BANTING SATU NOSTALGIA 3: CENDOL

Setiap kali ke Pekan Banting, perkara wajib yang kami buat ialah membasah tekak dengan cendol Banting. Cendol Banting kalau menurut cerita penjualnya adalah resipi turun temurun keluarganya. Bermula dengan datuk kemudian perniagaan itu diwariskan kepada bapa dan kemudian anak-anaknya. Penjualnya berbangsa India.
Dahulu gerai ini terletak berhadapan Kedai menjual kaset KE. Tetapi kedai kaset itu sudah tiada sekarang ini. Gerai kayu beroda yang mudah dibawa kemana-mana sahaja. Pangkin memenuhi sekeliling gerai kecil itu. Kami akan duduk di pangkin dan mencicip rasa cendol itu beramai-ramai. Aku masih ingat, harga semangkuk cendol Banting hanya tiga puluh sen sahaja pada masa itu.
Ironinya, tradisi mengisar aisnya tidak pernah berubah. Masih tidak menggunakan mesin. Hanya menggunakan bangku kayu kecil yang di tengah-tengahnya ada mata pisau. Ais disagat dan jatuh ke dalam mangkuk di bawah.

Hari ini, harga semangkuk cendol Banting ialah seratus dua puluh sen! Berkali-kali ganda dari harga dahulu, walaupun menggunakan saiz mangkuk yang sama. Zaman berubah. Bentuk gerainya pula tidak berubah, walaupun menggunakan material aluminium dan bukan gerai kayu seperti dahulu. Untuk keselesaan pelanggan, sudah ada meja, kerusi dan berbumbung pula untuk pelanggan singgah.
Lokasinya kini terletak di Stesen Teksi lama Banting. Gerai paling tepi ke jalan masuk ke Panggung Wayang lama. Ia berhadapan dengan Kedai Pakaian Anakku. Jom cendol Banting!
* Aku tidak galakkan kalian makan pasembor Banting di gerai yang sama. Kurang enak. Nantikan siri seterusnya tentang pasembor Banting yang wajib dicuba.


