Archive for February, 2009

February 19th, 2009

SIM-ALIF-NUN-YA-TA-ALIF

Posted in bebas by Rudy


* masih ada lagi produk ini rupanya

Aku masih ingat masa kecil-kecil dahulu. Aku sering disuruh mak membeli Sanita. Penjual akan balut elok-elok dalam surat khabar lama dan aku bawa pulang dengan hati girang. Girang bukan kerana Sanita itu. Tetapi kerana mak upah aku dua puluh sen untuk beli jajan (makanan ringan) yang aku suka.

Aku tidak tahu apa bendanya Sanita itu hinggalah aku masuk darjah enam. Ketika mencuri dengar perbualan dua budak perempuan sekelas aku tentang pengalaman mereka memakai sanita. Terus aku tepuk dahi! Adoi! Sejak itu, aku menolak permintaan mak untuk membeli Sanita di kedai itu. Malu seh!

Ironi sekali, zaman ini penjualan tuala wanita dibuat secara terbuka. Malah iklan mengenainya terpampang tanpa silu di media massa.

February 19th, 2009

Protected: FIRUS-FIRUS BENCI

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


February 17th, 2009

DALAM TERANG IA TERSEMBUNYI

Posted in bebas by Rudy

Entah kali keberapa.

Benarlah kata Tuhan, jika kebaikan demi kebaikan yang kita beri, timbal baliknya adalah kebaikan yang Dia balasi. Syukran ya Tuhan. 

Alangkah indahnya jika sifat yang baik tetapi tersembunyi itu menjelma menjadi realiti. Sifat yang baik ialah sifat Sang Maha Segala. Sifat alHaq. Disorok di mana pun ia, tetapkan ia muncul jua. Manakala sifat baharu dan bathil pula, akan tenggelam tanpa kita paksa-paksa.

Maha suci Tuhan yang menggetarkan dua hati untuk bertaut, meski tertanam diam di dalam hati, lama, tanpa bersahut. Ya, silaturrahim tidak semestinya dengan mulut. Tanpa bersemuka pun, ada telepati komunikasi merenjat diri tanpa kalut. 

Maha suci Tuhan. Sujudku memohon ihsan.