Archive for February, 2009

February 24th, 2009

PANGGILAN

Posted in bebas by Rudy

Lewat malam kelmarin aku dapat panggilan jauh dari seberang laut. Dari Kota London. Sahabat mencari aku yang jauh di mata ini. Semata-mata untuk mengadu serabut di kepalanya. Seputar isu pengajian doktor falsafahnya. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga. Sampai sejauh itu dia mencari aku. Sedangkan aku bukanlah seorang kaunselor bertauliah untuk meladeni masalahnya.

Mungkinkah aku ini manusia yang dianugerahkan Tuhan kosong perpuluhan kosong kosong kosong kosong….(infiniti)… satu zarah sifat Maha Mendengarnyakah? Manisnya persahabatan andai ia dibajai dengan keikhlasan demi mencari redha Tuhan.

ね、頑張って。応援するから。お前なら、できるよ!

February 23rd, 2009

YUSUF 12

Posted in bebas by Rudy

Dalam debar. Aku menanti. Helaian demi helaian aku bingkiskan kepada hati. 

“Talian sentiasa terbuka”, ujarnya. Tidak terjangka.

 Dan spontan dengan itu, hujan turun dengan lebatnya.

Sujudku Tuhan. Syukran pada rintihku yang Kau dengar saban waktu tanpa jemu.

* “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12) 

February 20th, 2009

GENG UPIN IPIN

Posted in bebas by Rudy

 

Pada mulanya mahu tengok hari Ahad malam Isnin sempena sambutan ulang tahun sicilik yang keempat. Tetapi, bila aku cuba tempah melalui telefon, hampanya semua tiket sudah penuh. Sengaja walk-in petang Ahad untuk beli tiket malam. Pun semua tiket telah habis dijual. Kemudian, aku tempah hari Isnin. Jam 9.50 malam. Aku sudah ingatkan sicilik agar tidur siang supaya dia boleh berjaga kerana itu sahaja tiket yang relevan, supaya kami tidak lepas solat Maghrib (tayangan malam paling awal jam 7.40!).

Aku ingat hanya budak-budak kecil sahaja yang akan ketawa. Tetapi, mak bapak budak pula yang lebih-lebih ketawa mengilai macam nak pecah panggung! Memang best! Siapa yang tak pergi menonton memang rugi.

Aksi yang aku tak boleh lupa dan gelak sampai keluar air mata dan sakit perut; ketika Rajoo, Upin dan Ipin menggelongsor turun macam naik roller coaster dan terhenti di atas tebing tinggi. Dialog Rajoo, “…ingat masa depan….Upin…”, sebelum mereka terjunam jatuh ke gaung. Satu lagi semasa lembu Rajoo menggoyangkan susunya. Close Up kamera sangat dekat dan aku menahan ketawa sampai senak perut!

Saya percaya akan ada siri kedua Geng yang akan lebih menarik lagi. Moga-moga Les’Copaque berjaya meraih jutaan ringgit supaya aku boleh menonton filem animasi mereka yang lain pula. Sicilik sudah merengek nak menonton kali kedua. Alamak!

Watak yang aku suka: Rajoo dan lembunya.
Bintang: *****

++++++

Anekdot

Tiga hari berlalu. Nasib baik kesegaran mesejnya masih rapi, ketika sampai kepada sang hati yang mulus. Menelusuri bingkisannya semalam, aku benar-benar terpana. Seperti kata sahabatku HE dalam komennya beberapa hari lepas, “…anggapkan dinding itu bersifat memelihara, bersifat pengawal…kuakkan sedikit pintunya untuk serasikan ruang disebelahnya…di situ manisnya.”

Dan aku sudah merasai sedikit kemanisannya. Seperti manisnya Fuji ringgo.

いつか君に会えるのか。