KENDURI
Satu perkara yang aku perhatikan bila ke jemputan kenduri kahwin ialah gelagat tetamu jemputannya. Ironi sekali, tengah hari tadi kami memenuhi jemputan kahwin seorang staf aku di Sungai Ramal Dalam.
Tetamu sangat ramai. Makanan dihidangkan secara buffet. Cara yang lebih mudah di majlis kahwin zaman ini. Jadi, aku ikut beratur dalam barisan panjang. Satu sifat jelek yang aku lihat dalam kalangan orang Melayu yang sedang mengambil hidangan ialah yang pertama sifat orang yang suka memotong barisan. Mereka buat muka selamba badak dan tidak reti malu. Kita yang beratur ini macam patung.
Keduanya, tabiat orang Melayu ini ketika mengambil makanan seperti tidak pernah makan. Ambil ayam sampai dua tiga ketul. Daging pula dua tiga senduk. Itu belum lauk pauk lain. Lupa agaknya mereka kepada orang lain yang sama beratur kelaparan. Kemudian ketika makan, tidak pula habis (Aku lihat sendiri ada sisa makanan dalam pinggan di atas meja, ramai yang tidak makan sampai habis). Sudahnya membazir dan orang lain tidak dapat makan. Itulah sifat tamak orang Melayu yang cukup memualkan.
Seperti yang aku jangka, sesampainya giliran aku, makanan telah habis. Menunggulah barisan menjadi semakin lama dan panjang sementara penanggah mahu tambah lauk. Akhirnya, aku terdengar perbualan dua orang makcik yang bertugas melayan tetamu di situ, lauk pauk dalam simpanan sudah habis. Sedang tunggu lauk baru di masak.
Dalam hal ini, tuan rumah tidak boleh disalahkan. Mereka sudah tentu telah membuat anggaran tetamu yang datang. Lauk pauk pasti akan cukup kalau tetamu jemputan tertib mengambil jumlah makanan untuk mereka. Maka benarlah, sistem beratur di dewan makan sekolah asrama perlu dikuatkuasakan. Perlu ada penanggah yang terpaksa mencedokkan makan supaya makanan cukup dan tiada tetamu yang mengambil hak orang lain.
Sudahnya, aku keluar dari barisan. Ambil air dan minum seteguk dua, sebelum mengajak Suri dan sicilik bertemu ayah dan ibu pengantin. Kami bersalam keruk*. Mereka bertanya makanan sedap atau tidak. Kami hanya mengangguk senyum. Kemudian kami beredar dari majlis dan menuju kedai makan di Seksyen 9 Bangi. Melantaklah kami di restoran itu. sambil kami tergelak-gelak menyuap rezeki ke mulut masing-masing.
Macam-macam!
* salam keruk – salam berisi sampul berduit. Ngele kata orang Kelantan. Kondangan kata orang Jawa.


Rizuan says:
hi..
bila pulak u nak salam keruk i ni… keh keh…
weh, skrg kan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler kedai2 makan yg best kat bangi tu.. syorga makanan betol!
errr… ye, ttg salam keruk tu.. bila? haha
May 24th, 2009 at 7:44 pm
ryann says:
elok kalau ada orang tolong cedukkan lauk. takde la para tetamu ambil lauk lebih2.
betul apa yg rudy cerita ni
May 25th, 2009 at 5:27 am
lonlify says:
Hi, nice posts there
express’s for the compelling dirt
May 25th, 2009 at 5:40 am
warispengiran says:
setuju dgn Rudy-san…yg teruknyer biler org amik makanan mcm tak pernah makan. ala kadar cukup ler, tak perlu nak lebih2 dan membazir..geram tol..!!!
May 25th, 2009 at 8:23 am
Kak Zira says:
biasalah tabiat orang kita tak ada tertib dan tamak memang senerio biasa dikenduri kendara kekadang ringana je mulut nak menegurkan…
keruk mesti kena keruk kan rudy…
tak dapat berkat ke masa kenduri tu…
May 25th, 2009 at 9:26 am
asuhara says:
sebab tu mak saya mesti nak berhidang kala ada majlis perkahwinan. bukan apa, takutkan org datang lauk dah habis, kesiankan org yang balik dengan perut kosong mcm rudy-san ini. nasib baik sicilik tak merengek ek?
May 25th, 2009 at 10:19 am
Abang Long says:
POTONG BARISAN. Ini sikap BURUK orang MALAYSIA !
May 25th, 2009 at 11:48 am
addyaholix says:
sebab orang POTONG BARISAN, maka kamu KELUAR BARISAN ya bang? haha!
May 25th, 2009 at 12:16 pm
azrullokman says:
OMG…sian nye..g kenduri tp x dpt makan lauk kenduri…x patut betul org2 yg tamak itu!!!!
May 25th, 2009 at 12:45 pm
tentangseseorang says:
perkara biasa yang berlaku bila buat cara bufet.
May 25th, 2009 at 12:58 pm
tipahlawa78 says:
Salam Rudy,
Mmg tak dinafikan, masalah ini berleluasa di mana-mana sahaja.
Dsebabkan tu ibu tipah tidak mahu ambil risiko, acapkali kenduri di rumah.. WAJIB berhidang.. Biar mahal membayar upah pembantu-pembantu yang diperlukan, tapi puas hati.. sbb lauk pauk habis bukan kerana ‘dibazirkan’ oleh org2 yang sebegini. Dan insyallah, bila berhidang.. Belum pernah lagik kehabisan lauk sehingga selesai tetamu datang..
May 25th, 2009 at 1:47 pm
bro shy says:
salam, rudy san,
hehehe moga dlm kesejateraan,
udah menjadi tabiat orang kita kalau ada majlis makan…begitula rupanya…hehehhe
bro shy,
aku-azman.blogspot.com
May 26th, 2009 at 8:37 am
amer zaman says:
haha..bila tgk filem mat saleh kahwin, yg penting tetamu yang datang, pengapit, keluarga pengantin, dan tempat kahwin.. makanan lain cerita…
tapi yela..itu budaya dia…
hikmahnya,dapatlah bro makan di bangi tu kan? boleh buat entri makan.
BTW, kalau pnh berangan jadi PM,anda di tag.
May 26th, 2009 at 9:03 am
ainyusof says:
owh, sikap tak suka beratur ni mengingatkan saya pada entri Kaf-Lam-Ya-Nga… seorang wanita (KellyNg)berbaju hijau yang potong barisan..
May 26th, 2009 at 4:33 pm
He says:
rasanya rudy biasa dgn org Jepun kan…memang mereka suka beratur tak seperti sesetengah kita kan…patut mereka itu dicampak di jepun sekejap tgk dan rasai sikap diri mereka
May 27th, 2009 at 12:43 pm