March 9th, 2009

SUMBANGAN KHAIRAT ALLAHYARHAM ANAKANDA AMIR YUSUF

Posted in bebas by Rudy

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

 
* kredit foto Fajaril.net & izani.co.uk

Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga.  Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian. 

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. InsyaAllah semua sumbangan akan disalurkan terus kepada Fajar melalui akaun banknya. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

19 comments

  1. SHIMI says:

    Salam Rudy,
    Murni sungguh usaha ini.
    Insyaallah semoga kita semua dapat bantu membantu sesama kita

    March 9th, 2009 at 8:44 pm

  2. SangPelangi says:

    Bro, Paypal tak bolehkah? Simkad Maxis saya dah luput, tak dapat nak guna M2U untuk request TAC.

    (sudah dipanjangkan berita ini di blog saya)

    March 9th, 2009 at 10:52 pm

  3. Kau, buat kukepingin gelaran ayah. : : SangPelangi says:

    [...] rujuk blog Fajaril dan maklumat lanjut di blog Bluehikari Sila bookmark jika berminat: Sudah menjadi ahli Sahabat Sang Pelangi? Ada hadiah bonus, tau. Sila masukkan: [...]

    March 9th, 2009 at 10:53 pm

  4. XiS says:

    Rudy
    I was about to find out about this, but didn’t know whom I should ask. Thanks for the same info left in my blog comment. Insya’allah…

    March 9th, 2009 at 11:32 pm

  5. En Kid says:

    Ya Allah..
    Tabahkan hati abg fajar..alhamdulillah, semoga usaha murni abg Rudy mendapat keberkatan dariNya..

    March 10th, 2009 at 12:05 am

  6. Dja Durham says:

    Salam

    Saya di UK sekarang. Boleh tau tak agaknya la kan kalau2 kawan2 saudara fajar ada membuat kutipan di UK juga melalui ke akaun dia terus ke?

    Boleh saya dapatkan no akaun sesiapa di UK kenalan kepada saudara fajar ni?

    Thanks

    Ni email saya…

    hadijah.jaffri@dur.ac.uk… email university .. thanks again

    March 10th, 2009 at 4:40 am

  7. warispengiran says:

    baru menjengok semula ke sini setelah bercuti..bergenang jua air mata lelaki ini setelah mengetahui pemergian amir yusuf…al fatihah…

    March 10th, 2009 at 7:36 am

  8. sumbangan khairat allahyarham anakanda amir yusuf « NashRiza’s says:

    [...] Posted on March 10, 2009. Filed under: family | Tags: derma khairat | Peluang untuk menderma kepada sahabat kita yang sedang ditimpa kepayahan atas pemergian anakanda tercinta, Amir Yusuf. Silalah menderma kepada yang sudi (dipetik dari Bluehikari): Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. [...]

    March 10th, 2009 at 10:16 am

  9. xiao hong says:

    salam

    terima kasih kerana membuka ruang… saya pernah email kepada fajar, bertanya bagaimana nak menyalurkan bantuan untuk arwah anakanda amir yusuf… tiada balasan… saya kira fajar memang tak mahu menyusahkan sesiapa… alhamdulillah sekarang melalui rudy… dapat juga menyumbang sesuatu untuk arwah anakanda amir yusuf… bukanlah banyak mana pun mampu saya sumbangkan… namun mengenangkan keadaan fajar sekeluarga di sana… alhamdulillah… Allah SWT sahajalah yang membalas budi rudy… terima kasih

    March 10th, 2009 at 11:37 am

  10. azma says:

    Salam,

    Alhamdulillah .. ada juga ruangan utk disumbangkan bentuk kewangan kepada Fajar sekeluarga.. Mmg terlintas di awal pagi utk menyumbangkan sedikit bantuan.. moga2 dapat meringankan bebannya disana..

    March 10th, 2009 at 12:20 pm

  11. XiS says:

    Rudy

    I posted this same message in my blog. But i am afraid, Fajar would not like it. hmm….

    March 10th, 2009 at 1:46 pm

  12. walkthrulife says:

    terima kasih atas usaha murni ini..

    March 10th, 2009 at 2:00 pm

  13. Si Kecil Yang DisayangiNya « Blog HE says:

    [...] Membaca blog dan menelah jalan kehidupan manusia memang mangajar kita sesuatu khususnya mengimani kewujudan dan kekuasaan Yang Maha Esa. Membaca resah gelisah dan ujian Allah terhadap hambaNya di blog Fajaril yang HE lompat dari blog rakan, Rudy Bluehikari sangat menghibakan dan menyentuh perasaan.  [...]

    March 11th, 2009 at 1:18 pm

  14. duwenk says:

    takziah kpd Fajar dan doa dari jauh hanya dpt mengiringi rohnya..

    Mohon maaf, tiada bantuan materil yg dpt meringankan beban, namun kejayaan seorg bayi akan lebih berbangga menjadi ahli syurga buat ibubapanya…

    al-Fatehah

    March 11th, 2009 at 4:57 pm

  15. Jigo says:

    Rudy,

    Terima kasih kerana buka ruang.

    Salam takziah untuk Fajar. Moga terus kuat!

    Al-Fatihah

    March 11th, 2009 at 5:45 pm

  16. addyaholix says:

    alfatihah dan doa buat adik amir yusuf.

    dan kamu hatinya mulia bang rudy.

    March 11th, 2009 at 10:02 pm

  17. Rudy says:

    Sahabat-sahabat, terima kasih kepada yang menyumbang apa sahaja, doa, tenaga dan wang ringgit. Jumlah terkumpul setakat ini RM1930.00. Jazakallah!

    March 12th, 2009 at 8:35 am

  18. azma says:

    Salam…
    saya sudah menghantar email kepada rudy.. mengenai perihal ini.. namun tiada jawapan… Jika Rudy membaca komen saya ini, sy minta sekiranya Rudy melapangkan masa utk membalas email saya… untuk pengesahan selanjutnya..Maaf jika sy menganggu dan Alhamdulillah di atas sumbangan yg telah dikumpulkan…

    March 12th, 2009 at 11:23 am

  19. Rudy says:

    sdr azma, emel ke alamat mana? so far tak ada pun. sila emel ke shouganai77(at)gmail(dot)com.

    March 12th, 2009 at 7:30 pm