June 24th, 2009

P.RAMLEE DAN DIA

Posted in 1Malaysia by Rudy

Mei 2008. Dalam perjalanan pulang dari jeti Merang ke Bandar Kuala Terengganu  menaiki sebuah van pesiaran milik pengusaha salah satu resort di Pulau Redang. Kami dibawa oleh seorang pemandu yang sudah agak berusia tetapi masih kuat dan sihat. Dalam van itu hanya aku berdua dengan seorang sahabat.

Sepanjang perjalanan itu, kami hanya membatukan diri. Aku malas menegur pemandu seperti selalu dek lelah selama beberapa hari bertugas sambil bercuti di Pulau itu. Mungkin kerana masing-masing diam. Pemandu van itu mula memasang sebuah CD. Apabila muzik berkumandang aku dan sahabat berpandangan sesama sendiri. Kedengaran lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee. Dan kemudian, dia bersiul dengan hebat dan baik sekali mengikuti melodi.  Sekali lagi aku dan sahabat berpandangan kehairanan yang amat!

Ya, apa nak hairan dengan generasinya dengan siulan lagu-lagu P.Ramlee? Amat sinonim bukan? Ironi sekali, pemandu van itu sebenarnya berbangsa Cina. Suatu yang jarang sekali berlaku pada zaman ini. Adakah impak dari kewujudan tiga jenis sekolah (SK, SKJC & SKJT) di Malaysia selepas merdeka telah menyebabkan keakuan rakyat Malaysia berpaksi hanya kepada bangsa mereka? Aku masih tidak jumpa lagi sahabat seusia dari kaum lain seperti dia.

Inilah semangat perpaduan dalam menyatukan semua rakyat Malaysia. Aku terkesima hingga beri tips lebih kepada dia.

* PM dalam blognya bercerita tentang rakyat  Sarawak yang menepati konsep 1Malaysia. Malah dalam berita harian semalam aku terbaca rencana tulisan seorang pensyarah mengenai perpaduan rakyat Sabah yang juga sama seperti rakyat Sarawak. Ini aku akui. Malah aku sudah tulis dalam satu entri pada 27 April yang lalu di sini.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. asuhara says:

    waktu saya di jb, biasanya petang hari kalau ke holiday plaza, di Mc D, akan ada sorang lelaki cina lebih kurang 50-an waktu itu (thn 90an)yang membaca utusan melayu, habis dari kulit ke kulit dia mengulit akhbar jawi tu. saya x de jumpa yang lain selain dia yang begitu (mungkin x perasan)

    June 24th, 2009 at 8:18 am

  2. cen says:

    Amat membanggakan itu. Mungkin faktor sekeliling pemandu yang tinggal bersama masyarakat melayu menyebabkan beliau meminati lagu tersebut?

    June 24th, 2009 at 8:53 am

  3. warispengiran says:

    syukur..telah lama kami di Sarawak begitu juga Sabah mengamalkan konsep 1Malaysia dengan jayanya. cuma harapan biarlah kami mendapat perhatian sewajarnya dalam apa jua aspek dan tidak hanya pada waktu tertentu sahaja.by d way, Rudy-san, bila nak kunjung ke bumi kenyalang lagi??hehehe

    June 24th, 2009 at 9:02 am

  4. art says:

    itu sememangnya biasa di Tganu. seorang manager saya dulu cakap Tganunya pekat sungguh..macam org Melayu sana jugak..

    June 24th, 2009 at 10:57 am

  5. he says:

    alangkah bagusnya jika seluruh Malaysia mengenepikan politik dan menumpukan kerja memajukan negara…

    June 25th, 2009 at 2:25 am