February 26th, 2009

MENGAPA YA?

Posted in bebas by Rudy

Aku selalu bertanya. Bukan kepada siapa-siapa. Tetapi kepada diri. Darihal laku wanita. Terkadang tergaru kepala aku yang tidak gatal ini. Mengapa ya kalau soalan di tanya kepada wanita, tetapi soalan juga menjadi jawapannya. Tetapi, andai ditanya kepada lelaki, terus tanpa banyak soal ia dilaksanakan. Contohnya;

“Tolong telefon semula”, Aku. Dijawabnya dengan es-em-es, “Mengapa perlu telefon semula?”. (Jawapan: tentulah akan aku nyatakan dalam telefon nanti)

“Tolong buka pintu pagar”, Aku. Dibalasnya, “Kenapa nak kena buka pintu pagar?”. (Jawapan: tentulah sebab aku nak masukkan kereta ke dalam pagar)

“Saya ada majlis rasmi tak habis lagi. Balik lewat”, Aku. Ditanyanya kembali, “Majlis apa ya?”. (Jawapan: sudah tentu majlis rasmi kerja. Kalau cakap pun tak bermanfaat kepada si penanya). 

Kenapa ya setiap kali soalan diutarakan, maka soalan jua menjadi jawapan?

* Memang kontroversi entri kali ini. Jadi saya mahu jawapan sejujurnya daripada anda yang bernama wanita. Anda yang bergelar lelaki, boleh tolong saya senaraikan lebih banyak soalan yang dijawab dengan soalan. Hahahaha! Peace!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

18 comments

  1. LitT|e^m3 says:

    jawapannya senang je abg rudy… perempuan dia nak benda tu jelas. kalau majlis.. majlis apa. kalau suruh buka pintu cakapla.. tlg buka pagar saya nak masukkan kereta atau tlg buka pintu saya terlupa bawa kunci.. saya pun buat begitu pd husband :) dan dia komplen benda yg sama juga.. “kenapa u tak boleh jwb terus ya? mesti ada je soalan lagi :D ” begitula juga cik suri abg rudy hehehehe

    February 26th, 2009 at 8:17 am

  2. warispengiran says:

    hahaha..luculah entry kali nie, tapi memang betul..kalau pompuan mesti ada jer jawapannya berbentuk soalan…lagi contoh soklan yang dijawab dgn soalan…kalau kita tgh mandi, tiba2 sabun dah abis..kita kata..tolong ambilkan sy sabun..jawapan : kenapa nak sabun?sabun dah abis ker dlm bilik mandi tue?..mestilah dah abis, kalau tak, takkan kita nak mintak yg baru..aiseyman…hehehehe…

    February 26th, 2009 at 9:16 am

  3. asuhara says:

    hehehehe….sebab tu ada lagu bunyinya:

    Karena wanita ingin dimengerti
    Lewat tutur lembut dan laku agung
    Karena wanita ingin dimengerti
    Manjakan dia… dengan kasih sayang
    (ada band)

    lagipun wanita ni biasanya berfikir secara subjektif!hehehe..gambatte!

    February 26th, 2009 at 9:43 am

  4. tentangseseorang says:

    wanita penuh dgn rasa curiga. itu hakikatnya yang kita lelaki kena terima. jika tidak seorang ibu tidak mampu menjaga anaknya dengan teliti. seorang ayah hanya merancang untuk masa depan. seorang ibu merancang untuk ketika ini. :) jalan terbaik. jawab sahaja soklan itu.

    February 26th, 2009 at 10:06 am

  5. hazel says:

    Salam rudy,

    ..sebab nak ngelat dari menjawab soklan, maka tanya soklan lain pulak hahaha..

    jadik skrg, sbg mempraktikkan apa yg saya teori kan tu, saya tanya rudy balik..”why oh why cant u just call her instead of sms-ing?”kekekeke *peace*

    February 26th, 2009 at 10:51 am

  6. En Kid says:

    Hahaha..

    Suka entri ini..sangat menarik!..

    Memang menjadi persoalan kan? dan pastinya tiap persoalan menimbulkan soalan yang lain..

