Archive for November, 2009

November 18th, 2009

KEMBARA: BALI 2009

Posted in bebas by Rudy

Mendung Bali menyambut aku. Pulau wisata paling akrab dengan mereka yang suka dengan keindahan pantai dan keunikannya.

Supir

Sebolehnya jika kalian mahu ke Bali, dapatkan supir khas. Jangan naik teksi kerana harganya mahal. Google sahaja di internet. Ramai yang dah pergi ke Bali pasti meninggalkan nama supir/pemandu yang boleh bawa kita berjalan keliling Bali.

Aku diperkenalkan Kash sahabat aku, Pak Ketut Wijaya, seorang warga Bali beragama Hindu. Jika kalian mahukan perkhidmatan beliau boleh hubungi (es-em-es) di telefon bimbitnya +6281 337 525 308. Cakap sahaja dapat nombor ini daripada Rudy. Pak Ketut mesra dan dia tahu semua selok belok Bali. Tempat solat dan makanan halal pun dia tahu.

Aku mula es-em-es beliau untuk bertanyakan harga sebulan sebelum berangkat. Untuk 3 hari dua malam, beliau minta harga Rp.700,000 (RM220++). Rp.50,000 ambil di lapangan terbang ketika sampai+ Rp300,000/1 hari+Rp.50,000 hantar ke lapangan terbang untuk pulang. Beliau akan bawa kalian dengan Toyota Avanza miliknya. Harga tersebut adalah untuk sebuah kereta termasuk petrol. Pak Ketut tidak mengenakan bayaran mengikut kepala. Harga kenaan tersebut adalah harga pada musim tidak ramai pelancong sekitar Ogos dan November. Jika pada waktu puncak sekitar Disember ia akan naik Rp.50,000 lagi. Boleh bincang harga baik-baik dengan beliau.

Atau jika kalian mahu supir yang beragama Islam, boleh hubungi Pak Kadek  +6281 239 75521. Malangnya aku tak pernah berurusan dengan beliau, dapat nama ini melalui sahabat juga. Tapi menurut sahabat aku Nikli, harga yang ditawarkan oleh Pak Kadek Rp350,000/hari. Cubalah es-em-es beliau untuk bertanyakan harga.

Makan Malam di Jimbaran

Jika ke Bali, jangan lupa makan makan malam romantis di pantai menghadap laut. Seeloknya datang tika matahari hampir tenggelam dan nikmati pemandangan indah tatkala matahari terbenam. Makan di restoran seafood Baliku Cafe, Bumbu Bali. Meskipun agak mahal (Rp. 250,000.700/2 orang – RM90++) tetapi ia cukup berbaloi sambil menikmati makan malam dengan matahari terbenam di hadapan mata dan debur ombak menghempas pantai. Ada juga kumpulan penyanyi jalanan. Kita boleh minta mereka menyanyikan lagu yang kita mahu dengan bayaran seikhlas hati.

Baliku Cafe (Special Fresh Grilled Seafood ala Bali)
Jalan Pantai Kedonganan No.12
Jimbaran Bay
Kuta, Bali Indonesia.
tel: (0361 70224)
www.balikucafe.com

Kecak Dance di Uluwatu

uluwatu

uluwatu00

Jika ke Bali, tidak sah ke Pura Luhur Uluwatu (Kuil Luhur Uluwatu) untuk melihat Kecak Dance. Tarian ini menurut Pak Ketut, asalnya wujud apabila petani yang pulang dari bendang, berehat-rehat sambil minum petang di halaman rumah. Ketika bersantai itu, mereka menyanyi-nyanyi kecil sambil disahut oleh petani lain. Mereka lagukan cak cak cak sehinggalah menjadi lagu penuh dalam bahasa Bali dengan dimasukkan kisah epik Ramayana (hindu).

uluwatu02

uluwatu03

Tarian ini memakan masa 1 jam. Lebih kurang 70-100 orang lelaki akan menggunakan suara mereka sebagai muzik latar dari pengkisahan epik ini. Aku mulanya rasa bosan, tetapi elemen lawak dan interaksi bersama penonton dalam persembahan ini akhirnya buat aku tertarik meneruskan tontonan.

