October 18th, 2009

PARIAMAN DALAM INGATAN

Posted in bebas by Rudy

Kota Pariaman, Padang telah musnah. Membawa sama pilu berkeping-keping tertanam di dasarnya.

Lelaki Pariaman 1

Kalau mahar kahwinnya seekor beruk, tinggilah darjat lelaki Pariaman. Beruk ialah binatang mahal di Pariaman kerana industri kelapanya menyusup seluruh wilayah Indonesia.

Lelaki Pariaman 2

Lelaki Pariaman ialah pengembara dan pembuka wilayah.  Tegar membuka kampung dan tanah di perantauan. Nah! Hingga ke tanah adat Negeri Sembilan mereka berkeluarga di tanah ini.

Wahai lelaki-lelaki Pariaman, pulanglah ke Kotamu. Binalah kembali kotamu yang binasa disinggah bencana berdarah.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. ropi says:

    Wah, en.rudy mmg boleh jadi sasterawan muda ni,.

    October 18th, 2009 at 5:14 pm

  2. Rudy says:

    ropi, saya dah lama terjun dalam sastera tetapi sbg sasterawan cabuk sahaja. hanya sesekali karya keluar di akhbar.

    October 18th, 2009 at 7:00 pm

  3. waris pengiran says:

    saranan penulis pada ayat-ayat akhir cukup menyentuh hati..susunan kata dan ayat cukup puitis dan harmoni…

    October 19th, 2009 at 11:20 am

  4. Charlotte says:

    bangunan, kampung, rumah… boleh dibina semula en rudy.. trauma dalam ingatan tu, boleh ilang ker?

    October 19th, 2009 at 12:11 pm

  5. ropi says:

    takpe, ropi sokong sokmo. yang penting ada nilai sumbangan dalam masyarakat.

    October 19th, 2009 at 1:33 pm