April 21st, 2009
Rezeki Minggu Setiausaha.
Saban minggu terima jemputan ‘talk show’ sejak akhir Mac dua ribu sembilan. Entah mengapa rezeki dua ribu sembilan murah sekali. Maha suci Sang Maha Segala yang karunia rezekinya melimpah ruah. Moga-moga tindanan rezeki demi rezeki ini tidak melalaikan. Tambah tundukku manut jalanMu Tuhan.
Kota Kinabalu, aku datang!
April 20th, 2009

“….jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyinsing; kerana hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita.” Raja Nazrin Shah.
Manikam kalbu.
April 19th, 2009
Buatlah apa sahaja yang anda suka, ujarnya.
Dan kata-kata itu cukup-cukup menghiris jiwa. Berdarah.
Benarlah. Airmata lelaki sukar tumpah kalau tidak kerana sesuatu yang menyentuh jiwanya.
Menangis lagi. Hanya di dalam hati. Cukuplah.