August 26th, 2009

SANG PEMBERI

Posted in bebas by Rudy

Lima Ramadhan.

Menerima pemberian menjadi kesukaan ramai orang. Siapa tidak gembira menerima itu dan ini. Lagi-lagi hadiah. Tanpa sedar sebenarnya, sang pemberilah yang selayaknya lebih diangkat kegembiraannya. Bagi manusia pengamal ‘bakhil’, memberi bermaksud rugi. Tetapi, jika mengenal sifat Sang Maha Pemurah yang memberi kepada makhluknya, kita sebenarnya sudah lupa asal tujuan sifat makhluk yang dianugerahi Dia. Dalam hidup ini, aku percaya satu. Rugi yang kau katakan tika memberi, akan Sang Maha Segala balasi dengan lipatan ganda rezeki. Tidak di sini, ganjaran di Sana kelak yang aku dambai. Nah! Mudah bukan, sifir keadilan yang Dia ladeni?

Seperti kata Irfan (BACA: entah berapa kali aku ulangi kata-kata guruku ini), berilah sebanyak-banyaknya. Kemudian lupakan segalanya.

Tahniah kepada ibu Rina. Setelah menunggu bertahun-tahun. Sabarnya itu berbaloi dengan penerimaan jawatan tetap semalam. Siapa dan bagaimana sang pemberi itu biarlah ia dalam pengetahuan Tuhan sahaja. Senyum meleret Ibu Rina sepanjang semalam, benar-benar buat diri ini bahagia. Alhamdulillah.

Berbahagialah kalian, wahai sang pemberi! Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan penuh barakah ini.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. warispengiran says:

    Alhamdulillah, rezeki Ramadhan…
    abg saya, terima kasih atas segala nasihat dan sokongan yang diberi…:)

    August 26th, 2009 at 8:34 am

  2. Rudy says:

    waris, dah lupa segala pemberian tu…ekekeke

    August 26th, 2009 at 9:25 am

  3. sil says:

    Tak semua manusia yg memberi tu ikhlas niatnya. Susah nak ikhlaskan hati lagi2 kalau yg diberi tu sesuatu yg disayangi..

    August 26th, 2009 at 11:47 am

  4. Rudy says:

    sil, terutamanya duit dan harta…

    August 26th, 2009 at 12:19 pm

  5. hata says:

    belajar untuk ikhlas, bukan mudah tanpa kita sedari.

    August 26th, 2009 at 10:08 pm

  6. rudy says:

    ya Hata, saya akui itu.

    August 27th, 2009 at 7:49 am

  7. zoo says:

    Salam,
    Kerja seikhlas mungkin tanpa rasa prejudis. Jgn ditanya apa organisasi itu tlh beri tapi tanya diri apa yang tlh kita beri utk organisasi itu.
    Pengalaman adalah satu penghargaan utk segala kerja. Percaya? Tuhan punya kuasa…

    August 27th, 2009 at 7:53 am

  8. Rudy says:

    zoo, sangat sangat percaya…walau ada rintangan manusia berencana jahat sekalipun, bila berbicara soal rezeki, semuanya kepada Tuhan kembali jawapannya. Dialah penentu segala perjalanan hidup hamba2Nya. Percaya itu.

    August 27th, 2009 at 8:07 am