USAHA

Kalau mahukan sesuatu perlulah berusaha. Kemudian, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Dia sebaik-baik perencana! Seharian ini pasti mengulit bahan-bahan bacaan. Persediaan mesti rapi. Esok Khamis hari yang mendebarkan itu bakal dilalui. Aduhai Tuhanku, bantulah hamba-Mu.

Semakin dekatkah bau aroma momiji, atau semakin jauhkah ia pergi daripadaku?

+++

Sudahlah dicap pembunuh diri paling popular di jalan raya, kini rakyat kita dicap pula penyiksa dan pembunuh kejam pembantu rumah yang tidak berdosa. Kalau ia pun dia tidak punya kemahiran. Tunjuk ajarlah dengan baik. Bukan diseksa dan akhirnya mati beragan. Maka semakin tegarlah buluh runcing dijulang-julang. Inilah namanya kebodohan!

TEMPIAS DUHA

“Abang orang pertama pelanggan yang membeli di┬ákedai saya hari ni”, jurujual.

“Eh, ni dah jam 2 petang. Pukul berapa buka kedai tadi? Takkan sorang pun tak ada”, Aku.

“Memang tak ada bang sejak buka 9.30 pagi tadi. Lepas raya siapa nak beli langsir. Sebelum raya hari tu memang tak menang tangan.”, Dia lagi.

“Tak apa, kejap lagi adalah pelanggan lain datang tu hendaknya”, Aku.

“Ok, abang datang semula satu jam dari sekarang, insyaAllah langsir abang dah siap jahit”, Dia.

Satu jam selepas itu. Aku datang ambil langsir yang aku tempah.

“Abang, terima kasih banyak-banyak. Lepas abang keluar tadi, berduyun-duyun orang datang sampai tak menang tangan. Abang pakai ilmu pelaris apa?”, Dia.

Aku gelak-gelak sahaja. Ilmu pelaris Duha. Bukan sahaja pelaku Duha itu sahaja yang dapat ganjaran rezeki tetapi sesiapa sahaja yang dekat dengan diri pelakunya. Aku jawab dalam hati.

Jom Duha!