February 25th, 2009

BAHASA

Posted in bebas by Rudy

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Bluehikari diusahakan dengan bahasa rojak dan pasar dua bulan sebelum tahun masihi dua ribu menutupkan tirainya. Kesedaran diri memungkinkan aku menyedari, betapa peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca pada suatu masa dahulu. Sejak itu aku berubah. Menulis dalam medium bahasa Melayu sepenuhnya dalam blog ini.

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini bahasaku ini diinjak sesuka hati. Seakan tidak peduli pula mereka yang punya kuasa  mengangkat bahasa kebangsaan ini untuk dilestarikan sewajarnya. Aku yang pernah tercampak di Fukushima dahulu, mahu tidak mahu terpaksa mendalami bahasa mereka untuk mendapatkan ilmu. Menghadiri kuliah, membaca teks, menulis, menghadapi peperiksaan dan melayari kehidupan aku sepenuhnya dalam bahasa itu. Malah, tanpa wajib mempelajari bahasa Inggeris dalam pelajaran butsuri (sains) dan suugaku (matematik) pun, mereka masih mendominasikan kemajuan di dunia.

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
  

Aku bangga berbahasa Melayu tanpa mengenepikan bahasa Jepun sebagai bahasa kedua dan Inggeris sebagai bahasa ketiga aku seharian. Salahkah kalau anak-anak kita menggunakan bahasa Melayu sebagai andalan untuk cemerlang? Jepun telah menyaksikan tamadunnya boleh dibina semula dalam bahasa mereka sepenuhnya. Kenapa tidak kita? Titik tolak itu datangnya daripada hati.

* lirik lagu Anak-anak kita

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. En Kid says:

    benar..
    tanpa usaha memartabatkan bahasa kita, akan luputlah identiti kita..
    soal penggunaan bahasa Inggeris, mungkin terlalu drastik pelaksanaannya tanpa mengkaji terlebih dahulu kesediaan masyarakat kita..
    apa pun, usaha kita memartabatkan bahasa ibunda dalam blog sedikit sebanyak membantu pengunjung memahami dan mempelajari penggunaan istilah pada tempat yang sewajarnya..

    terima kasih bang rudy atas usaha anda..
    :)

    February 25th, 2009 at 11:45 am

  2. addyaholix says:

    sebab itu saya selesa menulis dalam bahasa melayu. atau mungkin juga sebab bahasa lainnya saya tak fasih(baca : tak bijak).

    tapi tahniah untuk usaha kamu bang rudy!

    February 25th, 2009 at 11:56 am

  3. warispengiran says:

    setuju!!!kata nak martabatkan bahasan melayu, tp terlalu sibuk nak agungkan bahasa asing, hingga menjadi pertikaian…..apapun ahniah atas usaha Rudy-san!!!caiyok!caiyok!!!(dgn aksi sambil menggengam tangan dan mengangkat ke atas)

    February 25th, 2009 at 1:54 pm

  4. Unsunghero says:

    Rudy…hanya manusia yang tiada jati diri memandang rendah bahasa ibundanya

    February 25th, 2009 at 1:56 pm

  5. fajar says:

    Kerana mereka BENGAP

    February 25th, 2009 at 3:00 pm

  6. OP says:

    suh dorang pikir projek lain pulak. yang ini rakyat rejek.

    February 25th, 2009 at 4:19 pm

  7. paiseh says:

    panggilah mereka pulang,
    ayah nak ajar tentang kurang ajar,
    jadi mereka,
    takkan dimomok lagi.

    masalah skarang ayah pun pening2… adeh..!!

    February 25th, 2009 at 6:37 pm

  8. farahmawaddah says:

    The rationale of PPSMI is to prepare the kids fundamentally in maths and science as they enroll into tertiary education..

    However, sadly to say, this ‘va-va-voom’ project seems to benefit the URBAN kids exclusively.Ironically,the children in rural areas are struggling to cope with simple mathematical and scientific terms which could be successfully achieved in our native language.Calculation table, for example, is one of the MAJOR key to master mathematics..but these kids just couldn’t register the numbers because of the language!!A huge loss,that is..and makes life difficult for both the children and the teachers…

    Although i strongly urge my people (and pupils) to grasp the second language for SURVIVAL purposes, i still believe that it is undeniably CRUCIAL for us to make sense with what we learn.Of course, the best tool to learn these critical subjects is our native language…The language that we uphold and proud of.

    Its not to late to step back and reconsider.I hope that things will get better though, for the sake of the next generation.

    ~Juz my 2 cent~

    February 27th, 2009 at 12:05 am