May 6th, 2009

RASA

Posted in bebas by Rudy

Alif

Apakah semua kebaikan perlu kita tonjoli. Semata-mata untuk diketahui. Sedangkan semua itu tidak perlu kerna segala apa yang nyata dan kelam, dalam pengetahuan Sang Maha Segala. Adakah seribu kebaikan ditunjuk depan makhluk setanding dengan kebaikan yang kau tunjuk kepada Tuhan? Sahabat aku Irfan ada menghadiahkan aku ilmu. Katanya, seribu kebaikan yang kau beri, usah kau ungkiti. Buatlah kebaikan kemudian lupakan. Aku telan kata-katanya.

Ba

Dahulu kalau kawan baik sendiri tidak mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepada aku, boleh tarik muka dibuatnya. Merajuk bagai! Tapi, bila difikir-fikirkan, ucap selamat itukan satu doa. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk berdoa untuk kita. Doa sendiri kepada Sang Maha Segala lebih telus dan ampuh. Bagi orang yang sudah tua seperti aku, aku lebih suka untuk berfikir lebih mudah. Kalau tiada ucap selamat, aku abaikan sahaja. Kerna aku percaya, ada orang lain yang akan ucap selamat [Baca: doa] untuk kita. Tidak perlu mengharap.

Yang peliknya, kita masih mengharap ucap selamat dari kawan-kawan lain, sedangkan suri hidup yang jauh lebih penting daripada mereka sudah awal-awal lagi ucap selamat untuk kita. Mahu rungut apa lagi. Bukankah itu sudah cukup membahagiakan?

TA

Aku ajak tak mahu. Bila kawan-kawan lain ajak mahu ikut pula. Kemudian, apabila kawan-kawan sudah tiada di sisi, mulalah mencari-cari aku.  Aku ini hanya teman ketika sunyikah? Ujar seorang rakan melontar isi dadanya ketika makan tengahari di Kafe Dr. Fazly Asmara Ini. Aku senyum tawar. Rasa menelan duri ke dalam tenggorok.

THA

Selagi tidak aku yang memulakan tidak pula dia akan memulakan. Mengapa ya, dalam sesuatu hubungan yang kononnya mahu akrab, hanya sebelah pihak sahaja yang perlu memulakan. Tidak untuk saling memulakan? Aku diam tatkala sahabat berkongsi rasa yang terbuku di hatinya di pejabat.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

19 comments

  1. asuhara says:

    kawan…. mcm2 jenis kawan yg merencamkan hidup kita.dan dewasakan kita

    May 6th, 2009 at 10:13 am

  2. Kak Zira says:

    itu perkara biasa dalam persahabatan rudy..

    jangan mengharap orang lain memanjangkan silaturahim.

    ALLAH nak bagi pahala free yang hebat nilainya bila kita yang menyambungkan semula silaturahim yang kejap ada kejap tak ada..

    jangan mengeluh.

    May 6th, 2009 at 11:55 am

  3. rudy says:

    kak zira, itu intipati perbualan drpd sahabat2… bukan kisah saya.

    asuhara, ya ia amat mendewasakan.

    May 6th, 2009 at 12:45 pm

  4. aliff says:

    Senyumlah seindah suria…..nanti bawa cahaya:)

    May 6th, 2009 at 12:53 pm

  5. rudy says:

    setuju dengan aliff

    May 6th, 2009 at 1:36 pm

  6. miezi says:

    adalah agak mengjengkelkan orang buat baik menunjuk2.
    mari kita enjoy the pleasure of doing kindness towards others without telling the whole world :)

    May 6th, 2009 at 3:49 pm

  7. rudy says:

    jum miezie…

    May 6th, 2009 at 6:19 pm

  8. Ibah Nurbisa says:

    salam.

    Lama dulu saya follow blog arwah Ghazali. Menurut panjialam, novel nya betul dibuat oleh BlueHikari. Kalo boleh tahu. Apa nama tajuk novelnya.

    salam. :-)

    May 6th, 2009 at 6:56 pm

  9. freemawaddah says:

    It’s the thought that counts…:)
    There are times where your memory fails you..and you missed that important dates!
    (oops..sounds familiar..:P)

    Yet, you still can wish him/her sincerely. There’s no harm for wishing happiness for people, ain’t it?

    I think, both family and friends are important in our dear life. The difference might lies on the level of closeness..

    Anyway, i luv my family and friends.Only if i could register all their birth dates in my little brain…houwww..

    p/s
    Tomorrow is going to be my imoto-san no tanjyobi!!
    (i’v learnt my lesson already. Shouldn’t hv forget such a crucial date.Payah bila adik merajuk nih…)

    May 6th, 2009 at 11:55 pm

  10. ryann says:

    selamat untuk rudy

    May 7th, 2009 at 3:08 am

  11. rudy says:

    sdr Ibah, saya rasa silap info tu. Seingat saya Arwah Ghaz hanya mengikuti blog ini. Kalau mengikut mesej kpd saya, beliau menjadikan blog ini sbg terapi jiwanya. Saya tidak pernah menulis novel tentang beliau. Malah usaha saya mengenali beliau di alam nyata tidak dapat direalitikan kerana beliau tidak bersedia, hinggalah saya dikhabarkan kembalinya arwah kepada AlKhaliq. Alfatihah untuk Arwah Ghaz.

    freeM, Memberi lebih baik menerima. Ucap slmt dan sedikit momen kecil ingatan utk adindamu pasti menggembirakannya. Pahala besar.

    kak ryann, slmt jua untuk akak. sihatkah?

    May 7th, 2009 at 9:00 am

  12. Rudy says:

    mizie, setuju..jom raikan!

    May 7th, 2009 at 1:07 pm

  13. dasarhati says:

    Yang ‘Ta’ tu, mcm lirik lagu Cuba – Faizal Tahir pulak. heh.

    May 7th, 2009 at 9:18 pm

  14. amer zaman says:

    sukar juga ya…
    erm…biar masa tentukan..

    May 7th, 2009 at 11:05 pm

  15. rudy says:

    dasar, eh ye ke? tak pasan pulak.

    amerzaman, apa khabar bro. masa akan tentukan dan let it be kan?

    May 8th, 2009 at 8:35 am

  16. azrullokman says:

    murah dengan senyuman…hidup pasti bahagia…

    May 8th, 2009 at 8:12 pm

  17. amer zaman says:

    alhamdulillah sihat…

    May 9th, 2009 at 2:07 am

  18. cyMa says:

    juz wanna share d stori bro! kemaafan dendam yg terindah…

    Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

    Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

    “Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”, beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

    Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

    Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

    “Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?”, tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

    “Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”, beritahu Cikgu Mariam.

    Menyayangi lebih baik darpada membenci.

    May 11th, 2009 at 5:47 pm

  19. Ibah Nurbisa says:

    Salam Rudy
    Mungkin tersalah info tentang Arwah Ghaz. Terima kasih kerna sudi berkunjung dan untuk ucapan selamat. :-)

    May 11th, 2009 at 8:34 pm