ULAR
Rembang maghrib lima ramadhan. Sedang Suri sibuk menggalas tanggungjawab mengandal rezeki iftar keluarga. Tiba-tiba!
“Mama, mama! Cepat! kita nampak ular kat dalam bilik mama!”, Sicilik.
Suri kaget. Segera mengarah kepada aku.
“Kanda cepat!”, Suri.
“Papa, cepat. Kita nampak ular kecik kat bilik Mama. Kita takutlah. Cepatlah Papa”, Sicilik. Menerpa.
Dalam hati, aduhai ular pula masuk rumah. Sungguh bahaya! Sambil tangan mencapai batang penyapu. Seram sejuk rasa di hati.
“Hah, tu papa! tengok ular kecik ada dua misai kat dinding tu. Eiiii…takutlah!”, Sicilik menunjukkan ‘ular’ yang dimaksudkan.
Hahhahahahahahahahaha! Terus aku gelak berguling-guling di situ. ‘Ular kecik bermisai’ yang dimaksudkan oleh sicilik ialah seekor ulat gonggok!
“Kusssss semangat! Kamu ni kan!”, Mama mengurut dada.



aliff says:
Salam,
Ha!ha!ha! Sicilik memang! Salam peluk cium untuknya Bg Dy.
August 27th, 2009 at 8:53 am
aliff says:
Opss silap taip,
Bg Dy, oh ya kirim salam pada akak juga.
Eh apa jadi dengan ‘ular kecik’ tu?
August 27th, 2009 at 8:54 am
Rudy says:
aliff, ok nanti sampaikan. ular kecik tu abg buang ke luar. sicilik geli geleman. ekekekkeke
August 27th, 2009 at 9:00 am
tED| says:
alahai… suspen saja si kecil ni… hehehehehe..
kus semangatt!!
August 27th, 2009 at 9:32 am
Rudy says:
memang buat org terkejut jer sicilik tu
August 27th, 2009 at 9:38 am
Charlotte says:
urmmm… anak orang bandar. jumpa ular kat zoo jerk yer en. rudy?
kat kg sy di tepi sungai pahang ni, anak2 dah 2 kali tengok ular sawa live version, tengah membungkang kekeyangan dalam reban uwan.
takat ulat bermisai tuh, anak bujang sy buat main jerk. tpi ummi nyer belum tentu boleh pegang. vokal tahap ning baizura sure keluar menyaring bila anak bujang mula buat ulat bermisai mcm mee goreng… yum… yum…
August 27th, 2009 at 9:40 am
Rudy says:
Charlotte, mmg diakui anak org bandar. Jumpa ular sbnr di zoo. Tgk gambar ulat dan ulat lebih kurang sama sahaja. Tapi bab ayam itik lembu kerbau kambing kucing angsa dia tahu. Sbb di rumah Tok Bah di kampung habis dihambatnya keliling rumah.
August 27th, 2009 at 9:51 am
Charlotte says:
urmmm… tu belum jumpa pokok beras lagi tuh kan? kt kg nih dah lama org tk buat padi… tatau nak citer kat anak2 rupa pokok beras…
kena bwk balik kelantan lebe kerap nih.
August 27th, 2009 at 10:00 am
Rudy says:
saya ingat nak shoot gambar padi di tanjung karang nanti bawak sicilik..ehehehe
August 27th, 2009 at 10:13 am
warispengiran says:
hahaha…Rudy-san, nasib bek ulat gonggok yg jenis kecik, kalau yg jenis besar mesti dia bagitau ular besar..lagilah suspen!!hehehehe
August 27th, 2009 at 11:01 am
ayobkelubi says:
hahaha.
sekurang-kurangnya si cilik panggil emak dan ayahnya.
anak perempuan aku?
takyah panggil emak dan ayahnya.dia dah siap halau syoohh,syohh,syohhh. pergi!,pergi! katanya.
adeh,berani betul.
August 27th, 2009 at 11:15 am
sidugong says:
daripada tanjung karang lebih baik sekinchan, sawahnya lagi clean
August 27th, 2009 at 1:01 pm
yonna says:
HAHAHAHA sangat comel si cilik itu!!! ade ke dia sebut ular T__T nyaris x amek parang lg hahaa
August 27th, 2009 at 1:32 pm
sil.entnur says:
haha..lawak2..besar sangat ‘ular’ tu..siap ade misai lagi. ular jantan kot..kalau cacing yg si cilik jmp,ape lak namanya ya
p/s : maaf, dah merata sy cri softcopy asg tp xjumpa..nnti sy tny grup mmbers kot2 diorg simpan. hardcopy mmg xdak..huhu..
August 27th, 2009 at 2:19 pm
azrinna says:
Anak saya pun takut dengan ulat kecik bermisai tu…
August 28th, 2009 at 9:38 am
hata says:
anak itu penghibur, dia menghiburkan tanpa disangka. hehehe
August 28th, 2009 at 5:03 pm
ainyusof says:
si cilik memang bijak memilih perkataan yang sesuai.ehehehe..eyo, eyo,,
August 29th, 2009 at 3:22 pm
duwenk aka paichowan says:
Ular GongGok.. hohho.. kelaka lak.. hihhihi..
slmt berpuasa bro..
August 29th, 2009 at 5:06 pm