tentangseseorang says:
jom kita outing pekena cendol nak?
pergi maskara tak bang?
February 6th, 2009 at 9:56 am
Rudy says:
jazdy, jummmm! maskara insyaAllah!
February 6th, 2009 at 10:07 am
ciketon says:
Baru pnh try mkn di situ beberapa bulan lepas..mmg sedap..tgh panas lak tu….
February 6th, 2009 at 11:00 am
AyAres151 says:
kalau Bangsa India tetapi Islam.. Masih OK..
tapi yang tak tahan.. pakai tangannnn tuuuuu….
February 6th, 2009 at 11:03 am
Rudy says:
ciketon, ehehehe!
ayares, kenapa rasis sgt ni…ihiks… yg penting kebersihan terjaga.
February 6th, 2009 at 11:42 am
ciketon says:
saya selalu mkn rojak pasembor kat dengkil..
agak sedap juga…
Saya suka g banting tapi jalannya agak kecil..hehe sbb saya gelabah2 bawak keta lane 2 hala..^_^
February 6th, 2009 at 2:59 pm
paiseh says:
wahh..! dunia dah moden. zaman dah maju..ada lagi parut ais.. memang rare nih.. tradisi.
February 6th, 2009 at 4:22 pm
rudy says:
cik eton, restoran india sblh CIMB Dengkil ke?
paiseh, mmg rare ssgt…kalus esat kat banting jgn lupa hirup cendol banting
February 6th, 2009 at 7:12 pm
warispengiran says:
biler baca part nostalgia nih, sweet sgt..pastinya segalanya memori yang sgt indah untuk dikenang…
February 7th, 2009 at 12:26 am
rudy says:
waris…betul3x…ehehehe
February 7th, 2009 at 9:39 am
amer zaman says:
salam,
kalau bro dari muar ke segamat, di jalan berdekatan gunung ledang…ada gerai cendol yang boleh tambah dengan percuma….cubalah..
February 7th, 2009 at 2:19 pm
Ciketon fazya says:
Xla.nama gerai pkman.kt gerai2 jln nk ke ptrajaya,(jln air hitam xslp sy)..
February 7th, 2009 at 3:31 pm
chemal says:
oooohhh tidakkk!!!
en.rudy telah mengembalikan nostalgia zaman kanak2 saya… rasa ingin terbang ke banting saat ini juga…Setahun yang lepas jika kempunan cendol banting, Cendol pakcik india-gerai kayu-naik basikal di depan masjd Assobirin BC pun enak juga! Tak tahu masih ada atau tidak.
Terus teringat kenangan membasah tekak dengan air sirap selasih di gerai-bawah pokok-sebelah skbc dan dikejar ‘minah bateri’ sebelum kebanting pekena cendol!
February 7th, 2009 at 6:09 pm
Azhar Ahmad says:
Ya Allah, sedapnya….
February 7th, 2009 at 6:16 pm
rudy says:
amerzaman, ini info yang bagus…arigatou!
Azhar, maha suci Allah yang mengilhamkan rasa kpd kita.
chemal, eh ini pun info terbaru pasal pakcik cendol dpn masjid BC. Balik kg nanti kena carik. Air selasih tu macam dah ingat2 lupa, ada info? sy ingat2 lupalah. tapi mcm yg jual tu arwah abg (lupa nama). tgh cuba refresh. Minah bateri ada lagi yer…kata mak saya. Masa kecik2 dulu mmg suka sakat dia. jahatnya akuuu!
ciketon, boleh bagi spesifik tmpt tak? igt nak carik.
February 7th, 2009 at 8:32 pm
he says:
saya juga penggemar cendul. Dulu kala (kisah kenangan juga), smasa di Kuala Kangsar, ada juga pengusaha cendul turun temurun, jalan menghala ke Istana Iskandariah..sedap sungguh cendolnya tambahan dimakan dengan Laksa Kuala…hemph..tak tahu ada lagi ke tidak..
February 8th, 2009 at 1:24 am
chemal says:
en rudy,
saya pon tak tahu ada lagi atau tidak pakcik cendol tu. Saya 13ribu km dari banting….oh, kalau dekat sudah lama saya sampai! Cendolnya pekat, ada gula merah-sagu mata-kacang merah. khabarnya merajuk dari Dengkil setelah tapak hentian teksi lama beralih. sirap selasih tu memang ada dulu, tapi dah lama pupus setelah kematian yang empunya gerai tersebut. Minah bateri juga sudah tiada, bonda saya bilang sudah meninggal, maklumlah saya juga bukan lagi kanak2 yang dikejarnya dulu! Tapi kalau balik kampung, jangan lupa singgah makan sate di gerai depan rumah Haji Berau, walau pernah bermastautin lama di Kajang, cinta saya tidak pernah berubah pada sate Jawa Banting!
Khabarnya gerai laksa dan kelapa bakar berhampiran Brooklands- Olak lempit itu juga sudah tinggal tapak….benarkah bagai dikata???
February 8th, 2009 at 3:35 am
chemal says:
oops… lupa pula bertanya en. Rudy,
maaf ya banyak tinggal jejak pada entry ini. Maklum nostalgia berkaitan perut-tekak ini memang manis!
Adakah lagi gerai gorengan tempe berempah yang dicicah sambal manis disitu? bertahun dahulu dengan RM1 boleh kenyang juga…. Tapi pernah juga sakit perut!
February 8th, 2009 at 3:41 am
Hafidz @ Ude says:
Cendul Banting memang champion!
ayah saya orang Jawa Banting, jadi kalau balik kampung.. pekena cendol memang satu kewajiban.
Parut ais secara manual pakai tangan.. itu yang mahal tu!
haha
February 8th, 2009 at 1:45 pm
Rudy says:
he, kalu ke iskandariah sy cuba carik nanti.
Ude, wajibkan? yeezzzaa!
chemal, sate depan rumah haji berau? hurm… ni dah pakat sedara saya ni. tempe berempah? harus ditanya pada emak. sebab saya sendri sejak tgktn 4 meninggalkan kampung. mmg xpernah tahu.
February 8th, 2009 at 1:55 pm
zoo says:
cendol dpn masjid assobirin pun dah hilang semenjak mjadi lot2 kedai.
kelapa bkr brooklands pun sudah tiada smjak kilang cat terbina diseberang jln..
cuma yg tinggal jln raya spjg dengkil – banting yg tidak byk berubah. walaupun kiri kanan jln sudah mbangun seiring perkembangan Sepang bukan K.Langat yeee hehe
February 10th, 2009 at 8:02 am
AyAres151 says:
owh..tidak Raciss..
cuba baca btol2..
KALAU bangsa INDIA tetapi ISLAM.. OK..
but Kalu bangsa India.. dan BUKAN ISLAM.. its not OK…
btw..pilihan di tangan masing2…mulut yg makan..perut yang kenyang..hehehehe…
btw.. cendol di taman univ ada dua..
satu India non Muslim di tepi jalan..
satu lagi melayu ISLAM.. di gerai sewaan milik mpjbt…
ada juga yang pilih tepi jalan…
mungkin kerana SEDAP…barangkali…
February 16th, 2009 at 2:04 am
awie79 says:
memang sedap cendol banting.diusahakan oleh india muslim.
February 17th, 2009 at 12:37 pm
awie79 says:
cendol kat taman perwira sijangkang pun sedap gak. diusahakan oleh org melayu kite.
February 17th, 2009 at 12:38 pm
awie79 says:
kelapa bakar kat Brooklands dah pindah kat kedai simpang tiga sungai manggis. kat deret kedai yang terbakar.
February 17th, 2009 at 12:41 pm
khairul says:
kedai kelapa bakar lokasi baru? senang nak parking ke?
February 22nd, 2009 at 1:22 am