July 24th, 2009

RAMBUT

Posted in 1Malaysia by Rudy

Rambut sicilik ini kalau panjang sedikit, membentuklah ia gulungan-gulungan kecil yang aku rasa sangat rimas. Maka dengan automatik aku hantar dia ke kedai gunting rambut. Untungnya sicilik kerana sejak kecil lagi sudah berpeluang merasa geli dengan mesin potong rambut.

Semasa aku kecil dahulu, abahlah yang gunting rambut kami empat beradik. Sebabnya, aku phobia dengan cerita kawan-kawan sekolah. Mereka momokkan keling penggunting rambut itu, akan memotong kepala kami selepas rambut dipotong. Jadi, ia menjadi suatu ketakutan kepada kami adik beradik. Berkali-kali abah dan mak pujuk. Tetap aku tidak mahu. Malah, pernah sekali abah paksa duduk di kerusi di kedai gunting rambut milik kawan abah berbangsa India, aku menggelongsor turun dan melarikan diri. Kami menganggap bangsa lain itu seperti musuh pula. Betapa jumudnya aku berfikir tatkala itu.

Hinggalah aku tingkatan 1. Bila berpeluang bergaul dengan rakan-rakan sekolah dari pelbagai bangsa. Kemudian mengaji sejarah pula. Aku mula membuka minda. Mula berani memotong rambut di kedai India di pekan Banting atau Pekan Koboi Dengkil. Malah tukang gunting kegemaran aku di Banting itu seorang abang OKU berbangsa Cina yang cacat kaki kerana kemalangan. Kalau dia tidak ada, sungguh aku akan menunggu atau kalau dia tidak ada, aku akan balik sahaja. Kalau di Pekan Dengkil pula, aku akan setia menanti seorang pakcik India. Kedua-dua mereka menjadi tukang gunting kegemaran aku. Kerana sambil mereka memotong rambut aku, mereka akan bercerita tentang pengalaman hidup mereka. Macam-macam nasihat yang aku suka dengar.

Berbalik cerita kepada sicilik ini. Aku berazam untuk mendedahkan dia dengan pergaulan dengan pelbagai bangsa sedari awal lagi. Serasa inilah peluang yang ada untuk memupuk semangat bersama tinggal di Malaysia yang pelbagai warna dan ragam bangsanya. Aku tidak akan hantar sicilik bergunting ke kedai Melayu. Klise bukan? Justeru, sicilik ini biasanya aku hantar ke kedai gunting milik seorang India di kawasan tempat aku tinggal. Sicilik sudah biasa dengan kedai itu dan kalau aku bawa ke kedai lain, takkan dia mahu. Kalaupun ada orang lain yang menggunting tetapi sicilik memilih abang yang seorang ini. Seakan-akan dia sudah biasa dengan tukang gunting itu, yang sangat suka melayannya bercerita sambil bergunting.

Usai menggunting rambut;

“Eh! adik kecil cium tangan saya”, Kata abang penggunting rambut itu seperti tidak percaya, Ketika pertama kali aku bawa sicilik ke kedai itu setahun yang lalu.

“Ya, saya biasakan dia salam sambil cium tangan sesiapa sahaja. Supaya dia tidak membezakan sesiapapun rakyat Malaysia yang dia gauli”, Balas aku.

Moga-moga didikan kecil ini impaknya besar kepada sicilik pabila menjejak usia matang nanti. 1 Malaysia!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. cik bie says:

    tomei apa rmbt gulung2 eyo tu hikhikhik…rmi org tegur tu hahaha…fotogenik sungguh :-D

    July 23rd, 2009 at 8:52 am

  2. ri says:

    comel.. lebih iras muka mak nampaknya.

    cantik apa rambut keriting-keriting :)

    July 24th, 2009 at 12:47 am

  3. kak zira says:

    manisnya bila dia senyum..macam awak le rudy…heheh hehehe

    July 24th, 2009 at 12:47 pm

  4. momo says:

    salam,

    baru jumpa blog ni. banyak artikel santai yg menarik. saya dah pinjam satu artikel utk blog saya tapi ada taruk link ke blog ni.

    cuma nak komen sikit pasal Mee Udang Kuala Sepetang sebab saya orang Bukit Gantang. elok tanya kedai-kedai yg menjual mee tersebut kalau nak makan kerana kebanyakan yg menjual mee tu org kampung. ada aduan diterima mee yg diaorang pakai ialah mee buatan orang bukan islam.

    July 25th, 2009 at 10:53 am

  5. Menariknya says:

    SUka membaca tulisan2 di blog ini. Simple topics yet interesting dan membuat kita berfikir sesuatu yg selama ini we take for granted.

    July 27th, 2009 at 9:35 am