July 21st, 2009

LAUK KAMPUNG DI SERDANG KEDAH

Posted in makan by Rudy

Sejurus selepas tamat melakukan ekpedisi penyelidikan di Daerah Larut-Matang, Perak 2 minggu lalu. Kami dijemput ke kampung salah seorang staf di Serdang Kedah. Dari Jeti Kuala Gula, Kerian Perak, kami menuju ke Kampung Leret A, B dan C, Serdang Kedah. Utara Malaysia pada ketika ini sedang galak musim buah-buahan. Jadi, jemputan ke rumah staf ini memang tidak dapat kami lepaskan.

Kami disambut dengan buah Ster. Buah seakan-akan honey dew ini rasanya manis di dalam dan agak masam di luar. Bagi aku yang tidak pernah melihat buah ini, memang agak pelik jugalah. 

Isi buah ster seakan-akan honey dew tetapi lebih lembut.

Kami juga dihidangkan dengan rambai penuh sebakul.

Juga sebakul penuh buah manggis yang comel-comel. Manisnya terasa dan aku berpeluang memetik sendiri beberapa biji buah manggis ini yang terletak di sekeliling rumah yang penuh dengan buah-buahan tempatan.

Lihatlah isinya yang putih! Boleh menyebabkan kalian menelan air liur. Ia segar kerana baru sahaja dipetik. Berbanding jika kita beli di pasar malam yang sudah lama dalam stor simpanan.

Selain itu kami juga dihidangkan dengan buah rambutan. Inilah buah yang menjadi kegemaran aku sejak dahulu. Isi yang manis malah mudah lekang dari bijinya menyebabkan aku leka mengulitnya.

Pelbagai jenis durian juga ada. Orang lain berlumba-lumba makan pelbagai jenis durian ini. Tetapi tidak bagi aku. Aku lebih rela duduk jauh-jauh dan memerhatikan mereka makan daripada merasanya. Nasiblah orang yang tak makan durian seperti aku!

Disebabkan jadual agak padat di hari terakhir penyelidikan yang merangkumi kawasan Sanctuary Burung di Kuala Gula dan kawasan arkeologi di Pulau Kalumpang, Kerian Perak, kami tidak sempat makan tengah hari. Kami hanya dibekalkan dengan roti dan air mineral sahaja.

Justeru, sesampai sahaja di Kampung Leret dan melihat timbunan makanan, kami seperti semut mendapat gula. Ada yang mengerumum buah-buahan dahulu. Ada pula yang segera menyenduk nasi. Apatah lagi lauk yang disediakan emangnya enak-enak dan original datang dari kampung tersebut. Antaranya gulai nangka dan sambal sotong!

Ini antara kegemaran aku. Kerabu kerang dengan tauge berkerisik. Memang menjilat jari!

Ada juga kerabu bacang! Yang ini manis-manis pedas dengan baunya yang menyengat perasaan.

Dan yang paling tidak boleh aku lupakan ialah gulai lemak ikan air tawar tempoyak! MasyaAllah! Inilah yang menyebabkan ramai dalam kalangan kami menambah nasi hingga dua kali! Walaupun perjalanan dari Kuala Gula ke Serdang Kedah agak mengambil masa 1 jam lebih, tetapi ia sangat-sangat berbaloi. Bagi pihak rombongan, suka saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Cik Zaina yang sudi menjamu kami dengan makanan dan buah-buahan yang enak sekali. Terima Kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi!

Cuba teka di bawah ini adalah buah apa?

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

18 comments

  1. Suhaimi says:

    Buah asam gelugur atau asam keping

    July 21st, 2009 at 8:08 am

  2. cde411 says:

    Asam gelugor kot?

