February 19th, 2009

SIM-ALIF-NUN-YA-TA-ALIF

Posted in bebas by Rudy


* masih ada lagi produk ini rupanya

Aku masih ingat masa kecil-kecil dahulu. Aku sering disuruh mak membeli Sanita. Penjual akan balut elok-elok dalam surat khabar lama dan aku bawa pulang dengan hati girang. Girang bukan kerana Sanita itu. Tetapi kerana mak upah aku dua puluh sen untuk beli jajan (makanan ringan) yang aku suka.

Aku tidak tahu apa bendanya Sanita itu hinggalah aku masuk darjah enam. Ketika mencuri dengar perbualan dua budak perempuan sekelas aku tentang pengalaman mereka memakai sanita. Terus aku tepuk dahi! Adoi! Sejak itu, aku menolak permintaan mak untuk membeli Sanita di kedai itu. Malu seh!

Ironi sekali, zaman ini penjualan tuala wanita dibuat secara terbuka. Malah iklan mengenainya terpampang tanpa silu di media massa.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

15 comments

  1. warispengiran says:

    hahaha…dulu akak selalu suh beli jenama stayfree!!!pun sama balut dlm surat khabar…eheh!

    February 19th, 2009 at 12:51 pm

  2. parapara_sapura says:

    bukan budak2 je..suami2 pun merah padam muka keluar dr kedai runcit menjinjing bungkusan suratkhabar..hehehe..macam la orang lain tak tau apa isinya..sanita dan kertas suratkhabar kan dah sinonim..hihihi

    February 19th, 2009 at 1:51 pm

  3. sepol utusan says:

    samele kite bro… hahahahahhaha kenangan tuuuu

    February 19th, 2009 at 2:35 pm

  4. En Kid says:

    hahahahahahahaha…
    adoi bang rudy..
    aku tergelak seyh tengok entri kau kali ni..
    hahahahhaa…
    ada-ada saja kau ye..
    SANITA pun boleh jadi topik ya..menariks!!!

    hmm..
    sekarang terlalu banyak pendedahan terhadap perkara sebegini..tu yang makin banyak gejala aneh-aneh berlaku…
    huhuhu..

    kene balut plastik hitam pulak lepas ni..sure orang pelik…
    :p

    February 19th, 2009 at 2:42 pm

  5. si dugong says:

    Pengalaman kau sama macam aku, cumanya kau mak yg suruh tapi aku kakak yang suruh – tapi pengalamannya sama!

    Sekarang ni kalau awek aku suruh beli aku selamba jer beli.

    February 19th, 2009 at 3:16 pm

  6. ainyusof says:

    hehehe..ayah kita pn kna blikn utk kitaorg gak
    klu org ty apa benda tu, dia jwb roti canai..
    kekekeke..

    February 19th, 2009 at 3:27 pm

  7. SangPelangi says:

    Isk, kalau dah bergelar bapa nanti, kena fikir juga hal-hal macam ni.

    Aku rasa, isu ni agak sensitif. Berani kamu ya bro?

    February 19th, 2009 at 4:06 pm

  8. tentangseseorang says:

    ady juga ingat…dulu kena beli mendelah ini. ehehehe sama juga dapat upah dua posen. ehehehe

    February 19th, 2009 at 4:36 pm

  9. farahmawaddah says:

    a rekindle of bittersweet memories, ain’t it?:P

    At the very least, u had been a great service to ur mum. u shud feel proud of it..:) hehe.

    p/s maybe the 20cent serves as a penalty 4 not telling you th e’shady’ secret of Sanita..haha

    February 19th, 2009 at 4:57 pm

  10. paiseh says:

    hahahaha..! gua pun penah gak kena beli natang ni.. mak suruh beli dua je! singgit!

    February 20th, 2009 at 12:12 am

  11. he says:

    en rudy, sekarang pun masih malu ke untuk membelikannya?

    February 20th, 2009 at 12:48 am

  12. Rudy says:

    kawan-kawan, sampai skrg saya phobia kalu nak beli apa2 shj jenama benda ni. ihiksssss..mmg xbiasa…

    February 20th, 2009 at 8:39 am

  13. addyaholix says:

    bukan lagi taboo pada saya. adik beradik saya 5 perempuan. campur mak, dah 6. mak selalu suruh tolong beli. dan saya dah terbiasa. kalau ke Billion(supermarket tempat selalu saya beli), siap pilih ikut size yang macam mak suruh cari. yang panjang lah. yang nipis lah. macam-macam. haha!

    tapi sekarang bila dah besar, adik beradik yang malu nak suruh saya beli.

    dan mak tak pernah bagi saya upah =)

    February 20th, 2009 at 9:48 am

  14. rudy says:

    addy, hahahaah golongan minoriti dlm keluarga ya? ihiksss

    February 21st, 2009 at 9:35 am

  15. chemal says:

    hahaha…lucu…
    chemal ada seorang rakan yang mempunyai 7 orang adik beradik, semuanya perempuan! malah usia mereka berjarak setahun setahun. campur ibu, memang banyak stok nak kena beli. Ayahanda pon naik malu asyik nak beli roti kering tu saja. Jadi ayahanda beliau beli sekotak besar macam stok di kedai! selamaaat….

    February 24th, 2009 at 4:10 am