Archive for April, 2009

April 16th, 2009

ROKOK NGERI

Posted in bebas by Rudy

Makan di sebuah restoran di kampung hujung minggu lalu. Aku tercuri dengar perbualan antara tauke restoran dan seorang pak cik.

Pak cik: Dik, rokok yang tak ada gambar ada tak?

Aku rasa macam pelik. Terus memasang telinga.

Penjual rokok: Tak adalah pak cik. Semuanya dah ada gambar ni. Kurang sikit orang beli sekarang.

Pakcik: Itulah. Pakcik ngerilah. Tak apalah, pak cik beli gudang garamlah. Walaupun tekak sakit tapi nyaman sedikit mata ini.

Aku geleng kepala. Orang macam ini pun ada.

April 15th, 2009

SAYANG DIA

Posted in bebas by Rudy

Sayang manusia setakat mana sahaja. Berilah mereka seribu persen sekalipun natijahnya kasih sayang itu tidakkan abadi. Sayangi diri sendiri lebih dari sepatutnya. Aturkan tindak hidupmu sebaik mungkin. Yakin Sang Maha Segala lebih edan mengasihimu. Bukankah kasih sayangNYA lebih abadi akrab dan dekat. Tanpa perlu kau sangsi dan penat mengharap.

April 13th, 2009

KONGSI

Posted in bebas by Rudy

Renyai hujan. 11 malam Jumaat.

Aku: Ala, cilik tidurlah kat katil cilik. Tak payahlah tidur dengan papa ngan mama. Cilik kan dah besar. Mahal tau papa beli katil kereta cilik tu. Sayang tak da sapa nak tidur.

Sicilik: Tak baik tau papa tak bagi saya tidur dengan mama ngan papa.

Aku: Kenapa pulak tak baik?

Sicilik: Mama cakap kita tak boleh kedekut. Kita kena kongsi-kongsi. Tak boleh kedekut nanti Tuhan marah. Papa tak takut Tuhan ke?

Aku: gulp!