March 5th, 2009

BINGKISAN DARI GLASGOW DAN LONDON

Posted in bebas by Rudy

ALIF 

Andainya kau ada Amir Yusuf, sanggupkah engkau lepaskan dia pergi setelah lama berjuang?“, Bingkis es-em-es NFAM dari Glasgow itu aku terima lewat Zuhur petang semalam. 

Dan aku bagai kehilangan kata-kata untuk membalasinya.

BA

“Tidak boleh tidur. Entahlah, kadang-kadang rasa murung, down, sedih, kosong etc. Dulu masa kat KL pun selalu termenung di pejabat dan rumah. I don’t know why I don’t have life like the others. Why am I like this? I just felt much much empty after I lost my mom and dad. Sedihlah bawa diri seorang di tanah orang. No one cares about me to be honest. I know even more that just single and lonely most of the time. It ‘s hard for me but dunno when I will become a better man and have a proper life“, Bingkis AK pula tika London diterjah salji tebal; jam 2.22 pagi kelmarin.

Sekali lagi. Aku bungkam mencari kata-kata untuk membalasinya.

THA

Sahabatku yang sedang mengaji PhD; NFAM dan AK. Nah, aku bingkiskan lapan tahun entri di Bluehikari untuk kalian andalkan kekuatan mengharungi geroda cubaan Tuhan. Moga Tuhan karuniakan kalian, segenap kekuatan dan kesabaran mendepani hidup. Alfatihah!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

15 comments

  1. walid lomoi says:

    NFAM adalah sahabat saya semasa belajar di perak. kami semua turut merasakan penderitaan yg di alami beliau walaupun tidak jelas apakah sebenarnya penyakit yg di alami oleh amir yusof.

    March 5th, 2009 at 9:44 am

  2. warispengiran says:

    buat sahabat itu, bersabarlah…pasti nanti akan datangnya kegembiraan sepertimana Allah turunkan pelangi selepas Dia hilangkan matahari dan turunkan hujan….

    March 5th, 2009 at 10:21 am

  3. ciketon says:

    perbualan dgn seorg rakan yang dah lama tak jumpa semalam…

    “bila kita terlalu project ape yang jadi ms hadapan, kite sukar menghargai nikmat yang ada sekarang”

    March 5th, 2009 at 11:41 am

  4. duwenk says:

    Kadang-Kadang bila kita sendiri ada yang memerhati. Selain NYA, ada mata-mata yang kita sendiri tidak sedar. Antara makhluk-makhluk halus, ada juga yang lain. Roh-Roh yang pergi juga akan memerhati kita. Kerana kuasa Tuhan ada yang menghubung antara manusia. Doa, ingatan, Bacaan Yassin, atau zikir-zikir yang jadi penghubungnya.

    March 5th, 2009 at 12:26 pm

  5. kak zira says:

    Nun (tinta) dan kalam (pena/pensil) adalah yang pertama ALLAH ciptakan sebelum ALLAH mencipta sekelian yang lainnya.

    Kalam yang diperintahkan oleh ALLAH untuk menulis ketentuan setiap makhluk sehingga hari kiamat iaitu qada dan qadar kita yang diletakkan di luh mamfuz. Tiada siapa yang mengetahui kecuali ALLAH

    Apakah mampu untuk kita mengeluh dan mempertikaikan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

    Sentiasa ingat di dalam hati semua makhluk di dunia ini diberi ujian yang berbeza-beza. Semuanya diuji tioada yang terlepas.

    Jika kita diuji dengan satu keperitan jangan sesekali memandang orang yang di dalam kesenangan sebaliknya bersyukur dan sentiasa melihat orang yang berada lebih didalam kesusahan berbanding kita.

    March 5th, 2009 at 1:12 pm

  6. Rudy says:

    Walid, saya setuju dengan anda.

    duwenk, pendek kata, kepada Dia kita mengadu dan meminta2.hambalah kita duli ciptaanNYA.

