Archive for September, 2009

September 16th, 2009

LULUH

Posted in bebas by Rudy

Luluh!

Kalian, jika kalian ada masalah. Jika kalian dihurung murung kekecewaan apa sahaja. Jangan fikir itu pengakhiran hidup. Kita ada Allah. Tuhan tempat bersandar harap. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan. Tiada tempat yang tidak boleh kita mengadu. Kalau kalian, tak berduit untuk makan sekalipun, segera hubungi aku. Ada jalan yang aku cuba andalkan pertolongan. Jangan diam dan mengambil jalan singkat. Menyangkut wayar di leher dan segera menemui Tuhan dengan jalan bodoh begitu bukan bijak namanya!

Kalian sahabat, mohon agar prihatin mengambil sedikit tahu masalah rakan-rakan sekeliling. Jika tidak mampu membantu, cukup untuk mendengar masalah pun sudah melegakan. Kemudian, halakan ia ke pengetahuan pihak yang boleh membantu. Hidup di zaman yang semuanya memerlukan ringgit memang menghimpit nafas. Tetapi, aku optimis akan ada juga denai penyelesaian, akhirnya seperti yang terakam dalam Al-Insyirah 1-8.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
[2] Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
[3] yang memberatkan punggungmu? 
[4] Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 
[5] Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
[6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
[7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
[8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Masih segar dalam ingatan tragedi tahun 2003 jika tidak salah ingatan aku. Ketika menjadi saksi forensik menurunkan mayat seorang staf dari getah paip yang menyangkut lehernya di sebuah makmal. Masih terbayang kalut jalan singkat yang dipilihnya. Masih terasa luluhnya perasaan ini melihat kezaliman yang dilakukan kepada diri sendiri dek masalah kewangan yang menghimpit.

Dan ia berlaku lagi di hadapan mata! Astagfirullah!

September 15th, 2009

NAKAL

Posted in bebas by Rudy

10 hari terakhir ramadhan.

“Akan menyanyi di pentas ruang legar the Curve dengan artis XYZ jam 8.30pm”, status seorang artis di Bukumuka.

“Jom, terawih. Lagi banyak pahala”, Aku. Nakal. Membalas statusnya.

September 13th, 2009

SESEKALI BERKURANG AJAR

Posted in bebas by Rudy

This is my ‘palace’“, Raj. Nepal pengawal keselamatan.

Bertekak kami perihal roda kereta di clamp kononnya kami bersalah meletak kenderaan di tempat yang tak sepatutnya. Ar-em lima puluh diminta sebagai penalti. Sedangkan tadi semasa melalui pagar masuk, si Raj itulah juga yang mengambil kad pengenalan aku dan mencatat butir-butirnya. Bila diminta kad pelawat katanya tidak perlu. Parkir sahaja kenderaan di tingkat paling atas blok C. Berkali-kali menyalahkan aku kerana tidak punya pas pelawat.

What?”, Dia.

This is our ‘palace!’ If you don’t want to pay the penalty, see my management tomorrow“, Raj. Angkuh. Persis menyatakan itu jajahan takluknya.

No! This is our ‘palace’. Malaysia is our country. How dare you to say like that!“, N  sahabat aku mula bersuara panas.

I have power to do this.“, Raj lagi. Semakin kami pening dengan bahasa Inggerisnya yang mula tidak kami fahami.

I will make sure you will be fired within 24 hours!“, Sahabat aku N sudah mula hilang sabar. N orang besar di tempat itu. Kami tidak nafikan, dia orang yang berpengaruh dan punya banyak networking. Malah pemilihan syarikat pengawal keselamatan di kawasan rumahnya itupun atas pengaruhnya juga.

“…and I will make sure you will be kick out not only from your company but from Malaysia too. You will be blacklisted! Go back to your country!“, Dia pula menambah.

Raj jadi tergagap. Kemudian akur membuka kunci clamp. Tanpa sepatah kata berlalu pergi. Aku diam. Sesekali berkurang ajar terutamanya dengan alien yang tidak sedar diri, kemudian datang mencari makan di negara sendiri, aku rasa perlu!

* Nak dijadikan cerita, mulai 15 September, syarikat Raj akan ditamatkan kontrak menjaga keselamatan kawasan perumahan itu. Syarikat lain akan mengambil alih kerana aku difahamkan, syarikat Raj itu bermasalah. Patutlah pun. Aduhai!