DUA LELAKI TERPUJI
Lewat malam minggu lepas aku ketika melewati jalan masuk ke kawasan perumahan aku, aku terlihat kelibat sebuah kereta kancil warna biru gelap. Terhenti di tengah jalan. Dengan lampu tinggi dan lampu kecemasan dihidupkan. Aku merapati kenderaan tersebut sebelum terlihat kelibat dua lelaki sedang memegang tukul dan batu bata.
Ketika melewati mereka, dan mata menyoroti apa yang mereka sedang lakukan, aku jadi bangga mempunyai rakyat Malaysia seperti mereka berdua. Sebenarnya jalan menuju ke kawasan perumahan kami itu ada lubang. Lubang itu tepat di selekoh. Lubang itu pula bekas korekan akibat kerja-kerja kontraktor yang menanam kabel tetapi membuat kerja penyudah menampal semula lubang dengan tidak semenggah.
Tiap kali melewati selekoh itu, semua kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak lubang dan akhirnya menjadi sedikit kesesakan. Rupa-rupanya ada dua sahabat yang prihatin itu datang di tengah malam menampal lubang itu dengan batu-bata yang dipecah-pecahkan. Sebelum itu aku terperasan juga ada dua kampit tanah di letakkan dalam lubang itu. Mungkin kerja mereka juga. Tetapi dek kerana dilalui kenderaan berat saban hari, tidak sampai seminggu kampit berisi tanah itu terburai.
Aku tabik dengan ahli masyarakat seperti mereka itu. Jadilah aku termalu sendiri kerana benda sekecil itupun aku tidak terfikir untuk menyumbang. Mahu harapkan Majlis Perbandaran Kajang entah bila mahu diselesaikan. Dah dua kali mengadu, tetapi mereka buat tidak tahu! Terlalu birokrasi! Sampai terpaksa penduduk mengambil tindakan sendiri! Kalau lambat bayar cukai pintu, cepat pula menghambat kami!



En Kid says:
Huhu..
Demikian lah gelagat segelintir PBT..sukar bertindak untuk kepentingan rakyat, tapi untuk kepentingan sendiri..hal-hal mencari salah orang lain..cukup pantas..
Aduh..
March 2nd, 2009 at 1:12 am
paiseh says:
tak birokrasi tak malaysia lah. hahahaha.!!
March 2nd, 2009 at 3:18 am
AyAres151 says:
SINI pun sama..tunggu Kasut Jaisi ese bengkok barangkali…
March 2nd, 2009 at 3:21 am
addyaholix says:
kita lebih suka sekadar melihat dan komplen. itu realiti.
March 2nd, 2009 at 11:36 am
warispengiran says:
syukurlah masih ada insan yang prihatin dlm era kebendaan ini.
March 2nd, 2009 at 6:07 pm
parapara_sapura says:
jalan berlubang ok lagi..kalo lubang berjalan?..aduh..(hari ni korek kat sini..esok korek kt sana pulak)..jenuh mengelak.
March 2nd, 2009 at 7:13 pm
coy says:
Komplen jek kat suratkhabar pasal yang buat tak tau tu.
March 3rd, 2009 at 10:29 pm
farahmawaddah says:
A rare yet noble action..BRAVO!!
Recommend a Golden Heart Award for these guys…sejuk perut ibu mengandung insan berhati mulia cam nie..:)
March 3rd, 2009 at 10:32 pm
sidugong says:
lapor kat akhbar SINAR, nama dapat, malu pun dapat, haha
March 4th, 2009 at 1:01 am
JP says:
Aku rasa bila ada pilihanraya kecil nanti di tempat kau tu baru jalan ok Rudi.
March 4th, 2009 at 1:58 pm
kak zira says:
tahniah untuk dua jejaka yang terpuji itu..semoga ALLAH merahmati mereka…
March 4th, 2009 at 4:04 pm