September 21st, 2009

CATATAN SATU SYAWAL

Posted in bebas by Rudy

1. Lebaran di Kota Bharu, sedikit berlainan jika menyambutnya di Banting Selangor. Satu syawal di Kota Bharu ialah duduk di rumah untuk melayan tetamu dan sanak saudara yang datang bertandang. Meski arwah Tok Cik telah lama meninggalkan kami, rumah agam yang dipusakai mama dan abah ini menjadi kunjungan tetap sanak saudara.

2. Ironi sekali tahun ini, tetamu kurang berkunjung ke rumah pusaka agam ini. Ada empat kemungkinan; sama ada (i) pobia H1N1 (ii) giliran sanak saudara berhari raya di rumah pasangan masing-masing, (iii) cuaca yang tidak mengizinkan. Kota Bharu dingin dengan lebat hujan atau (iv) kemelesatan ekonomi.

3. Duit raya? Tahun ini aku perasan bilangan ringgit dalam sampul yang diterima sicilik agak berkurangan. Kemungkinannya satu iaitu masalah kemelesetan ekonomi. Aku? Aku macam biasa sahaja. Meskipun tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini. Bersyukur dengan apa yang ada.

4. Kelengkapan raya? Pakaian untuk suri, sicilik, bonda dan adinda-adinda perempuan semuanya dilangsaikan awal tahun. Aku? Baju raya tajaan semasa mewakili Kementerian dalam pertandingan pantun inter-kementerian masih baharu lagi. Baru pakai sekali. Suri yang rajin, menata rias baju oren itu dengan batu-batu putih dan coklat menjadikan ianya seperti baharu sekali. Seluar jeans pula hadiah suri semasa hari lahir Jun lalu masih baharu lagi. T-shirt pula pemberian sahabat yang terbang ke Jakarta tempoh hari. Maka simpulnya, bukan kikir, tetapi berjimat!

5. Dua Syawal barulah dapat keluar rumah. Ke rumah sanak saudara sebelah isteri dan segala macam makanan. Seperti biasa, aku? Makan setakat perlu. Tegar tidak membelasah makanan. Beringat dengan kolestrol yang sering diperingatkan doktor peribadi yang bising tentang pemakanan kami sekeluarga.

6. Lebaran ini, lebih tertumpu menumpahkan ringgit untuk orang lain terutamanya untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan. Moga Tuhan kurniakan aku lebih rezeki untuk menyumbang.

7. Aku ambil kesempatan ini mengucapkan salam aidil fitri kepada kalian sahabat yang sudi bersama bluehikari. Maaf atas segala khilaf. Rafaklah aku memohon ampun, terkadang isu tinta yang ada ini mengguris rasa kalian. Sama-samalah kita bermaafan. Oh ya! Sama-sama berhati-hati di jalanan.

8. Raya-raya juga solat jangan dilupa, makan-makan juga kolestrol jahat jangan dialpa. Pendek kata berpada-pada!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. sil says:

    Salam lebaran dari saya sekeluarga. Tahun ni aura raya macam kureng sikit. Tadi baru balik beraya di LD, tak semeriah tahun2 lepas. Damar pelita pon ala-ala malap depan rumah2 orang. huhu. musim berjimat kot~~

    September 22nd, 2009 at 12:12 am

  2. ainyusof says:

    Salam Aidilfitri Incik Rudy. Tahun ini tahun ketiga saya beraya di rumah sendiri.Sunyi sangat sebab jiran- jiran bukan Melayu. Raya kedua pun tak berjalan kemana- mana sebab masing- masing memerut! Fenomena biasa musim raya dan kenduri kahwin

    September 22nd, 2009 at 12:45 am

  3. cen says:

    yaa..kolestrol ku juga tinggi..
    tpi payah nak menjaga.
    pantangnya..cuma pantang jumpa…
    raya2 gini lagi la..semuanya lemak…cuma, cuba cover dengan membanyakkan makan bawang putih .. bwg putih bagus utk mengurgkan kolestrol..wlopun bdn akan sedikit berbau..
    pasni nk tingkatkan exercise smula.
    Salam Syawal buat rudy sekluarga.

    September 22nd, 2009 at 8:18 am

  4. chemal says:

    alhamdulillah, salam Idulfitri encik rudy… indahnya berhari raya di kampung halaman. Anak rantau seperti saya menyambut raya dengan memperaga baju warisan dicelah kedinginan autumn ke serata kota london :) bangga bercampur malu bila ramai yang memohon berfoto ditengah kesibukan tube dan warga kota yang sesak!

    September 22nd, 2009 at 9:05 pm

  5. PAP says:

    selamat arie raya, maap zahir batin pakcik hikari.
    hehehe…

    September 23rd, 2009 at 9:19 am