September 28th, 2009

SIPOLAN YANG TIDAK BOLEH DISEBUT NAMANYA

Posted in bebas by Rudy

l

Surat omelan aku kepada pengarang akhbar tentang syarikat-gergasi-talian-komunikasi-yang-banyak-alasan telah tidak diendahkan. Setelah diselidiki baharulah aku tahu, syarikat gergasi itu merupakan client kepada syarikat-syarikat akhbar berkenaan. Tidak beranilah syarikat-syarikat akhbar itu menyiarkan surat pedas dan bercili aku. Takut periuk nasi sendiri termasuk pasir! Makanya, pengguna akan terus tertindas sehingga bila-bila. Kasihan marhaen seperti kita!

ll

Adakalanya tinta yang menjadi lidah kita zaman teknologi ini tidak difahami maksud oleh sang penerima. Kita berniat A tetapi ditakrifkan sebagai B oleh sang penerima. Maka, komunikasi itu telah gagal. Ironinya, tinta yang difahami sang penerima diolah menjadi bentuk arahan yang wajib dilakukan olehnya. Iaitu arahan-arahan tentang ‘perkara-perkara-yang-mesti-dibuat-dan-jangan-dibuat’. Sedangkan sang penulis tidak bermaksud sedemikian rupa. Inilah kelemahan teknologi bisu yang memungkinkan ukhwah persahabatan tercalar dengan mudah. Siapa yang bersalah? Sang penulis atau sang penerima? Atau sang teknologikah yang bersalah? Entah-entah akan wujud satu silibus baharu di sekolah untuk memahami bahasa komunikasi gajet teknologi?

lll

Kadang-kadang tak faham dengan manusia-yang-satu ini. Sudah tahu manusia-bahagia-itu sudah berpunya. Masih mahu mencelah diri. Kalau boleh mahu runtuhkan segera hubungan manusia-bahagia-itu dengan pasangannya. Ada sahaja kata-kata dicipta, supaya pergaduhan wujud antara manusia-bahagia-itu dengan pasangannya. Bila sudah runtuh kelak, mudahlah dia mengambil alih peranan menjadi pasangan baharu manusia-bahagia-itu. Alahai, macam-macam bukan?

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

4 comments

  1. Abang Long says:

    Dimana – mana sahaja ada KRONI.

    Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

    TERIMA KASIH :)

    September 29th, 2009 at 8:49 am

  2. ayobkelubi says:

    ah bang..segalanya di tanah air ni. semuanya berkait-kaitan.

    kita ini mmg timun.

    September 29th, 2009 at 9:14 am

  3. sidugong says:

    Ayob,
    Ya ya… kita memang timun. Hitamnya timun kita. HAHA

    September 29th, 2009 at 5:23 pm

  4. Nic says:

    Nic nak bagitau Zai pengomen di posting sebelum nie yang Celcom is no longer under TM tau. Cuma mungkin samada bawah TM or bukan, customer svc celcom memang sangat2 menjelikkan. The only reason nic masih stick to celcom sbb malas nak tukar no. Tapi, memang tak kuasa dah nak amik tau any promo ke apa..

    September 30th, 2009 at 11:06 am