HIJAU DAN DATIN-DATIN
Dalam satu kursus protokol, etiket sosial dan penampilan diri (grooming) kendalian aku, yang dihadiri oleh mak-mak datin (isteri-isteri YB), aku memakai baju kemeja dan tali leher warna hijau. Tiba-tiba aku dapat komen daripada salah seorang daripada mereka.
“Encik, lain kali jangan pakai warna hijau. Kami ini sangat alergik dengan semua warna hijau”, Datin Y.
“Kenapa pula?”, Aku. Sengaja bertanya. Buat-buat tak tahu.
“Kan ada satu parti rival tu guna that color!”, Datin Z menyambut.
“Jadi?”, Aku.
“Jadi tak boleh pakai Encik Rudy”, Datin A pula menyampuk.
“Siapa kata tak boleh. Kan warna hijau ini warna yang digemari Rasulullah SAW. Siapa pakai dapat pahala. Dan kalau Datin-datin semua perasan dan sedia maklum, cuba tengok gambar rasmi PM yang tergantung di dinding tu (sambil menunjuk gambar Dato’ Sri Najib berbaju Melayu), bukankah hijau yang dipakainya? Datin-datin ni, janganlah paranoid dengan warna hijau. Ia tak memudaratkanlah”, Aku. Ketawa.
Sunyi. Tiba-tiba.



adina says:
hehe itu lah sebelum cakap, fikir n perhatikan sekeliling dahulu. hai..mak datinnnn mak datinnn!
September 17th, 2009 at 7:22 am
coy says:
Encik, sharelah gambar Encik berkemeja dan bertali leher hijau. Boleh jadi sankou fashion.
Hijau lawa kan tapi kat sini payah nak nampak orang pakai hijau. Balik-balik biru.
p.s. Imran tak pernah ada kemeja/tali leher warna hijau sampailah saya yang belikannya.
September 17th, 2009 at 8:41 am
waris pengiran says:
hehehe…markah penuh jawapan Rudy-san tue kalau dalam ujian..pasti menusuk kalbu mak datin-mak datin tuh…ekekeke!!!
September 17th, 2009 at 8:46 am
asuhara says:
hehe tu lah kan, warna kesukaan nabi S.A.W tu punyalah bagus auranya, tapi dek kerana politik orang kita melupakan. isk..isk..semua presentation drwg projek2 kami pun x boleh ada warna hijau kecuali pokok2 jek!
September 17th, 2009 at 9:19 am
Charlotte says:
hijau kan bermacam shades ada, hijau pucuk pisang, hijau lumut, hijau pas, hijau ala2 kebiruan (torquise)… pilih la yg mana berkenan..kan en rudy
selamat hari raya aidilfitri
September 17th, 2009 at 10:19 am
ltmazizi says:
jawapan kamu bagiku bernas sekali. kamutelah terlebih dahulu memperhalusi suasana persekitaran. tahniah!
September 17th, 2009 at 3:29 pm
Q says:
hmm..bila pemikiran mula sempit, hidup mula terhimpit.
September 18th, 2009 at 6:46 am