    July 21st, 2009 at 8:11 am

  3. fara says:

    buah ster mmg sangat sedap jika dicicah dgn kicap letak gula & cili sikit perghh… lamanya dah tamakan. Kat perak nie susah no nak jumpa

    July 21st, 2009 at 9:46 am

  4. fara says:

    buah asam gelugor
    yag kuning tu dah masak. Hiris nipis-nipis & jemur sampai kering, jadi la asam keping

    July 21st, 2009 at 9:52 am

  5. Izan says:

    Oishi souuuuuuuuuuuuu!!!
    Guess what, aku dapat foward mail pasal Industri Geragau from your previous post! Dapat2 tu rasa eh macam kenall jeee… huhuhuhu

    July 21st, 2009 at 10:15 am

  6. asuhara says:

    oooo rugi ooo tak makan durian perak tuuu…haritu pergi tsukiji buah manggis 3 biji 250yen =rm 9! itu dah nampak lama tu, yang baru mcm dlm gambar kamu ni rudy-san entah berapa lah agaknya harganya.

    July 21st, 2009 at 11:13 am

  7. warispengiran says:

    erm….sedapnyer!!!nak durian dgn kerabu tuh..terliur jer..!!!
    sumer org cakap asam gelugor..mcm tu eyh asam gelugor..canteknyer!!!

    July 21st, 2009 at 2:33 pm

  8. aini says:

    buah asam gelugor… yg dl bakul tu buah rambai ke buah langsat?

    July 21st, 2009 at 5:27 pm

  9. DeLinn says:

    nampak sedappp!

    July 21st, 2009 at 5:34 pm

  10. aliff says:

    aliff baca emel alumnai..ado yg forward pasal udang geragau abang dy tulis tu :)

    asam gelugur!!

    July 21st, 2009 at 6:35 pm

  11. moshri says:

    bro.. krabu bacang tur.. memang peberet aku tur. susa mau dapat yg manis2.

    July 21st, 2009 at 8:37 pm

  12. gfr says:

    bro… aku rasa sebakul buah rambai tu… bukannye rambai… kalau rambai, bro makan setangkai pun payah nk abiskan…
    tgok pic tu cam buah langsat atau dokong…

    July 21st, 2009 at 10:17 pm

  13. chyazl says:

    buah gelugor….bukan buah rambaila bang rudy, samada buah duku atau dokong

    July 22nd, 2009 at 12:36 pm

  14. IlhamHamdani says:

    rambutan .. choudai!

    July 22nd, 2009 at 12:37 pm

  15. theConfused says:

    alor star tuh asalanya dari pokor buah star la…

    ada macam2 jenis dr spesis yg sama, staq, setoi, dan ster…

    sedap kalau dicicah sambal..

    uhuhhhh….

    last tuh buah asam gelugor, nanti dipotong halus2, di jemur dibuat asam.. :)

    July 22nd, 2009 at 3:45 pm

  16. Kamal says:

    Bukan buah asam gelugur tu, yang tu Buah Kandis. Buah asam gelugur buat asam keping, buah kandis ni boleh makan mcm tu je, tapi masam2 manis bila ranum.

    July 22nd, 2009 at 3:51 pm

  17. addyaholix says:

    kerabu kerang buat saya tak tahan bang rudy. nanti datang ke kedah lagi sila jemput ke rumah. cakap je kawan addy. haha!

    buah apa tu bang?

    July 23rd, 2009 at 12:13 am

  18. Pokla says:

    YG 1ST TU, YG DIPANGGIL BUAH STER TU, SEBENARNYA buah sentul.

    kalau ikut bahasa daerah ada yg panggil buah stoi, ster & macam2 lagi laa..
    (buah star lain pulak rupanya, seakan2 mempelam telur, cuma saiz lebih kecil je dan bentuk bulat tidak bujur. rasa lebih masam bila muda, lebih manis bila masak, dari mempelam telur).

    bagi kami anak2 kampung, musim buah stoi ni memang seronok sebab dapat melatih kecekapan membaling kayu utk mendapatkan buah stoi yg duduk tinggi di atas pokok..

    dan isinya memang manis, manakala yg rasa sedikit masam tu sbenarnya sebahagian dari bahagian dalam kulitnya yg juga boleh di makan.

    sekian, huhuu..

    July 24th, 2009 at 10:21 am