July 20th, 2009

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Posted in makan by Rudy

Kalau ke Kuala Sepetang, jangan lupa singgah makan Mee Udang. Mee Udang Kuala Sepetang menjadi sangat masyhur dek penangan pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi TV3 turut mempromosikan makanan tersebut. Banyak jenama Mee Udang terdapat di sini. TV3 umpamanya mempromosikan Mee Udang Mak Teh.

Walau bagaimanapun, menurut seorang tempatan yang aku tanya ketika bertandang ke sana baru-baru ini, Mee Udang Mak Teh tidaklah tersohor sangat di daerah itu. Mungkin dek penangan promosi tivi, maka ia menjadi sangat terkenal dan orang luar akan singgah ke gerai Mak Teh ini yang terletak di tepi jalan menghala Pekan Kuala Sepetang.

Menurut perantara aku ini, Mee Udang yang paling sedap ialah Mee Udang Pak Salleh yang terletak di Pekan Kuala Sepetang. Tanya sahaja kepada sesiapa di Pekan itu, pasti akan kenal siapa Pak Salleh, tauke Mee Udang. Kuahnya jauh lebih pekat dengan sari perisa udang segar yang enak. Harga mee udang bergantung kepada jenis dan banyaknya udang. Bagi harga udang sangkar ianya boleh berharga semurah RM6. Manakala bagi udang liar harga boleh mencecah RM14 sepinggan. Banyak atau sedikit udang boleh diminta kepada penjual dengan bebas mengikut kehendak kalian.

Apa yang pasti Mee Udang di Kuala Sepetang menggunakan sumber udang yang banyak hidup kawasan mangrove (bakau). Udang-udang ini sangat segar dan manis rasanya. Jika kalian berkunjung ke Kuala Sepetang, jangan lupa singgah makan mee udang. Banyak gerai terdapat di sepanjang jalan menuju Kuala Sepetang. Atau terus sahaja cari Mee Udang Pak Salleh atau Mee Udang Mak Teh.

Oh ya, jika kalian mahu merasa Mee Udang di sekitar Bangi. Sila berkunjung ke gerai Mee Udang yang terletak bersebelahan dengan Stesen Petronas di Persiaran Jaya, Bangi (berhadapan dengan Taman Industri Selaman, Bangi). Kalau kalian dari PLUS hala ke selatan, sila keluar di tol Bangi. Kemudian seelpas tol sila teruskan perjalanan sehingga bertemu dengan fly over dengan simpang 4 berlampu isyarat. Teruskan perjalanan (jam 12) dan sehingga kalian nampak di sebelah kiri stesen minyak Shell dan kemudian Petronas. Gerai Mee Udang tersebut terletak bersebelahan dengan Stesen Petronas tersebut.

* Aku ada bertanya dengan seorang penjual Mee Udang tentang pendapatannya sehari. Katanya biasanya pendapatan beliau pada hari hari biasa boleh mencecah RM4K - RM6K. Pada pilihanraya kecil tersebut dia boleh dapat RM12K sehari sepanjang tempoh berkempen tersebut. Fuh! Pakcik Kayo!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

6 comments

  1. yoe says:

    teringat mee udang sungai dua, kat penang!! sedap jugak!!

    bang, nanti bole la bawak g makan mee udang bangi tu, bole ajak abg azrin sekali….

    July 20th, 2009 at 10:37 am

  2. Abang Long says:

    Betul. Mee udang Pak Salleh lebih sedap. Sebab Abang long orang Taiping.

    Mohon mendapatkan alamat emel Tuan ?

    safmi_80@yahoo.com

    TERIMA KASIH

    July 20th, 2009 at 10:56 am

  3. Rudy says:

    Yoe, wokeh insyaAllah.

    Abang long, emel saya di bhgn contact di atas sana. shouganai77[at]gmail(dot)com

    July 20th, 2009 at 11:42 am

  4. Pokla says:

    betul tu bang.
    kedai papan buruk kat tengah2 pekan kuala sepetang tu lagi sedap mi udangnya.

    cuma, dlm tuntutan komersialisasi penyiaran, takdenye diorang nk promote kedai buruk tu hehe..

    maka kami rakyat taiping selalu ingin memperbetulkan tanggapan para pengunjung yang terpengaruh dengan glamorisasi itu.

    sekian.

    July 20th, 2009 at 3:37 pm

  5. asuhara says:

    hehehe, selak udang baru nampak mee ek. oishi neh!

    July 21st, 2009 at 8:06 am

  6. zoo says:

    mee udang bangi..
    kalo melalui PLUS lebih mudah keluar susur Kajang
    dan seterusnya selepas tol himpit ke kiri menuju bdr baru bangi (jgn terus kekiri nanti sampai ke kajang)
    dan seterusnya disebelah kiri berdekatan Stesen Petronas..

    July 21st, 2009 at 10:01 am