July 23rd, 2009

ENTRI GERAGAU YANG MENGGEGARKAN

Posted in bebas by Rudy

“Entri geragau telah mula menggeragau pelusuk kantung emel di Malaysia”, Kata seorang teman dalam yai em. Aku tidak percaya mulanya. Hinggalah mendapat semula forward emel berkenaan.

Semalam seorang pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak menghubungi aku di emel untuk mendapatkan lokasi bagi tujuan serbuan. Berita itu kemudiannya dipanjangkan ke Jabatan Agama Islam Perak. Kemudian, seorang wartawan akhbar tempatan juga meminta maklumat yang sama. Mereka akan membuat follow up mengenai pendedahan tersebut. Aku tidak kisah, biarlah ia disebarkan agar khalayak mendapat tahu dan mengambil iktibar.

Aku bukan macam dua orang wartawan akhbar tabloid terkenal yang menulis berita palsu untuk melariskan jualan akhbar petang mereka. Malah aku juga bukan seperti penulis blog ini, yang mengaku dia menulis entri dan meletakkan gambar dengan hakmiliknya di sini.

Hai, macam-macam.

* Saya sudah menerima permohonan maaf daripada penulis duniasaya.com. Justeru, saya membuang link  ke blognya. Semoga beliau berhati-hati dalam penulisannya pada masa hadapan. Adalah menjadi suatu yang bahaya bagi penulis seperti kita apabila mendapat forward emel kemudian menerbitkannya semula tanpa mengetahui sumber rasminya. Sama-sama kita mengambil berat akan hal ini.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

17 comments

  1. mudin001 says:

    Saman dia bro. Selamba aje. Ceit!

    July 23rd, 2009 at 10:23 am

  2. asuhara says:

    saya pun dapat fwrd email kamu ini dalam email pejabat saya rudy-san. email kamu telah menggeragau cawangan saya yg 13 tingkat ini!

    July 23rd, 2009 at 10:30 am

  3. addyaholix says:

    emel apa bang rudy? =)

    wah itu macam tulisan kamu bang rudy. masih ada manusia yang macam tu? saman bang jangan tak saman. baru dia tahu nanti.

    July 23rd, 2009 at 10:33 am

  4. Gurindam Jiwa says:

    Memang ramai orang yang macam DUNIA SAYA DOT COM itu.

    Agak mengecewakan.

    ps: Kenapa tak ambil/paparkan satu gambar close-up (macro shot) udang geragau tu?

    July 23rd, 2009 at 10:44 am

  5. naimisa says:

    apa pun, ini satu pendedahan yang bagus.

    Tahniah!

    July 23rd, 2009 at 10:45 am

  6. art says:

    ha ha ini kalau tak silap geng buat duit melalui blog. diaorang kena buat blog banyak2 so lagi cepat dapat untung. so, kita yang buat satu blog ni pun kekadang mati idea kan, ni plak nak buat bebanyak.

    tak nak mati idea, kopipes sajork orang punya blog ha ha

    kurang hajar betui!!

    July 23rd, 2009 at 11:23 am

  7. azrinna says:

    Maybe en. rudy blh setting blog encik ni supaya org tak blh click ‘kanan’. fahamkan? tak tau nak terangkan mcmnana.

    July 23rd, 2009 at 11:26 am

  8. Rudy says:

    mudin01, ahahaha, xper..sy bersangka baik sahaja.

    art, oh sy je org yg buat blog tapi xda dpt pulangan duit..moga2 pulangannya di SANA kelak. :)

    Azrinna, sesuai dgn moto blog saya; Hakcipta Tak Terpelihara: Ambil Yang Muluk Buang Yang Buruk, ambil mana yang baik utk disebarkan. jd sy takkan buat no right klik mcm dulu2. terpulang kpd rasa hormat org lain sesama manusia.

    asuhara, sy sendri dpt smeula fwd emel tu ehehehe…tetiba rasa seeraaammm sejuk.

    addy, emel2 foward entri tersebut. skrg sudah mula masuk semua kotak emel sesiapa yg ada emel di malaysia.

    Gurindam Jiwa, strategi saya sengaja utk tidka close up supaya gambar asal close up itu menjadi bukti ianya dibuat oleh saya. Justeru sy jdkan ia paparan 340×255 shj. tupun ad aorg watermarkkan mnjadi hakmiliknya ..ekekeek

    naimisa…terima kasih. sama2 kita beritahu khalayak hal yg sebenar dan tidak menjadi syubhah.

    July 23rd, 2009 at 11:32 am

  9. ayobkelubi says:

    itulah pasal, aku baru nak inpom kat ko bang.rupanya dah kecoh.saman aje makrop yg kopi pes tu. makrop betul!

    July 23rd, 2009 at 3:37 pm

  10. fakhrul says:

    im the owner of duniasaya.com, receive ur post from stranger in my email without the credit.
    and i already remove the post contents.
    TQ.
    my apologies .

    July 24th, 2009 at 1:08 am

  11. zoo says:

    huhu… dpt email geragau dr kwn2 dr jabatan2 kerajaan 3 hari lepas…
    huh semalam..email yg sama dr opismate setelah menjelajah seluruh phar****aga..huh…kecoh!
    dgar cerita dr kwn2..kisah ini ada dlm sebuah facebook tp tak pasti…

    July 24th, 2009 at 8:51 am

  12. Izan says:

    Bravo rudy!!

    July 24th, 2009 at 10:32 am

  13. Khairi says:

    tak sabar tunggu the next episode…. good job. Syabas.

    July 24th, 2009 at 3:07 pm

  14. azizwan(dot)com says:

    aku pun terima ada terima emel gambar2 tu dan telahpun buat posting kat blog aku.. aku nk komen kat entri tu tp tak boleh plak.. maybe bro dah closed kot. huhu.. anyway, thanks 4 the big suprise :)

    July 25th, 2009 at 5:27 am

  15. azizwan(dot)com says:

    lupa plak.. ni link entri aku tu http://www.azizwan.com/disebalik-pemprosesan-udang-geragau-yang-sungguh-bluwek/

    July 25th, 2009 at 5:28 am

  16. me says:

    shouganai na

    July 26th, 2009 at 6:01 pm

  17. mohd amin deraman says:

    Bagus Abang Rudy.Satu pendedahan yang dahsyat………Sama-samalah kita beli geragau dari kelantan dan trengganu yang halal lagi suci.

    July 28th, 2009 at 12:04 am