Archive for May, 2009

May 24th, 2009

KENDURI

Posted in bebas by Rudy

Satu perkara yang aku perhatikan bila ke jemputan kenduri kahwin ialah gelagat tetamu jemputannya. Ironi sekali, tengah hari tadi kami memenuhi jemputan kahwin seorang staf aku di Sungai Ramal Dalam.

Tetamu sangat ramai. Makanan dihidangkan secara buffet. Cara yang lebih mudah di majlis kahwin zaman ini. Jadi, aku ikut beratur dalam barisan panjang. Satu sifat jelek yang aku lihat dalam kalangan orang Melayu yang sedang mengambil hidangan ialah yang pertama sifat orang yang suka memotong barisan. Mereka buat muka selamba badak dan tidak reti malu. Kita yang beratur ini macam patung.

Keduanya, tabiat orang Melayu ini ketika mengambil makanan seperti tidak pernah makan. Ambil ayam sampai dua tiga ketul. Daging pula dua tiga senduk. Itu belum lauk pauk lain. Lupa agaknya mereka kepada orang lain yang sama beratur kelaparan. Kemudian ketika makan, tidak pula habis (Aku lihat sendiri ada sisa makanan dalam pinggan di atas meja, ramai yang tidak makan sampai habis). Sudahnya membazir dan orang lain tidak dapat makan. Itulah sifat tamak orang Melayu yang cukup memualkan.

Seperti yang aku jangka, sesampainya giliran aku, makanan telah habis. Menunggulah barisan menjadi semakin lama dan panjang sementara penanggah mahu tambah lauk. Akhirnya, aku terdengar perbualan dua orang makcik yang bertugas melayan tetamu di situ, lauk pauk dalam simpanan sudah habis. Sedang tunggu lauk baru di masak. 

Dalam hal ini, tuan rumah tidak boleh disalahkan. Mereka sudah tentu telah membuat anggaran tetamu yang datang. Lauk pauk pasti akan cukup kalau tetamu jemputan tertib mengambil jumlah makanan untuk mereka. Maka benarlah, sistem beratur di dewan makan sekolah asrama perlu dikuatkuasakan. Perlu ada penanggah yang terpaksa mencedokkan makan supaya makanan cukup dan tiada tetamu yang mengambil hak orang lain.

Sudahnya, aku keluar dari barisan. Ambil air dan minum seteguk dua, sebelum mengajak Suri dan sicilik bertemu ayah dan ibu pengantin. Kami bersalam keruk*. Mereka bertanya makanan sedap atau tidak. Kami hanya mengangguk senyum. Kemudian kami beredar dari majlis dan menuju kedai makan di Seksyen 9 Bangi. Melantaklah kami di restoran itu. sambil kami tergelak-gelak menyuap rezeki ke mulut masing-masing.

Macam-macam!

* salam keruk – salam berisi sampul berduit. Ngele kata orang Kelantan. Kondangan kata orang Jawa.

May 23rd, 2009

SETIA

Posted in bebas by Rudy

Cemburu adalah penyakit manusia yang tidak percaya makna ‘setia’.

May 23rd, 2009

MELETUP

Posted in bebas by Rudy

Berkali-kali benda yang aku tidak suka diulang. Makanya, apabila bom jangka meletup, tolong jangan salahkan aku.