TERIMA KASIH
Aku ke Hospital Serdang atas sedikit urusan semalam. Kalut agaknya kerana seharian itu aku terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Hinggalah aku terperasan yang N95 aku sudah tiada dalam genggaman tangan.
Tangan menjadi sejuk. Serasa ais sudah membekukan diri. Kalau hilang habislah. Bukan kerana N95 itu, tetapi kerana nombor-nombor penting dan maklumat yang tersimpan di dalamnya adalah berkaitan dengan kerja. Aku cuba dial nombor aku. Panggilan pertama tidak berjawab. Alamak hati sudah tidak keruan. Kemudian, dengan bismillah aku dial kali kedua. Kedengaran suara wanita di hujung talian. Alhamdulillah! Besarnya kalimah Allah, sehingga aku lupa dek panik berterusan.
Segera aku ke kaunter jabatannya. Dia kata ada pesakit terjumpa telefon itu di kaunter di hadapannya. Lalu menyerahkan kepadanya. Syukur kepada Tuhan. Aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pesakit yang aku sendiri tidak tahu siapa dia dan kepada Cik Sharifah Noor Faslina, Jabatan Farmasi Hospital Serdang, atas kejujuran yang ditunjukkan. Kalaulah semua manusia sebaik mereka, alangkah aman dan indahnya bumi Tuhan ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik mereka.
* Tulis surat penghargaan kepada Pengarah Hospital Serdang dan salinan kepada YB Menteri Kesihatan.


angel_baik says:
alhamdulillah… masih ada manusia yang jujur….
June 25th, 2009 at 10:12 am
warispengiran says:
pernah mengalami perkara yang sama april lalu.handphone yg tak sampai sebulan beli tertinggal di kafeteria klia.hanya tersedar sebelum masuk boarding hall.syukur yg jumper pekerja pompuan india yg jujur dan menyerahkan kepada penyelianya..syukur alhamdulillah.masih ada manusia yg jujur di alaf ini.
June 25th, 2009 at 2:10 pm
silentnur says:
salam
saya baru di sini.
mmg indah dunia kalau semua manusia tulus & jujur. Tapi ada yg xbegitu. handphone sy pernah dicuri orang. dalam masjid. d universiti. waktu terawikh. bulan puasa.di mana2 orang boleh mencuri, hatta di rumah Allah. Alhamdulillah skrg digantikan dgn yg lebih baik >.<
June 26th, 2009 at 8:35 am
IlhamHamdani says:
1 dalam 1000!
Mudahan lebih ramai lagi yang begitu.
June 26th, 2009 at 8:43 am
aliff says:
Bang Dy,
Selalunya rezeki yang halal amatlah berkat.
Pernah terjatuh beg duit di jalan raya utama Seksyen 14 Petaling Jaya, dijumpai oleh tukang sapu. Habis semua nombor telefon dalam buku kecil didalam beg duit itu ditelefonnya mencari saya. Besar sungguh budi tukang sapu yang amanah dan jujur itu! Hanya Allah SWT yang mampu membalas budi beliau.
June 26th, 2009 at 12:20 pm
addyaholix says:
dalam berjuta mungkin ada satu. dan yang satu itu harapnya ada diantara kita. diantara kita-kita.
June 26th, 2009 at 5:25 pm
SangMentari says:
Moga ramai lagi yang mulia hati sepertinya.
p/s minta izin untuk linkkan blog ini ke SangMentari ya. Salam ziarah dari Bumi Kaherah..
June 28th, 2009 at 12:55 am
irshadian says:
saya terbaca jurnal dari banting ke fukushima2000, adakah tuan blog ini masih sakit?
syafakallah
June 28th, 2009 at 12:47 pm