MOHON PANDANGAN
Semalam dapat emel daripada salah seorang pembaca blog ini. Katanya;
Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kerana saudara seorang bloger yang berpotensi untuk pergi lebih jauh (tu pun kalau kuat berusaha la…). Dalam kita menyebarkan sesuatu. Kita mesti peka. Untuk pengetahuan saudara ada beberapa kesalahan dalam blog saudara. Saya nak komen yang (satu) je. Yang lain cari sendiri untuk melatihkan kepekaan saudara. Siapa DIA tu? rasanya lebih sesuai digunakan IA kot…
Emel daripada beliau ini merujuk kepada entri aku yang ini;
HAKCIPTA TAK TERPELIHARA
Dahulu, kalau menulis atau menggrafik apa sahaja di sini pasti aku letak nama bluehikari sebagai yang empunya hakcipta. Kononnya tak mahu dicilok. Kita lupa agaknya, semua yang kita ada bukan hak kita. Datangnya dari DIA. DIA yang menjadikan ilham itu terzahir di otak kita. Turun ke lidah, tangan dan wujud di sini. Sejak tersedar hal ini dari pembacaan luas, aku sudah mula tidak ambil kisah tentang hak cipta penulisan/grafik yang aku ada.Ironinya, kalau kalian mahu ambil apa sahaja yang terencana dalam blog ini silakan. Aku cuma tagih pahalanya untuk bekal di SANA kelak. Tak perlulah mempertahankan hak penulisan/grafik dari akta itu dan ini, sedangkan semuanya bukan kepunyaan kita. Ilmu itu datangnya daripada DIA, kita sebarkanlah.
Ambil yang muluk, buang yang buruk.
DIA yang aku maksudkan dalam entri tersebut dan kebanyakan entri aku di bluehikari merujuk kepada Allah, Tuhan Kaabah. Jadi aku mohon pandangan sahabat blogger yang telah mengikuti bluehikari sejak dari tahun 2000 untuk memberikan pandangan mengenai emel berkenaan. Mohon pandangan mengenai emel berkenaan dibuat dengan berhemah dan penuh dengan semangat ukhwah.
“Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan”, Al-Ikhlas:3
(Tafsir Alquran Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Alquran RI)
*****
Aku mengalami kesukaran untuk akses bluehikari minggu sudah. Mungkin entri geragau menjadi puncanya.
Hits 20 Julai 2009 - 22 504
Hits 21 Julai 2009 - 42 065
Hits 22 Julai 2009 - 34 800
Hits 23 Julai 2009 - 27 441
Hits 24 Julai 2009 - 16 752



Abang Long says:
Saudara lebih faham tentang entri yang dihasilkan. Tetapi penggunaan kata nama itu akan memberikan pembaca fokus.
July 27th, 2009 at 10:27 am
aqulaid says:
Rudi, bagi aku, setiap entri yang ditulis jika ada orang mengambil salinannya untuk diletakkan dalam jurnal/web blog, blog mereka, molek la kita tintakan empunya asal entri tersebut walaupun pihak yang empunya telah isytiharkan Hak Cipta Tak Terpelihara, ini hanyalah untuk rujukkan di mana kita ambil, dan kita bersikap bertanggungjawab terhadap blog kita sendiri.
Dulu-dulu pun kat ofis aku ada orang tampal gambar beruk yang senyum yang Mie buat siap ada lirik lagu senyum seindah suria tak silap aku, forward email tuh pun banyak, aku senyum aje, sebab Mie yang buat, dah tersebar luas, sama macam lagu satira Mat Jan, dan entri dialek Terengganu bertajuk Mujo yang ditulis Pok Ku Bustaman, semua tersebar setelah keluar dalam email, tapi sayangnya tiada orang yang tintakan empunya yang asal sebagai rujukkan.
Biarlah orang cilok entri kita, tapi tintakanlah empunya asal…
July 27th, 2009 at 10:29 am
aqulaid says:
Berkenaan email tersebut, dalam kita menilai orang, lebih baik kita jelaskan kesilapan orang itu daripada membuatkan orang itu serba salah dan mencari-cari kesilapan, atas dasar ingin memberi didikan dan memperbaiki kita sendiri, rakan, kenalan, dan orang lain, seharusnya kita nyatakan dengan jelas, sebagai pedoman, dan bukannya secara tersirat.
July 27th, 2009 at 10:46 am
kak zira says:
akak memahami istilah DIA dalam setiap entry awak adalah merujuk kepada ALLAH s.w.t. Jadi bagi pembaca mcm akak yang dah lama mengikuti blog ini memang tidak pernah menghadapi sebarang kekeliruan.
July 27th, 2009 at 1:04 pm
mern says:
rasenyer..betul la yg en rudy pakai tu…saya x pernah keliru pun setuju ngan kak zira…
July 27th, 2009 at 2:13 pm
tentangseseorang says:
errr bukan memang standard DIA tu hanya merujuk kepada Yang Esa?
July 27th, 2009 at 2:18 pm
asuhara says:
walaupun baru mengenali blog ini, namun semenjak kali pertama membaca entri rudy-san 2 thn sudah, DIA yang digunapakai dalam entri2 RUdy-san tidak pernah mengelirukan saya. bagi saya DIA dan dia yang dimaksudkan sangat jelas maksudnya.
July 27th, 2009 at 3:36 pm
Angah says:
Salam..
Angah pun tak pernah terkeliru dengan penggunaan DIA. Pembaca kena faham konteks ayat untuk memahami penggunaan kata gantinama yang digunakan.
Jika hanya mencedok satu dua perkataan atau satu dua ayat dari keseluruhan artikel, tak mustahil maksud sebenar perkataan/ayat itu akan disalah tafsir.
July 27th, 2009 at 5:19 pm
kamato says:
masing2 ada pendapat masing2, tapi pandangan saya tak salah kita tulis DIA membawa maksud yang esa
July 27th, 2009 at 8:50 pm
Unsunghero says:
sahih budak yang hantar e-mel tu tak tahu siapa Rudy Bluehikari. takpelah, budak baru bejalar memang begitu
July 28th, 2009 at 9:43 am
pinhead says:
DIA merujuk kepada Allah? Ape salahnye? Dlm Quran pun bnyk kata nama DIA yang merujuk kepada Allah.
Contohnya ayat 1 surah Al-Ikhlas. Perkataan Hua dlm ayat tersebut kalau diterjemahkan maksudnya DIA.
July 28th, 2009 at 12:55 pm
LitT|e^m3 says:
ok jek… faham je selama hari ni baca blog bluehikari ni. tak der masalah dan tak pernah terkeliru dgn pengunaan kata nama atau sebagainya.
July 28th, 2009 at 1:15 pm
apple says:
apa yg silapnya ye? rasanya semua org boleh faham siapa DIA walaupun tak mengikuti blog ni dari awal..
July 28th, 2009 at 5:21 pm
azrinna says:
Pada pendapat saya, DIA akan di ertikan sebagai Allah bagi yang beragama Islam. Dan bagi yang bukan Islam pula akan menganggap DIA sebagai Tuhan yang wajib disembah dan di taati suruhan-Nya dan menegah penganutnya dari berbuat jahat.
July 29th, 2009 at 8:46 am
piMan says:
si fulan yang menghantar e-mel sengaja menhantar memo untuk tarik perhatian Rudy senpai kot….
July 30th, 2009 at 1:42 pm