October 21st, 2009

KEKUATAN

Posted in bebas by Rudy

  
* kredit foto Iqbal

Kekuatan yang makhluk ada, ialah kekuatan yang didatangkan dari Sang Pencipta. Mendepani kesakitan ialah satu ujian. Malah ianya fitrah yang wujud bila dilahirkan sebagai makhluk Sang Maha Segala.  Beberapa hari ini, agak tidak sihat sebenarnya. Entah mengapa ‘ia’ datang lagi setelah beberapa waktu yang lama.

Dan aku tahu, tiada lain yang aku pinta, selain kekuatan untuk mendepani ini semua dari Dia; Sang Maha Segala. Kaulah Sang Maha Segala, penyembuh segala derita. Kun!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

13 comments

  1. sil says:

    Sabarlah..Usaha, doa & tawakkal..itu jalan terbaik. Moga dipermudahkan dari gangguan ‘ia’.

    October 21st, 2009 at 1:51 pm

  2. Abang Long says:

    Semoga Saudara kuat dan tabah. Sama – samalah kita berusaha. Teruskan sujud kepada yang MAHA BERKUASA.

    October 21st, 2009 at 2:03 pm

  3. axim says:

    mari sama sama kita cari kekuatan dalam diri..

    October 21st, 2009 at 2:08 pm

  4. asuhara says:

    gambatte!

    October 21st, 2009 at 2:13 pm

  5. raden galoh says:

    benar seperti yg ditulismu dik… mintalah kekuatan Dia utk kita… sedikit yg diberi memberi gagah perkasa kudrat kita…

    sabar adalah perisai hambaNya yang beriman…

    doa akak bersamamu…

    October 21st, 2009 at 2:41 pm

  6. En Kid says:

    insya Allah, berkat kesabaran dan ketabahanmu..Allah akan berikan yang terbaik buatmu..

    tiap yang diberi itu pastinya tanda Dia amat sayangkan kita..mahu kita selalu bersama-Nya..

    doa kami seiringan denganmu…

    October 21st, 2009 at 3:30 pm

  7. PAP says:

    badan kena kuat
    otak kena kuat
    mental kena kuat

    semua kena kuat sekarang ni.

    mampukah kita?

    October 21st, 2009 at 3:55 pm

  8. addyaholix says:

    saya betul-betul harap yang satu ini ada dalam diri saya.

    October 21st, 2009 at 5:00 pm

  9. Dj Epoi says:

    Salam….

    Bro….tiada yang terbaik selain meminta daripadanya yg maha mendengar….
    Yang Baik dan Buruk itu datang daripadanya…

    Kita hanya Insan Kerdil yang mengharap daripadanya.

    Take Care

    October 21st, 2009 at 11:54 pm

  10. Rudy says:

    teman-teman, saya ucap terima kasih atas doa kalian. jazakallah.

    October 22nd, 2009 at 8:06 am

  11. theConfused says:

    bro, bersabarlah…

    Allah is always there… pintalah dari Dia, kerana Dia yang punya kekuatan dan meminjamkan kekuatan itu pada kita. :)

    October 22nd, 2009 at 9:16 am

  12. warispengiran says:

    Rudy-san, sabar yer…sy sentiasa doakan kekuatan dan kebaikan untuk Rudy-san. sy percaya Rudy-san kuat untuk menghadapi segala. Percayalah Rudy-san, Allah tidak akan turunkan dugaan sekiranya DIA tahu hambaNYA tidak kuat untuk menghadapinya…

    October 22nd, 2009 at 10:28 am

  13. sidugong says:

    gambar dambel tu bukan kredit dari laman mat saleh ke? mm…

    October 25th, 2009 at 10:57 pm