JIRAN LAGI
Aku pulang dari kerja Jumaat lepas, jalan di hadapan sudah separuh ditutup. Ada tiga khemah putih dengan kain renda warna merah sudah berdiri megah. Aku agak jiran India itu akan mengadakan majlis besar. Jadi, aku tidak ambil kisah. Kerana sudah lali dengan perkara-perkara di luar dugaan ciptaan mereka seperti sebelum ini.
Aku ingat majlis akan berlangsung sehingga keesokan harinya sahaja. Tetapi sangkaan aku meleset. Ahad malam Isnin. Ketika jam merangkak ke angka sepuluh, dan ketika ramai penghuni jalan satu palang dua belas sudah mahu beransur ke ranjang istirahat, kedengaran lagu-lagu rancak mula kuat kedengaran. Lebih dua jam, para penghuni perumahan di jalan tersebut terpaksa mendengar lagu rancak yang sengaja dikuatkan sehingga satu taman boleh rasa gegaran dari woofer speaker. Ia diselang-selikan dengan tawa sorak mereka. Aku intai dari balik langsir, mereka sedang menari sambil minum dari botol-botol berwarna hijau. Aduhai.
Ironi sekali, seperti berjanji, jiran tetangga yang turut terganggu mula mengintai-intai dari balik langsir! Aku ketawa geli hati dalam diam.
Kadang-kadang aku pelik dengan sikap tetangga yang sebegini. Perasaan hormat seperti sudah hilang. Kesudahannya, kesabaran aku memuncak apabila jarum jam menunjukkan angka dua belas. Mereka seperti masih tidak mahu berhenti. Esok, semua orang mahu bekerja. Tiba-tiba aku teringat satu insiden di Jepun dahulu. Ketika cuti universiti musim sejuk, masing-masing pakat ke rumah sahabat di Tokyo. Jadi, apabila lama tidak bertemu, maka mulalah masing-masing berbual hingga larut malam. Sesekali pecah ketawa tanpa sedar. Kemudian, terdengar ketukan pintu. Apabila dibuka ada tiga orang pegawai Polis Jepun datang, Mereka mendapat laporan yang kami membuat bising di tengah malam hingga menggangu jiran tetangga. Serik juga, kerana kami semua hampir kena heret ke Balai Polis pada malam itu. Sejak itu kami berhati-hati.
Berbalik kepada kisah jiran aku tadi. Mula-mula aku mahu terus jumpa dengan jiran tersebut dan mohon supaya mereka merendahkan bunyi speaker. Tapi risau pula. Tak pasal-pasal jadi kes gaduh pula. Lagi-lagi mereka telah dipengaruhi oleh alkohol. Justeru, aku nekad telefon Polis. Selepas lima belas minit, sebuah kereta peronda datang. Bagaikan magis, taman perumahan menjadi sunyi. Sepi sekali. Alhamdulillah!


JP says:
Memang tensi kalau kena macam itu. Silap2 boleh jadi kes macam di Taman Medan tu….
Mujur kau telefon Polis ek…
May 27th, 2009 at 5:30 pm
cen says:
itu yang mereka tunggu…bru nak usai majlis kann..
mereka kurang prihatin dalam menghormati jiran…
sib baek ada juga sifat patuh pada ‘penjaga keamanan negara’ tu..
May 27th, 2009 at 7:53 pm
TeDI says:
salam..
maaf, komen sy mungkin tiada kena mengena langsung dengan entry saudara..
cuma apa yg ingin sy katakan..
dah 5-6 kali sy singgah di sini..
pertama kalinya mengenai entry Allahyarham Amir Yusuf.
mendengar lagu ini hati bertambah pilu…
salam..
saya suka instrumental blog saudara…
rasa sayu je..
dapat2 bila baca pasal artikel
May 27th, 2009 at 9:40 pm
Rudy says:
JP, kita hidup berpandu sejarah, jadi sebelum bertindak kena fikir2 dalam. taknaklah sampai jadi huru hara mcm di tmn medan.
TeDi, terima kasih sudi mampir. Kalau mahu download lagu ini boleh klik MELODI di sebelah kanan blog ini.
May 28th, 2009 at 7:48 am
Kak Zira says:
hidup berjiran kenalah tolerate sesama kita..
bijak tindakan awak rudy…polis adalah jalan penyelesaian..
May 28th, 2009 at 8:22 am
warispengiran says:
syabas Rudy-san..memang satu tindakan yang bijak!!!
May 28th, 2009 at 8:55 am
Charlotte Arphenee says:
salam tuan rumah,
secara kebetulan tejenguk ke halaman rumah nih. bila dijenguk-jenguk baru ingat. kita pernah bersama-sama di geng jernel tahun 2001 dahulu.masa tu irama blog belum lagi berkumandang merdu di persada alam maya nih. tapi sayang, lupa sudah akan password n nama blog saya yang dahulu.
sakit yang dulu dah baik? atau masih berpantangan.
apa pun gembira kembali berpeluang membaca rencah hidup anda seharian.
jemput ke blog saya yer.
May 28th, 2009 at 10:13 am
aliff says:
Ohh, kenduri itu hari ek? Kelakar juga bila mengenangkan selamba aje adik redah khemah kenduri diaorang dgn si enjin sibiru menderam nak ke rumah bang Dy..
May 28th, 2009 at 3:08 pm
atuk amir says:
terima kasih pada rudy sebab telah mamper ke blog atuk tu. walaupun baru sebulan jagung tapi happy sebab dapat turut sama menyumbang sesuatu yang bermakna pada umum.
May 28th, 2009 at 10:57 pm