TAHI HIDUNG LAGI
Entah mengapa mata aku ini seperti lensa CCTV.
Aku ke kedai membeli ayam. Usai memilih dengan memeriksa kadar putus urat merihnya, aku serahkan kepada tauke untuk ditimbang. Kemudian aku ambil ayam yang hampir dua kilogram itu. Dan ketika ingin menyerahkannya kepada pekerja Bangla yang akan memotongnya. Aku terpempan!
Pekerja itu sedang leka mengelamun di tepi kedai. Mungkin penat seharian agaknya bekerja, hingga tidak sedar jarinya mengorek-ngorek lubang hidung. Digentel-gentelnya hasil lombongannya keenakan.
Aku cakap mahu potong ayam. Ketika dia mahu ambil ayam dari tangan aku. Aku tegur suruh dia basuh tangannya terlebih dahulu. Dia terpinga-pinga dan bertanya asbab. Aku cakap, dia baru sahaja korek hidung. Dia tidak mengaku. Dan terus rampas ayam daripada aku.
‘Cancel!‘, Aku berlari keluar ke kedai sebelah. Salahkah tindakan aku?



warispengiran says:
uwekkkkssssss…!!!tindakan yg sama yg akan saya lakukan…
June 22nd, 2009 at 7:36 am
asuhara says:
eyarkkk.
bapa kawan saya pun pernah menegur sorang mamat di 1 kedai makan.apalah diorang nih! kemproh!
June 22nd, 2009 at 8:48 am
art says:
tindakan menegur tidak salah tetapi tindakan berlari keluar kedai itu agak mengecewakan kerana kau ada hak untuk mintak ganti yang baru kan…kenapa lari..customer is always rite
June 22nd, 2009 at 10:14 am
Rudy says:
waris, kita serooopaaa
asuhara, deshou, kemproh sgt~
art, kalau saya ganti dengan ayam lain pun, dia akan tetap yg akan potong ayam saya. Saya tak rugi apa-apa sebab saya belum pun byr lagi apa2.
June 22nd, 2009 at 12:16 pm
fajar says:
Hahah. Customer always right.
June 22nd, 2009 at 3:40 pm
tED| says:
getel taik idung?? ekekekekek.. syok wooo.. sampai tak sedar diri.. hik hik hik..
June 22nd, 2009 at 4:10 pm
rudy says:
fajar, kan? kat luar negara suara pengguna ni amat amat ditakuti peniaga. mesia je..boleh pula diperkotak katikkan.
tedi, geli broooo~
June 23rd, 2009 at 8:22 am
ayobkelubi says:
betul..kalau aku pun blah..giler betul..
June 23rd, 2009 at 10:20 am
Rudy says:
ayob, pakat boikot wo…
June 23rd, 2009 at 11:47 am
umeboshi says:
ish…gelik..gelik!! lepas korek idung…mesti p basuh tgn la. tah apa2 tah!!
June 23rd, 2009 at 4:27 pm
Rudy says:
cik ume, begitulah juga kegelian aku. kemproh bangeti~
June 24th, 2009 at 7:37 am
shiemz says:
Hahaha..kalu sy pun bat tindakan yg mcm abg gak… yarkhhh~!!
June 24th, 2009 at 2:11 pm
he says:
alahai, seramnya nak menjamah…..boleh malumkan dimana…sebagai langkah berjaga2
June 25th, 2009 at 2:27 am