MOGA TUHAN MENDENGAR
Seorang kakak kaunselor profesional, bertanya khabar aku. Seperti selalu. Dia begitu prihatin dengan apa yang aku alami sejak tahun 2001 itu.
Sakit bagai tiada penghujungnya. Tetapi begitulah aku, Jawapan aku biasanya akan mengusulkan diri agar terus bertenang. Aku hanya katakan kepadanya, aku nikmati perit kesakitan itu dengan tawa. Enjoy the pain! Segera dia berubah muka.
Ironi sangatkan jawapan aku. Hingga membuatkan dia teruja. Kakak, sakit itu perit. Kerut dahi tidak akan memaknakan apa-apa. Justeru, nikmati saja kesakitan itu dengan hati berbunga. Pasti, akan Tuhan balasi ia dengan pahala.
Bayu pertengahan tahun dua kosong kosong sembilan, sejak akhir-akhir ini begitu berat untuk ditempuh. Ironi sekali, aku sedang menikmati kesakitan yang datang seperti selalu. Selalu. Ya, tanpa jemu. Dengan manis muka.
Moga Tuhan mendengar. Bisik kalbuku naik ke langit tingkat. Amin.


asuhara says:
moga kamu terus kuat ya rudy-san.saya doakan!
May 29th, 2009 at 11:12 am
azrullokman says:
itu pasti abang!! Allah Maha Mendengar…. sama ada cepat atau lambat saja doa kita dimakbulkan…itu ketentuan-nya… yang pasti doa adalah kekuatan kita.
May 29th, 2009 at 11:40 am
Kak Zira says:
Tuhan Maha Mendengar (Samaq) kerana itu adalah salah satu sifat ALLAH…
InsyaALLAH setiap doamu akan didengari olehNYA.
Jangan berputus asa berdoa ok.
May 29th, 2009 at 12:48 pm
warispengiran says:
Rudy-san…saya yakin, Allah itu pasti akan mendengar setiap apa jua doa hambaNya..teruskan berdoa dan yakinkan diri. jangan sesekali berputus asa.Rudy-san kuat!saya tau itu….
May 29th, 2009 at 2:30 pm
ryann says:
rudy masih sakit? sudah agak lama. harap hadapi kesakitan (yg sudah sebati dgn diri itu) dgn tabah
May 29th, 2009 at 5:07 pm
TeDI says:
semoga terus tabah dan sabar!! InsyaAllah…
May 29th, 2009 at 5:51 pm
kamato says:
Setiap kejadian itu ada hikmahnya
May 30th, 2009 at 12:36 am
kay says:
Allah Maha Mendengar!
May 30th, 2009 at 8:57 am
addyaholix says:
kamu terlalu kuat untuk putus asa kan bang rudy.
moga tuhan selalu dengar doa kamu. dan doa kami-kami untuk kamu bang rudy!
lekas sembuh. dan terus indahkan hidup manusia lain =)
June 1st, 2009 at 12:40 pm