Archive for October, 2009

October 26th, 2009

MENANTI KHAMIS

Posted in bebas by Rudy

Khamis lambat lagi. Tapi, hati tak keruan sejak tadi. Persediaan masih suam-suam kuku. Debarnya terasa kuat sekali. Wahai Tuhan, tenteramkan aku. Terjemahkan damba hamba-Mu.

Amin.

October 23rd, 2009

MENTOL

Posted in bebas by Rudy

lampu_pejabat

Masuk pejabat.

Aku petik suis lampu berdiri berkuasa enam puluh watt.

“Plup”, mentol terbakar.

Hidup ini begitulah. Noktahnya tanpa disangka-sangka. Cuma sedia atau tidak sahaja. Nah! Tuhan mengajar manusia melalui kejadian di sekeliling makhluknya. Moga ada pelajaran penting yang aku pelajari hari ini. Bismillah.

* foto mentol selepas ditukar yang baharu

October 22nd, 2009

AUDIT OH AUDIT

Posted in bebas by Rudy

Apakah perasaan kalian sebagai salah seorang pembayar cukai, duit yang disumbangkan kepada pemerintah itu digunakan pada tempat yang tidak betul? Wajar sekali kalian marah. Adakah munasabah harga sebuah pendrive 1GB yang boleh didapati pada harga RM90 (BACA: dalam laporan akhbar, tetapi sekarang harganya dah berbelas ringgit sahaja kalau pergi ke Low Yat), dibeli dengan harga RM480! Harga seliter minyak petrol pada harga RM300 seliter!!!

Aku merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Audit Negara yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara. Ketelusan dan ketinggian integriti beliau amat aku hargai dan sanjung tinggi. Aku mahu pelaku-pelaku jahat dalam kalangan penjawat awam ini, tidak mengira sama ada dari kerajaan Bien atau kerajaan Pikear, perlu diseret ke muka pengadilan.

Tindakan segera Kementerian Sumber Manusia melalui Menterinya yang mahu siasatan dibuat segera adalah tindakan drastik dan betul. Heret segera pelakunya dan kenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai-pegawai Awam 1993 atau Akta 605. Kalau boleh buang kerja. Tak guna ada pelaku rasuah sebegini dalam kelompok masyarakat. Aduhai~