GENG UPIN IPIN
Â
Pada mulanya mahu tengok hari Ahad malam Isnin sempena sambutan ulang tahun sicilik yang keempat. Tetapi, bila aku cuba tempah melalui telefon, hampanya semua tiket sudah penuh. Sengaja walk-in petang Ahad untuk beli tiket malam. Pun semua tiket telah habis dijual. Kemudian, aku tempah hari Isnin. Jam 9.50 malam. Aku sudah ingatkan sicilik agar tidur siang supaya dia boleh berjaga kerana itu sahaja tiket yang relevan, supaya kami tidak lepas solat Maghrib (tayangan malam paling awal jam 7.40!).
Aku ingat hanya budak-budak kecil sahaja yang akan ketawa. Tetapi, mak bapak budak pula yang lebih-lebih ketawa mengilai macam nak pecah panggung! Memang best! Siapa yang tak pergi menonton memang rugi.
Aksi yang aku tak boleh lupa dan gelak sampai keluar air mata dan sakit perut; ketika Rajoo, Upin dan Ipin menggelongsor turun macam naik roller coaster dan terhenti di atas tebing tinggi. Dialog Rajoo, “…ingat masa depan….Upin…”, sebelum mereka terjunam jatuh ke gaung. Satu lagi semasa lembu Rajoo menggoyangkan susunya. Close Up kamera sangat dekat dan aku menahan ketawa sampai senak perut!
Saya percaya akan ada siri kedua Geng yang akan lebih menarik lagi. Moga-moga Les’Copaque berjaya meraih jutaan ringgit supaya aku boleh menonton filem animasi mereka yang lain pula. Sicilik sudah merengek nak menonton kali kedua. Alamak!
Watak yang aku suka: Rajoo dan lembunya.
Bintang: *****
++++++
Anekdot
Tiga hari berlalu. Nasib baik kesegaran mesejnya masih rapi, ketika sampai kepada sang hati yang mulus. Menelusuri bingkisannya semalam, aku benar-benar terpana. Seperti kata sahabatku HE dalam komennya beberapa hari lepas, “…anggapkan dinding itu bersifat memelihara, bersifat pengawal…kuakkan sedikit pintunya untuk serasikan ruang disebelahnya…di situ manisnya.”
Dan aku sudah merasai sedikit kemanisannya. Seperti manisnya Fuji ringgo.
ã„ã¤ã‹å›ã«ä¼šãˆã‚‹ã®ã‹ã€‚


asuhara says:
ã„ã¤ã‹å›ã«ä¼šãˆã‚‹ã®ã‹- Insya Allah.
February 20th, 2009 at 8:27 am
warispengiran says:
mesti tonton nie…
apapun tahniah kerana telah bisa merasai kemanisan itu walaupun sedikit cuma.pasti selepas ini akan bertambah manisnya itu…
February 20th, 2009 at 8:59 am
tentangseseorang says:
ya ady juga berharap filem ni mendapat keuntungaan berjuta-juta ringgit. Sebab ady nak tgk lagi!!!
February 20th, 2009 at 9:16 am
addyaholix says:
saya selalu lewat tonton filem yang bagus-bagus. kadang-kadang langsung tak sempat tonton.
February 20th, 2009 at 9:50 am
kamato says:
ni yg tak sabar nak tenguk
February 20th, 2009 at 10:20 am
umeboshi says:
kitorg baru cadang nak p tgk upin ipin esok tgh hari. harap2 tiket masih ada. huhu..
February 20th, 2009 at 1:41 pm
kak zira says:
wah ini confirm kena gi tgk ni..ingat ahad ni nak bawak anak2….sempenan birthday si kakak..harap2 dapat le tiket.
February 20th, 2009 at 3:56 pm
En Kid says:
aduh..perlu cari ruang untuk nonton..
huhuhu…
February 20th, 2009 at 6:11 pm
rudy says:
asuhara, insyaALlah.
Kakzira, kid, umeboshi, kamato, waris, jgn lepaskan peluang. booking awal2. walk in mungkin susah hujung mggu. full house!
February 20th, 2009 at 7:42 pm
rudy says:
addy, trylah g nonton awal.
ady, kannn? xsbr siri kedua.
February 20th, 2009 at 7:43 pm
PaanMFR says:
bang, scene “ingat masa depan” lakonan semula Tol Dalang, Opah dan Bapak Rajoo tu tengok tak? Laaaassssstttt skali..
February 21st, 2009 at 12:18 am
rudy says:
paan, ada ada… ramai org dah keluar panggung masa tuh… ada 2 sceen lagi slps tu kan ekekekeek…. rugi sapa keluar awal
February 21st, 2009 at 9:34 am
ainyusof says:
huwa..kna tgu jadik vcd la cmni..kat segamat xde wayang…dah jadik kedai kain jakel…
nak tgk gak…
February 22nd, 2009 at 2:14 am
cik bie says:
xpelah..eyo meh tgk berdua ngan cik bie plklah hikhikhik..kena g wayang kat tmpt2 xglamor n jauh dr uni kot br xpenuh..cth kat IOI mall..kat jusco balakong ke..hihihi
February 23rd, 2009 at 5:03 pm
Rudy says:
ainyusof, turun kl cikguuuu bawak anak muridd
cikbie, ajaklaaa pakwe g tgkkkkk lomentikkk wooooo~
February 23rd, 2009 at 9:40 pm