November 11th, 2009

Tengkujuh datang membawa dingin. Dalam rentak hujan yang menampar jendela, aku leka dengan mimpi sambil dipeluk kehangatan kamar nan indah. Betapa, Tuhan menjadikan hujan dengan penuh rahmat. Dan aku mereguk malamku dengan istirahat yang panjang.
Hujan-dingin. Kamar-hangat. Malam teruslah engkau mendakapku.
November 9th, 2009
Diri sahaja yang betul. Semua orang salah. Orang lain tak boleh buat. Tapi dia boleh buat. Dia sahaja yang baik. Orang lain tak baik. Cercanya bergentayangan hingga semua makhluk mendengar. Cuma kerana malas bising-bising aku suka lebih diam daripada membalas dengan menyelar kembali sifatnya yang menjengkelkan ramai orang. Inilah manusia yang suka menunjuk telunjuk kepada orang lain, hingga lupa empat jari lagi menunjuk kepada diri sendiri.
Ini ingatan untuk diri aku sendiri. Supaya muhasabah tidak mahu terjadi seperti itu lagi.
November 6th, 2009

Musim peperiksaan datang lagi. Pelbagai ragam dan rencam. Bukan calon sahaja pening, tetapi pemeriksa juga pening.