NASI LEMAK GULAI IKAN KEMBUNG KUALA GULA
Kami bertolak seawal pagi. Menongkah pekat subuh dan sarapan pun belum tersedia oleh pihak hotel. Perut yang biasanya sudah terisi saban pagi seperti tidak enak kerana terbiar kosong. Kami tidak berhasrat berhanti di Bandar Taiping sementalah menelah kemungkinan ada gerai makanan di sekitar jeti Kuala Gula.

Sangkaan kami meleset. Kami lihat perkampungan nelayan di sekitar Kuala Gula majoritinya penduduk berbangsa Cina. Gerai makanan Cina bersepah-sepah! Sukarnya mencari gerai Melayu. Hinggalah kami terjumpa sebuah gerai yang agak terpencil. Inilah satu-satunya gerai makanan Melayu yang kami jumpa setelah berpusing-pusing beberapa kali di kawasan tersebut.

Aku berbahasa basi dengan tuan empunya pemilik gerai. Katanya, hanya gerai beliau satu-satunya gerai Melayu di situ. Aku angguk sahaja dan malas bercerita panjang dek perut yang sudah berkeroncong sejak awal pagi minta diisi.

Menunya nasi lemak. Dengan gulai ikan kembung. Rasanya yang tiada tara! Segar dari perkampungan nelayan.

Harganya? Sangat-sangat tidak masuk akal. Sangat murah! Mana boleh dapat nasi lemak dengan harga lapan kupang di Kota Lumpur! Atau harga milo ais hanya ar em seringgit di Lembah Klang? Kalian lihatlah papan tanda harga yang aku tampalkan.

Jom singgah!


azrinna says:
Betl-betul murah En. Rudy. Kat kampung saya kat Muar ni pun tak dapat semurah tu.
July 30th, 2009 at 8:59 am
MaZz says:
Cantik cincin kat jari manis tu hehe
July 31st, 2009 at 12:11 pm
Izan says:
Betul2 murah nihh… murah gillak!
August 3rd, 2009 at 3:47 pm