BUDI

Kadang-kadang dek terlalu tamak dengan helaian ringgit buat diri jadi buta. Buta dengan kebajikan yang dituntut. Tenaga diperah saban hari tanpa lelah. Demi ringgit masuk ke kantung hingga kelalen (jw:lupa) ada peratus dapatan ar em itu adalah hak milik orang lain.
Ironi sekali, menggembirakan hati dua sahabat dengan mengeyangkan temolok mereka, menjadi suatu kegembiraan buat aku tengah hari Isnin yang redup itu. Seorang dari bumi penyu Terengganu datang atas urusan kerja. Manakala yang seorang sahabat sepegawai dari Kota London yang sedang bercuti rehat di Malaysia. Nah, nasi beriani gam dengan kuzi kambing dan ayam masak merah itu kulihat licin sekelip mata!
“Ini untuk kamu!”, tiba-tiba mereka, Hampir serentak pula.
Seplastik keropok lekor mentah yang menjadi kegemaran. Dan kemudian sesampul putih tertera aksara “Tie-Rack & London” bertukar tangan segera. Terhilang bilah-bilah kata seketika.
Pantas sekali aku teringat kata-kata sahabat aku Irfan Jani; Berbuat baik bukan untuk meminta-minta balasan. Tetapi berbuatlah baik kemudian lupakan.
Melihat senyum puas di bibir mereka, buat aku bahagia. Ya, gembira kerana dapat membahagiakan mereka. Meski hanya membahagiakan perut mereka sahaja! :)


Abang Long says:
Semuanya rezeki.
July 29th, 2009 at 9:07 am
asuhara says:
bahagia kan tengok kawan2 bahagia..
July 29th, 2009 at 9:19 am
Unsunghero says:
Rudy…ke perut dan terus ke hati
July 29th, 2009 at 11:25 am
theConfused says:
kerepok lekor…. aduhh.. enaknya!
July 29th, 2009 at 2:25 pm
yoe says:
July 30th, 2009 at 12:17 pm