    Ciketon, ya, kadang2 kita terlupa. alpa sekali.

    waris, doamu aku aminkan.

    Kakzira, jazakallah. amat terkesan sekali. Kakzira dah pergi kursus ESQ?

    March 5th, 2009 at 2:22 pm

  7. kak zira says:

    Akak memang plan nak pergi..heh hehh nanti dalam masa2 yang terdekat ni…memang baru aje check hari tu..

    payahnya sebab hari ahad…so nak kena kautim baik2 ngan cik abang hehe heh

    March 5th, 2009 at 2:45 pm

  8. aliff says:

    Dulu selalu rasa macam down je. Namun bila fikir balik, betullah dalam diri hamba Allah itu, sudah cukup isinya untuk ujian yang diberi, cuma hati kita sahaja…

    Percaya kepada qada dan qadar…….

    March 5th, 2009 at 2:57 pm

  9. Rudy says:

    kak zira, pergilah. mmg best. kalu boleh bawak cik abg sekali.

    aliff, kan?…

    March 5th, 2009 at 3:00 pm

  10. kak zira says:

    hmm sebab tak leh gi sekali lah nak kena kautim baik-baik tu siapa nak jaga bobot and deena…hehh heheh kena ada MOU awal2 hmcm ni eeh hehe

    March 5th, 2009 at 3:51 pm

  11. asuhara says:

    blog ayah amir yusof mmg sudah menjadi rutin singgahan saya, memang kadang2 dah tak tau nak beri kata2 apa lagi untuk dugaan yg tuhan berikan pada mereka sekeluarga. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. cuma doa dari hati yg tercapai waktu ini.

    untuk kawan kamu di London itu Rudy-san, moga dia tak hilang terus dibuai sunyi. Kita masih ada Dia untuk mengadu kesunyian kita. Moga entri kamu yg 8 thn itu bisa buat dia bangkit terus dari kesunyian dia

    March 5th, 2009 at 4:20 pm

  12. farahmawaddah says:

    1.Sebut je london..zupp…TRAUMA. insiden london bombing’05 tu terbyg2,dgn diri sendiri yg nyaris2 jd victim kat King Cross tube aritu..sipi2 je lagi..:(

    2.Syukur pada Tuhan.Saya dan kwn2 sume terselamat.Alhamdulillah.

    3.buat member en.rudy di sana, bak kata Muaz bin Jabal…mari kita duduk dan beriman sejenak.bila jauh2 mcm ni, mmg kdg2 hati kosong..apatah lg bile kurang pengisian.kena top-up the e(emotion)and s(spiritual) factor tuh..

    4.keep up the fighting spirit.and yup, don’t ever, EVER give up!All the best to u!:)

    March 5th, 2009 at 11:01 pm

  13. ryann says:

    semoga sahabat rudy diberi kekuatan…juga kita

    March 6th, 2009 at 7:11 am

  14. suara says:

    Salam Rudy…

    NFAM
    Saya teringat kata-kata seorang ustazah… anak2 kecil yg meninggal sebelum baligh, akan menjadi bidadari kecil yang menghiasi syurga… menunggu dgn setia datangnya ibubapa mereka. Ia buat saya terfikir, kehidupan anak-anak itu jauh lebih terjamin berbanding kita diakhirat nanti kerana mrk telah dijamin syurga oleh Allah…

    Perlukah Amir Yusuff dilepaskan setelah lama berjuang? Saya tahu bukan saya yg harus menjawabnya…

    AK
    Sunyi? Mohon saja pada Allah agar sunyi itu menghindari dan yg kosong akan terisi dengan sebaik cara. Saya mengalami, saya merasai dan saya memahami… Kosong – itulah jiwa saya dulunya

    March 6th, 2009 at 1:42 pm

  15. Casino 1241119253 says:

    Casino 1241119253…

    Casino 1241119253…

    May 1st, 2009 at 6:41 pm