    Apa yang boleh saya katakan, pastinya kepastian itu menjadi tiap wanita..maka ingin perincian bagi tiap kata-kata kita..

    tapi ada seperkara yang agak aneh bila kita mengajukan soalan mengharapkan jawapan, kepastian yang kita mahukan pula tiada dalam jawapan..

    contohnya;
    “..mahu pergi makan di mana ya?..” jawapannya, “..mana-mana..”

    “..mahu makan apa ya?..”
    jawapannya, “..apa-apa saja lah..”

    Aduh! begitu pula jadinya..
    Kesimpulannya?..

    February 26th, 2009 at 11:05 am

  7. budakbantingjugak says:

    kerana seorang lelaki yang saya cukup kenali setelah hampir 20 tahun gemar membuat ayat penyata yang selalunya tergantung…untuk apa?? menyelamatkan tengkuknya sahaja…sebagai contoh…duit hari tu dah habis ye ma…boleh tak agaknya cakap terus terang macam…duit hari tu dah habis sebab saya belanja kawan2 pejabat makan…jadi, kaum hawa tak perlu tanya kenapa habis, macam mana boleh jadi macam tu dan sebagainya…

    February 26th, 2009 at 11:30 am

  8. axim says:

    sebab itu lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain..

    :)

    February 26th, 2009 at 2:56 pm

  9. coy says:

    Eh, tak jugak lah. Kalau saya, “tolong telefon saya semuala” dan “tolong buka pintu pagar” tu saya tak akan tanya mengapa tapi majlis tu saya akan tanya majlis apa. Saya pula tak faham kenapa banyak lelaki tak nak berkongsi dengan isteri tentang tugas mereka.

    February 26th, 2009 at 6:51 pm

  10. coy says:

    oops, typo. “semula” bukan “semuala”.

    February 26th, 2009 at 6:52 pm

  11. rudy says:

    kawan-kawan, thanx for your oppinion n info. utk coy, xnak berkongsi sbb tugas suami ada kaitan dengan kerahsiaan dan terhad. Jadi terikat dgn OSA.

    February 26th, 2009 at 11:26 pm

  12. ayobkelubi says:

    “Rasa nak makan KFC lak malam ni”

    “Masakan saya dah tak sedap ya?”.

    Adehhh…walhal kita nak belanja… ;)

    February 27th, 2009 at 8:08 pm

  13. kaklong says:

    Saya perempuan. Selalunya saya akan jawab OK, untuk apa-apa statement, dan kalau soalan, jawab terus soalan dengan ringkas. Perempuan pun bukan semua sama. peace!

    February 28th, 2009 at 11:32 am

  14. parapara_sapura says:

    “tolong telefon semula..credit i habis”..”OK” “tolong buka pintu pagar..i nak masuk kereta”..”OK” “i balik lewat, ada majlis rasmi sambut bos baru malam ni”..”OK” Semuanya ok, kan boring hidup..hehehe. Kadang2 perilaku seseorang yg menjengkelkan itulah yang sgt2 kita rindukan bila kita kehilangan dia nanti..peace jugak..hihi

    February 28th, 2009 at 5:56 pm

  15. cyMa says:

    Stuju dgn para2..bro, kalo setiap soklan semudah a,b,c maka jwpn kan jd terbatas krn tiada pilihan lain..pompuan beremosi bgntung kpd bgmana seorg lelaki menanganinya..wanita mjdi suspicious krn sifat & tndaktnduk lelaki itu sndiri.hidup kite adalah apa yg kite ingnkn..maka cuba mnerima kekurangan psgn akn mjamin masa dpn yg bhgia>>iklan jab. Perpaduan..:)

    March 1st, 2009 at 1:19 am

  16. AyAres151 says:

    kita tanya : u sayang i?

    dia jawab :

    u sayang i jugak ke tak?

    March 2nd, 2009 at 3:27 am

  17. As says:

    “Tolong telefon semula”…, “Tolong buka pintu pagar”…dan..” I ada majlis rasmi, balik lewat malam ni”…maaf la ye ini bukan soalan tapi arahan yang merupakan satu permintaan atau pun satu pernyataan….arahan mesti jelas…soalan yang di aju semula hanyalah untuk kepastian….hehehe

    March 2nd, 2009 at 8:34 pm

  18. Rudy says:

    As, <– perkataan tolong itu menggambarkan permintaan. kalau arahan…Buka pintu pagar cepattt… beza besar tuh.

    March 3rd, 2009 at 7:55 am