uluwatu01

Bayaran masuk untuk menonton Kecak Dance ialah Rp 50,000 (RM15=++). Sambil menonton, kami dapat menikmati matahari terbenam di kawasan tebing tinggi Pulau Dewata itu. Rasa gayat bila tengok ke bawah kerana, ia tebing tinggi dan terus laut di bawahnya.

uluwatu04

Makan Tengahari di Teras Padi Cafe

teres_padi01

Dalam perjalanan ke Gunung Kintamani, kami singgah di Tebing tinggi menghadap teres padi yang menghijau. Sangat asyik melihatnya. Sakan bergambar. Aku sempat singgah di sebuah cafe iaitu Teras Padi Cafe menghadap teres-teres padi yang menghijau.

teres_padi02
* jus alpokat

Makan di sini agak mahal kerana ia agak ekslusif. Aku cuba minum alpokat sejenis minuman terkenal di sini. Buah avokado yang dikisar halus kemudian diletak sirap coklat. Sangat sedap! Harga bagi segelas jus alpokat/avokado di sini ialah Rp. 25,000 (RM9-10++) dan sebiji kelapa muda Rp. 17,500 (RM7-8++).

teres_padi03

Kalian boleh tempah awal-awal untuk makan tengahari di sini.

Teras Padi Cafe
Desa Cekingan, Tegallalang,
Gianyar, Bali.
tel: (0361 742 5789)

Membeli Lukisan di Ubud

lukisan01

Aku mengelak untuk membeli lukisan di Pasar Sukawati, Ubud. Aku difahamkan oleh Pak Ketut, supir yang menjadi pemandu kami, harga lukisan di Pasar Ubud mahal dan pilihan tidak banyak. Justeru, aku dibawa ke Dian Lestari Painting di sebuah perkampungan lukisan di Ubud. Di sepanjang jalan itu terdapat banyak galeri lukisan milik penduduk kampung. Ubud terkenal dengan lukisan daripada pelukis-pelukis yang dididik seawal usia kanak-kanak. Di situ aku dapat melihat ribuan lukisan. Hanya tinggal memilih sahaja. Harganya ada mahal dan murah. Aku beli dua lukisan untuk dinding utama rumah pada harga RM200++. Kalau di Malaysia ia sudah meningkat harga mencecah RM600++.

Dian Lestari Painting
Silungan Lodtunduh Ubud
Gianyar, Bali.
tel: (0361 974 083)

Membeli kraftangan piring tanah liat dihias seni kaca di Tegalallang

pinggan_kaca01
* aneka corak untuk pilihan

Sejak di Malaysia lagi aku sudah teruja melihat piring tanah liat yang dihias dengan kaca warna warni. Jika di Pasar Ubud harga sebelum ditawar ialah Rp. 150,000 (RM55-60++). Selepas ditawar hanya boleh turun serendah Rp. 100,000 (RM36-40++). Justeru, dalam perjalanan ke Gunung Kintamani itu, aku minta Pak Ketut singgah di Tegallalang untuk membeli sendiri di tempat ia dibuat. Aku dapat melihat sendiri bagaimana perusahaan ini dilakukan di belakang rumah dengan tenaga kerja wanita Bali yang sangat tekun dan fokus.

pinggan_kaca02
* pasu yang siap disemat dalam proses akhir

pinggan_kaca05
* kepingan kaca yang belum dipotong kecil

pinggan_kaca03
* piring tanah liat sebelum disemat dengan kaca bercorak

pinggan_kaca07
* proses gilapan terakhir

pinggan_kaca06
* siap untuk dipasarkan 1 set=3 biji size L, M & S pada harga Rp.40k

Nah! Aku sudah agak, harga bagi 1 set (ada 3 biji) piring tanah liat itu hanya Rp. 40,000 (RM14-20++) sahaja! Terus ambil 2 set tanpa fikir panjang lagi! Tapi awas, ia amat berat. Dua set itu sudah cukup menambah beban untuk dibawa pulang nanti.

Ningsih
(Wood Carver)
Br. Sapat, Tegallalang
Gianyar, Bali.
tel: (0361 980 929)

Pantai Kuta

 

Aku tidak menghabiskan banyak masa di sini. Selain tidak cukup masa, orang terlalu ramai dan aku ada rimas dengan keadaan itu. Bagi mereka yang suka surfing dan mandi-manda Pantai Kuta antara destinasi biasa yang dikunjungi. Di hadapan pantai ini juga terdapat Hard Rock Cafe Bali.

