihkan, loceng sekuriti tidak dipasang semula, longkang penuh dengan sarap, pagar belakang tidak dibina semula dan sampah sarap tidak diangkat. Macam sudah ditimpa tangga! Bayaran pula sudah 95% dibayar. Kalau amaunnya sedikit tak mengapa, tetapi lebih sedikit dua puluh ribu!

Bila jadi begini, musnah segala kepercayaan kepada kontraktor yang juga seorang sahabat. Menyesal tak buat perjanjian hitam putih secara bertulis. Tapi, dia masih mampu tersenyum. Kerana akhirat masih ada timbang taranya. Dia percaya itu.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

7 comments

  1. he says:

    peringatan buat aku juga ini.

    December 5th, 2009 at 10:00 pm

  2. warispengiran says:

    kalau ditanya perasaan memang cukup MARAH dan BENGANG…cukuplah sekali kepercayaan untuk sahabat seperti itu.
    apapun Rudy-san, tenang-tenangkan hati, sabar dan tabah.Hidup ibarat roda, disana jua ada pembalasannya…

    December 5th, 2009 at 10:26 pm

  3. pinklady says:

    Saya tumpang simpati pada incik rudy.. Semoga segalanya baik-baik saja..

    December 5th, 2009 at 11:15 pm

  4. addyaholix says:

    sakit bila kepercayaan yang kita beri pada seorang yang kita namakan sahabat dikhianati kan.

    kadang-kadang susah untuk mempercayai manusia yang sepatutnya kita percaya, kerna bila disakiti, pedihnya berganda.

    December 7th, 2009 at 12:52 am

  5. aliff says:

    Salam,

    Bang Dy,

    Sabar ye. Ada hikmahnya tu. Semoga dipermudahkan Allah SWT.

    December 7th, 2009 at 11:48 am

  6. Miza Hastika says:

    En. Rudy,

    Zaman sekarang apa pun perkara yang dilakukan lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan duit lebih baik ada black & white, jangan verbal, meskipun dia sahabat baik kita.

    Saya bersimpati atas apa yang berlaku pada awak.

    Ya, awak masih mampu tersenyum tetapi didalam hati…

    December 7th, 2009 at 3:10 pm

  7. Rudy says:

    sahabat2, terima kasih atas ingatan dan nasihat. Memang saya bodoh dalam hal ini. Percaya kpd kawan hingga merosakkan diri sendiri. Hastika, jangan risau, dalam hati saya skrg tidak spt yang has jangkakan. Alhamdulillah saya sgt tenang kerana saya seringkali bercakap kpd diri, semua yg ada pad a kita bukan milik kita. Justeru kehilangan ringgit/kerugiannya saya redho.Kerana saya tahu, Tuhan duga saya dengan masalah ini kerana asbab yang tersendiri. Hikmahnya saya yaqin ada. :)

    December 8th, 2009 at 8:21 am