Archive for April, 2009

April 10th, 2009

PINDAH LAGI

Posted in bebas by Rudy

Maaf. Urusan perpindahan server dari Cyberjaya terpaksa dibuat sekali lagi minggu lalu akibat beberapa masalah teknikal yang sering berlaku.  Selepas berpindah ke TPM, sedikit masalah timbul dengan enjin wordpress yang tidak serasi dengan mySQL di server baharu. Lantas urusan menaiktaraf kepada sistem wordpress terkini terpaksa dilakukan. Barulah bluehikari menjadi stabil pada hari ini.

Ironi sekali, saat bluehikari menghadapi masalah, empunya badan pun turut sakit. Keadaan cuaca sedikit sebanyak menggangu kesihatan diri. Maka beberapa hari ini hanya duduk di rumah menunggu suhu badan turun semula. Kali ini agak teruk kerana muscle dari lutut ke peha kanan seperti tertarik dan aku tidak boleh berjalan. Nak qada hajat terpaksa mengengsot ke tandas dan solat secara duduk sahaja. Barulah aku mengerti betapa sukarnya mereka yang OKU.

Maka benarlah, kita tidak punya apa-apa. Semua kekuatan datangnya daripada DIA.

April 6th, 2009

CELEBRAL PALSY

Posted in bebas by Rudy

Salahkah kalau dia celebral palsy. Dia juga manusia seperti kita. Yang memerlukan kasih sayang sepertimana Tuhan anugerahi dia dengan cintaNya.

April 5th, 2009

SEPARA PENUH BULAN INI MALAM

Posted in bebas by Rudy

Langit Saigon mendung.
Semendung hatiku.
Berbalam-balam.


kredit foto Maurina: Saigon Cloudy Sky

Lama. November berliku yang lalu. Aku ingat aku sudah bebas sepenuhnya. Tetapi seawal minggu lalu kemeruduman kesihatan diri agak menjengkelkan. Aku tidak syak apa-apa hinggalah aku mula tertanya-tanya. Takkan nexium 40 mg itu yang selalunya melegakan gastroesophageal reflux disease aku gagal melaksanakan tugasnya kali ini.

Nekad dalam deru angin, dentum guruh dan lebat hujan, aku memandu ke Taman Datuk Harun, PJ. Rawatan malam kelmarin dipenuhi dengan muntah. Lendir hitam yang cukup memeritkan dada membuak-buak muntah entah dari ceruk mana dalam badan ini. Terima kasih Suri. Kekasih yang sering menemani aku ketika susah dan senang.

Jom mandi ais!