Menempah Suits/Blazer Murah

Aku dimaklumkan sahabat aku typicali.com yang dia sempat menempah 3 pasang suits pada harga Rp.2 juta (RM600-700++) ketika kunjungannya di Bali awal tahun ini. Kemudian, aku sudah berhubung dengan Pak Hendra/Pak Haji Rifae (Muslim yang berasal dari Bukit Tinggi, Padang); tuan punya toko Florence Collection itu seminggu sebelum aku sampai.

Setelah urusan tawar-menawar dilakukan menerusi es-em-es, beliau bersetuju untuk menawarkan harga Rp. 1.35 juta (RM490++) untuk dua pasang suits dari kain wool. Sangat-sangat berbaloi dan murah! Aku datang ukur pada 14hb jam 10 pagi, dan ia siap pada jam 5.30 petang 15hb. sebelum aku terbang pulang ke Kota Lumpur. Buatannya halus dan cantik terletak pada badan! Toko beliau ini seringkali menjadi tempat diplomat Malaysia, Australia, New Zealand dan Zimbabwe menempah suits, jaket kulit atau kasut kulit.

Malah ketika aku tanya jika aku mahu tempah lagi, dia kata boleh tanpa perlu aku ke Bali. Urusan bayaran boleh dibuat menerusi pindah bayaran interbank dan upah hantaran hanya RM80.00 sahaja. Ukuran badan akupun dia sudah ada dan simpan. Di sini kad kredit diterima. Jika kalian berminat boleh hubungi Pak Hendra;

Florence Collection
(Leather & Tailor, Made to Order)
Benesari Lane, Kuta, Bali.
tel (0361 765 947)
hendrapanai@hotmail.com

Makan Tengahari di Gunung Kintamani (Batur dan Toyobungkah)

kintamani01

kintamani

Aku sempat singgah makan tengah hari di Batur Sari Restaurant di Kintamani. Makan tengah hari secara buffet. Jangan risau kerana restoran ini halal. Dapatlah merasa satay Bali (rasa seperti Satar Terengganu) sambil menikmati panorama Gunung Kintamani yang diberitahu masih aktif. Suhu di sini agak dingin, jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands. Masuk ke kawasan ini dikenakan sedikit bayaran kalau tak silap Rp2000 seorang. Oh ya, makan yang disediakan secara buffet di restoran ini agak mahal, Rp121,000/seorang (termasuk tax) (RM45-50++).

kintamani02

Apa yang menarik di sini, musolla disediakan untuk solat. Aku sempat jamak dan qasar untuk zuhur dan asar. Awas dengan penjual-penjual cenderamata. Berduyun-duyun mereka mengejar pelancong. Tak terhabis dibuatnya melayan mereka.

Batur Sari Restaurant
Jalan Raya Penelokan,
Kintamani, Bangli, Bali.
tel: (0366 51007)
hp: 081 353 014 314

Nasi Pecel Ibu Tinuk

butinuk

butinuk01

butinuk02 

Kalau kalian ke Bali dan mahu rasa masakan orang Jawa, sila singgah di Nasi Pecel Ibu Tinuk. Makan di sini memang menyelerakan. Lauk pauk Jawa yang halal dan enak. Tunjuk saja lauk pauk yang dihajati. Kemudian pembantu kedai akan beri kad tertulis harga. Bayar selepas makan. Kedai makan ini bersih dan mempunyai 2 aras tingkat.

butinuk03
* ess teler

butinuk04
* ess teler dengan kelapa muda dan avokado

Oh ya, jangan lupa minum ess teler (Cendol yang ada isi kelapa muda dan buah avokado). Ia sangat sedap dan menyegarkan tekak lagi-lagi dengan cuaca panas Bali. Harga bagi ess teler Rp8000 (RM2.50++). Usai makan boleh solat di musolla yang disediakan di tingkat atas kedai makan ini.

butinuk05

butinuk06

Nasi Pecel Ibu Tinuk
Jalan Raya Kuta No.A-5
Pertokoan Indah Permai
Bali, Indonesia.
tel: (0361) 757 473

Membeli Cenderamata Murah di Gedung Krisna

Aku beruntung kerana Pak Ketut membawa aku ke Gedung Krisna yang menjual barangan cenderamata paling murah di Bali. Di Gedung ini semuanya ada. Barangan kraftangan kayu, tshirt, lukisan, kuih-muih, teh, kopi dan lain-lain lagi pada harga yang sangat murah berbanding di Pasar Sukawati, Ubud atau di sepanjang jalan di Legian atau Kuta. Seeloknya beli sahaja di sini. Sebagai contoh lukisan kecil boleh dibeli dengan harga Rp. 10,000 (RM3-4++) di sini. Pemegang kunci pada harga Rp.3,000 (RM1.50-2++) berbanding di Jalan Legian yang dijual pada harga Rp.15,000 (RM4-5++).

