September 12th, 2009

SERUAN AMAL RAMADAN

Posted in bebas by Rudy

Tradisi duit raya sebenarnya lebih afdal kalau dibuat pada bulan ramadan. Pahalanya berlipat kali ganda. Berbanding jika kita beri pada bulan Syawal.

Ironinya, ada lapan orang anak yatim yang susah dan miskinĀ memerlukan perhatian kalian. Anak-anak yatim ini terdiri daripada anak-anak murid Cikgu Jimi, blogger tersohor itu.

Jika kalian berminat untuk menyumbang ringgit, sila hubungi saya di emel segera. Kutipan akan diserahkan kepada anak-anak yatim ini pada hari Jumaat (18 September 2009). Saya memohon agar semua sumbangan dapat dibuat sebelum atau pada hari Rabu (16 September 2009) kerana saya mula bercuti lebaran mulai hari Khamis (17 September 2009).

Moga usaha yang kecil ini dilihat Allah di Sana kelak.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

Comments are closed!