June 23rd, 2009

H & N SATU SATU

Posted in bebas by Rudy

Gundah dan gawat. Begitulah rasanya, sejurus diberitahu seorang sahabat yang dia dalam kalangan orang perantara terus bagi kes keempat belas H1N1. Dia bertugas pagi 13 Jun itu menerusi penerbangan MH385 dari Hong Kong ke Kota Kinabalu.

Aku pula sejak dua tiga hari itu tidak pula membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan H1N1 di Malaysia. Segala-galanya menjadi kacau, tatkala pada 15 Jun selepas pengumuman rasmi oleh Kementerian Kesihatan. Semua penumpang dan kabin kru yang terlibat dalam penerbangan itu diminta menghubungi jabatan kesihatan dan dinasihatkan mengasingkan diri selama 3 hari di rumah.

Aku tidak lena tidur malam itu. Asbabnya? Kerana sejurus sahabat aku ini tamat bertugas dan pulang ke Kota Lumpur pada tarikh yang sama, kami minum malam dan berbual lama. Pagi 16 Jun, aku hubungi doktor peribadi dan beliau meminta supaya kami menghubungi jabatan kesihatan untuk menyerah diri. Nah! Dengan aku aku sekali kena kuarantin. Mujur alhamdulillah, dia ditempatkan bertugas di bahagian dapur pesawat. Maka, kebarangkalian untuk dijangkiti sedikit rendah berbanding kabin kru yang bertugas melayan penumpang. Tetapi doktor beritahu, jika ada salah satu simptom sekalipun segera berkejar ke hospital.

Jumaat, 19 hari bulan. Tamat kuarantin akhirnya. Hati agak lega. Alhamdulillah kami berdua sihat-sihat sahaja. Tetapi masih tetap waspada. Kalian bagaimana?

* Kempen kesedaran H1N1 oleh Menteri Kesihatan terpapar di layar tivi. Wartawan juga sibuk menemubual rakyat. Ada satu paparan temubual seorang wartawan kepada seorang wanita. Bila ditanya apa yang boleh dilakukannya untuk menghindari wabak itu, jawapannya klise. Cuci tangan sebelum makan, gunakan tisu/tuala untuk bersin atau batuk dan macam-macam lagi. Kalau aku ditanya wartawan berkenaan, aku akan jawab begini; TOLONGLAH JANGAN MAKAN BABI! Aci tak?

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

9 comments

  1. thafiexq says:

    usah dibwa main perkara sebegni rupa.melibatkn nyawa.alhamdulilah sume ok ok aja!

    June 23rd, 2009 at 7:49 am

  2. warispengiran says:

    hari tue kecoh sikit kat hospital mukah sebab bw surat dari nurse kat airport yg menyatakan saya ada risiko terdedah dgn virus itu sebab temperature badan naik dan kene flu and batuk pas balik dari kl…tp ok2 jer.nasib bek tak jadik kes pertama di sarawak…ekekeke..apa pun setuju sangat dengan jawapan Rudy-san.dapat markah penuh tue…hehehehe

    June 23rd, 2009 at 7:52 am

  3. azrinna says:

    Setuju sangat

    June 23rd, 2009 at 9:56 am

  4. addyaholix says:

    ini bukan hal main-main bang rudy. kamu betul-betul ok? kalau perlu, selalu buat check up bang.

    June 23rd, 2009 at 10:09 am

  5. rudy says:

    thafiexq, addy, telah diperjelaskan doktor. jika ada simptom shj spt demam, batuk, selsema, sakit kepala shj yg akan diambil darahnya. selebihnya dikuarantin 3 hari.jika selepas itu ok, makna insyaAllah tiada. kerana viral h1n1 akan bertindak dalam 1-3 hari.

    June 23rd, 2009 at 11:35 am

  6. rudy says:

    waris, sudah ada kes pertama srwk today. sila baca di akhbar.

    azzrina, jom hati2.

    June 23rd, 2009 at 11:39 am

  7. tentangsseorang says:

    sangat setuju!!!!

    ehehehe

    kene pakai topenglah kalau jumpa kekanda rudy.

    ahahahah

    June 23rd, 2009 at 12:15 pm

  8. axim says:

    semoga kamu sihat sihat aja dong!!

    June 23rd, 2009 at 4:15 pm

  9. asuhara says:

    baik2 nanti kamu kena ‘gam’ pulak rudy-san!

    tapi saya sokong betulnya!

    June 23rd, 2009 at 4:28 pm