Krisna Oleh-oleh Khas Bali
Jalan Sunset Road
No.88 Kuta, Bali

Tanah Lot (Kuil di atas tunggul batu)

tanahlot01

tanahlot02

tanahlot

Tanah Lot merupakan tempat wisata wajib jika ke Bali. Tanah Lot menempatkan pura (kuil) di tepi laut. Masuk ke kawasan ini perlu membayar tiket. Waktu paling bagus ke kawasan ini ialah pada waktu senja kerana dapat melihat pemandangan matahari terbenam. Walau bagaimanapun, aku tidak sempat melihat matahari terbenam itu dek kesuntukan waktu. Mungkin pada lain masa insyaAllah.

Tapak Pengeboman Pengganas

bom

Tempat penginapan aku terletak hampir dengan tempat pengeboman yang mengorbankan ratusan nyawa beberapa tahun lepas. Di sinilah dahulunya terletak bar Sari yang diletupkan oleh pengganas. Menurut ceritanya, sebuah kereta sarat bom diletakkan di hadapan bar ini dan ia meletup ketika saat pengunjung penuh di situ. 

bom01

Di kawasan tersebut di bina sebuah tugu peringatan dengan nama-nama mereka yang terkorban.

bom02

Kawasan ini dipagar dan kini hanya menjadi tempat meletak kenderaan.

Tips

Jangan lupa untuk bayar tax di airport Ngurah Rai Bali sebanyak Rp 150,000.00 seorang ketika mahu pulang ke KL. Ketepikan awal-awal wang berkenaan supaya tidak kalut saat akhir. Manalah tahu gila membeli belah hingga terlupa cukai yang penting ini dek kehabisan wang.

Seeloknya tukar duit siap-siap di Malaysia. Semasa aku pergi minggu lepas Rp1000 bersamaan dengan RM0.03668. Jangan sekali-kali tukar di airport LCCT ataupun di airport Ngurah Rai, Denpasar Bali. Sangat murah dan rugi. Kalau mahu tukar di Bali baik minta bantuan supir atau pemandu pelancong bawa ke pusat pertukaran wang asing yang berlesen. Jangan tukar di kiosk-kiosk kecil di sekitar tempat penginapan kerana aku nyaris ditipu di situ. Jangan percaya dengan kalkulator mereka. Aku agak ia telah diubahsuai. Bawa telefon bimbit sebagai mesin kira sendiri.

Usah bermimpi mahu minum Starbuck di Bali dengan harga di Kuala Lumpur. Sebagai contoh, harga Frappuccino Blended Coffee (Kecil) ialah Rp.40,000 (RM15-16++). Jauh lebih mahal dari Kuala Lumpur!

Kalau kalian rasa was-was dengan restoran di Bali yang banyak menyediakan makanan tidak halal seperti babi guling. Aku cadangkan makan sahaja di mana-mana kedai masakan Padang. Masakan Minang semuanya halal atau boleh makan di restoran milik orang Jawa.

November 13th, 2009

TERBANG

Posted in bebas by Rudy

Bandara. Bandar Udara.

Manusia lalu lalang. Aku seorang.
Kepala ligat berfikir. Diri tidak terpinggir.
Mata seringkali melihat muka jam. Serasa waktu begitu kejam.
Sebentar lagi langit Kuala Lumpur akan aku tinggalkan.
Sesekali bekerja sambil wisata memang mengasyikkan.

Terbang.  Aku sang helang.
Mencari DIA tidak berbilang.

November 12th, 2009

GEMBIRA MENANTI

Posted in bebas by Rudy

api_lampu

Ada berita gembira mendakap rasa.
Sehingga ia pasti, aku wajib menanti.