ANTARA CELCOM DENGAN DOMINO’S PIZZA
Saudara Pengarang,
ANTARA CELCOM DENGAN DOMINO’S PIZZA
Apakah maksud sebenar kempen “CELCOM - IT IS IN YOUR HAND” ? Berpuluh ribu ringgit digunakan untuk menegakkan papan iklan dan iklan di media massa di seluruh Malaysia, tetapi kesudahannya pengguna rasa terkilan dan sedih dek servis yang teruk. Dukacita! Begitulah tanggapan saya selepas mengalami kesukaran menggunakan talian CELCOM pada hari ini (24 September 2009). Saya telah terlepas satu panggilan penting dan ini amat mendukacitakan saya.
Sepanjang hari ini, talian CELCOM menghadapi gangguan sama ada ingin membuat panggilan, menghantar khidmat pesanan ringkas atau pun untuk melayari internet. Saya berpandangan, adalah suatu yang memalukan apabila perkara sebegini berlaku dalam sebuah syarikat GLC milik kerajaan. Tidak guna papan iklannya yang tertera “INI WILAYAH CELCOM”, sedangkan ia hanyalah omong-omong kosong sebenarnya.
Bayangkan kerugian yang ditanggung oleh pengguna CELCOM yang menggunakan talian ini sebagai talian utama untuk menjalankan perniagaan dan kepada mereka yang menggunakan talian CELCOM sebagai talian tugas rasmi terutamanya kakitangan awam yang berada di barisan hadapan. Adakah CELCOM sedar masalah kerugian dan kesukaran yang dialami oleh pengguna? Saya tidak fikir, CELCOM akan membuat sebarang kenyataan maaf kepada pengguna sebelum timbulnya surat ini. Dan saya percaya ramai pengguna CELCOM tidak hanya berpuas hati dengan kenyataan maaf sahaja, jika dibandingkan kerugian yang mereka alami dek gangguan ini.
Pengalaman saya tinggal di Jepun selama lebih empat tahun amat mematangkan. Di sana, syarikat-syarikat yang berorientasikan perkhidmatan atau servis amat menitik beratkan kebajikan pelanggan. Tanpa pelanggan syarikat boleh gulung tikar. Sayangnya ini tidak berlaku di Malaysia. Tahap servis syarikat-syarikat seperti ini jarang sekali mengambil kira kesusahan pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan, tidak setimpal dengan ringgit yang pengguna laburkan. Untung mahu, tetapi apabila pelanggan menghadapi masalah, syarikat akan lepas tangan dengan memberi alasan ianya masalah teknikal. Di Jepun, jika perkara seperti ini berlaku, kepala syarikat akan duduk tunduk meminta maaf berkali-kali di televisyen dan meletakkan jawatan dengan serta merta sebagai menggalas tanggung jawab kesilapan itu. Oh, adakah kerana CELCOM ialah syarikat GLC milik kerajaan, maka pengurusan syarikat boleh lepas tangan kerana kalian mempunyai back up (dengan izin) yang kuat dari pihak kerajaan?
Saya menyeru agar perkhidmatan yang diberi oleh CELCOM khususnya dan syarikat-syarikat lain di Malaysia amnya dipertingkatkan dengan mengutamakan servis yang terbaik kepada pelanggan. Tidak guna syarikat mempunyai ISO tetapi mutu servisnya amat memualkan. Jadilah seperti syarikat makanan segera Domino’s Pizza Malaysia. Kelewatan mereka menghantar pizza ke rumah dibayar dengan ganti rugi melalui pemberian pizza percuma atau baucar diskaun pizza. Ia bukan sahaja menggembirakan pengguna tetapi sebagai salah satu cara untuk memantapkan tahap servis pelanggan mereka.
Persoalannya, adakah CELCOM sanggup membayar ganti rugi kepada pelanggannya dek insiden pada 24 September 2009 ini? Saya dan seluruh pengguna CELCOM menantikan jawapan mereka. Jawapan klise atau responsif? Kita nantikan bersama-sama.
RUDY BLUEHIKARI
http://bluehikari.com/
* Surat ini dihantar kepada Pengarang Akhbar Perdana hari ini.


rudy bluehikari says:
KENYATAAN AKHBAR
Kenyataan rasmi berkenaan gangguan perkhidmatan Celcom di seluruh negara pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam, 24 September 2009.
_________________________________________
Merujuk kepada perkara di atas, Celcom (Malaysia) Berhad ingin memaklumkan bahawa para pelanggan Celcom di seluruh negara telah mengalami gangguan perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan di dalam rangkaian Celcom.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti sms, emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.
Gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu 5 kali ganda semasa musim perayaan. Beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan mengakibatkannya kehilangan signal.
Kejadian ini disebabkan kedua-dua node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan dan terganggu secara serentak.
Perkhidmatan telah mula pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam 24 September 2009, dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut.
Untuk tujuan penerbitan, sila nyatakan kenyataan rasmi oleh Jurucakap Rasmi Celcom, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad.
September 25th, 2009 at 8:30 am
Rudy says:
* Seperti yang dijangka, jawapan CELCOM sangat-sangat klise. Tidak logik alasan kesesakan pada 5 Syawal, yang logiknya kesesakan akan berlaku pada malam raya 1 syawal. Ini adalah jawapan yang menghina pengguna seluruhnya! CELCOM wajib bayar ganti rugi!
September 25th, 2009 at 8:34 am
cen says:
patutpun geng2 yg menggunakan talian/broadband celcom merungut je hingga malam tdi pun….
September 25th, 2009 at 8:36 am
he says:
apa kata kita saman celcom..
September 25th, 2009 at 9:30 am
ainyusof says:
hmm, menyusahkan saja. pengalaman saya semalam, nasib baik saya tak kena tinggal dengan keluarga sebab beli barang dapur. ni gara- gara saya tak boleh telefon mereka. kalau tak pengsan la nak cari teksi…
September 25th, 2009 at 9:46 am
Rauf says:
uhuk..biasalah bro mcm tu gak celekum ni.berukband dia claim number one in Malaysia.tp hakikatnya…skang ni apa saje yg claim dia org no 1 baik insurans ke makanan ke apa ke…dok caya dah…at the end, clients being their fake statement for own profits..uhuk…
September 25th, 2009 at 11:40 am
sidugong says:
saman
September 25th, 2009 at 11:55 am
pinklady says:
I like this entry.. muahaha… sms kol 2 ptg dpt pukul 9 mlm.. sabo jerla
September 25th, 2009 at 6:15 pm
manterra says:
saya kecewa dengan celcom sb 24 sept rumah saya ada majlis, saya & kwn x dpt call satu samalain….. alasan celcom kesesakkan talian.. logik ke kesesakkan pada raya ke 5.. bukannya pada mlm raya atau hari raya pertama…?/>?
September 27th, 2009 at 8:07 pm
zai says:
Kawan saya smpi kecik ati xnak dtg umah dan terus matikan HP sebab saya tak balas SMS dan xdapat call saya ….:((..ini bukan pengalaman hitam pertama dengan syarikat di bawah TELEKOM nih … :((… bercakap mcm baru semalamnya buat kompeni .. alahai …tak tau malu langsung
September 29th, 2009 at 8:39 am
boi says:
haha.
ni lah d namakn ‘rakyat d dahulu kn’.
September 29th, 2009 at 12:12 pm
Mushroomcute says:
Sungguh mati hidup Mush ingt si dia tak nak call Mush lg..ghupanya…Encik Celcom punya pasal. kalau ada suami isteri bercerai pasal masalah komunikasi ni sapa nak tanggung??
September 29th, 2009 at 1:16 pm