February 2nd, 2009

IKAN TONGKOL KUKUS DAUN KADUK

Posted in resipi by Rudy

Bagi orang Jawa daerah Klang, ikan tongkol kukus dengan daun kaduk sudah tidak asing lagi. Tetapi, bagi aku Jawa Banting, resipi ini memang tiada dalam kamus hidup kami. Cuba bayangkan, aku temui makanan ini ketika bertandang ke rumah sahabat di Kubang Nipah. Nun jauh di utara Malaysia.

Menurut sahabat aku Meer, masakan ini diperkenalkan oleh kakaknya; Ateh yang berkahwin dengan orang Jawa Klang suatu masa dahulu. Tatkala bertandang ke Kubang Nipah, ini adalah penganan wajib yang akan menjadi habuan aku. Kerana ibu Meer memang sangat mengerti kegemaran aku sejak kali pertama bertandang ke rumahnya. Tetapi, sejak dimomokkan dengan tugas dan kesukaran untuk bertandang ke utara, aku semakin jarang untuk menikmati makanan ini. Hinggalah aku mengambil inisiatif mendapatkan ramuan untuk membuatnya daripada Ateh. Nah! Menghabiskan masa hujung minggu tanpa buat apa-apa tempohari, aku cuba membuat sendiri masakan yang sesuai untuk makan tengahari ini!

Bahan-bahan untuk dikisar;

2 ekor ikan tongkol di potong kecil
5 sudu besar kerisik
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 biji cili besar
3 biji cili api (kalau mahu lebih pedas letaklah 300 biji pun tak apa)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa (kalau nak lebih masam letaklah air perahan limau nipis pun boleh)
10 biji lada hitam
6 biji bawang merah saiz sederhana
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk oat (ini resipi tambahan Rudy)
gula dan garam secukup rasa (Rudy anti ajinomoto)

bahan-bahan untuk membungkus;

daun pisang
daun kaduk

Cara-cara membuatnya;

Kisarkan bahan-bahan yang disenaraikan tadi sehingga lumat. Tuangkan sedikit santan pekat. Kisaran mestilah pekat. Rasa gula dan garamnya [BACA: tukang masak yang terror tidak menggunakan bahan perisa seperti ajinomoto yang tidak baik untuk kesihatan].

 

Setelah itu, ambil daun pisang dan letakkan 2 helai daun kaduk seperti di dalam gambar.

Kemudian, letakkan 2 sudu besar bahan kisar tadi di atas daun kaduk.

Selepas itu, ambil ikan tongkol dan letakkan di tengah-tengah bahan kisaran tadi.

Tambahkan lagi 2 sudu besar bahan kisaran tadi di atas ikan tongkol.

Bungkus ikan tongkol seperti di dalam gambar atas dan bawah. Cara pembungkusan ini sebenarnya cara bagaimana orang Jawa buat pecal atau gado-gado dalam bahasa Pulau Pinang. Aku tahu cara membungkus sebab pernah tolong nenek berniaga pecal di pasar malam suatu masa dahulu.

Tapi kalau kalian rasa susah, buatlah bungkusan cara apapun. Janji ia terbungkus rapi dan tidak terburai! Kukus sehingga masak (dalam 20-30 minit). Untuk rasa yang lebih enak, perapkan bahan tadi dengan ikan tongkol semalaman sebelum dikukus.

Nah! Cabaran untuk para wanita! Selamat mencuba!

* Awas! Daun kaduk ini bau dan rasanya seperti daun sirih. Tolong jangan salah pilih daun yach!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

29 comments

  1. addyaholix says:

    ikan tongkol tu ikan kayu ke? yang kulitnya tebal dan keras tu?

    itu menu harian di asrama dulu. saya dah muak. tekak dah loya bila hari-hari menunya ikan yang sama. masaknya juga sama.

    February 2nd, 2009 at 1:37 am

  2. addyaholix says:

    “Bungkus ikan tongkol seperti di dalam gambar atas dan bawah.”

    mana gambarnya?

    February 2nd, 2009 at 1:38 am

  3. paiseh says:

    whoaa.. salut ah..
    unsangkarable betul gua.. incik rudy post entry resipi.. hehehe..

    February 2nd, 2009 at 2:35 am

  4. warispengiran says:

    wahhh…mcm sedap jer…tp daun kaduk tue daun aper ek?

    February 2nd, 2009 at 7:54 am

  5. Ciketon fazya says:

    Sy rs kt jhr pnh jg tgk mknn hmpir serupa name botok2..instead daun kaduk blh ltk ulam2 lain juga..

    February 2nd, 2009 at 8:09 am

  6. rudy says:

    addy, bukan. itu ikan jaket/cencaru.ikan tongkol ni kalau org buat nasik dagang biasanya guna ikan ini. eh gambar ada kan? sy jelas je ada gambar bungkus ni.

    cik eton, mgkinlah kot. sbb sy xpernah jumpa lagik kat johor..anyone?

    waris>>> mmg sedap. daun kaduk mcm daun sirih. bau dan rasanya hampir sama. tak tahulah kalau di mukah ada.

    paiseh, cuba klik categories ‘resipi’ di kanan blog. sy pernah post 4 resipi sblm ini.

    February 2nd, 2009 at 8:49 am

  7. chemal says:

    resepi berhantu yang saya rindu-rindui adalah ikan keli masak ‘getek’… en.rudy pernah dengar?

    sampaikan ketika majlis menyambut menantu abang saya dulu, saya ‘paksa’ abah jamu sekampung dengan hidangan itu!

    February 2nd, 2009 at 8:59 am

  8. rudy says:

    Chemal, aah sedap sgtt! majlis kawen sy dulupun ada hidangan ini. Inilah menu yg plg cepat habis berbanding rendang.

    February 2nd, 2009 at 9:45 am

  9. warispengiran says:

    erm..kene carik nie…eheh!!

    February 2nd, 2009 at 10:08 am

  10. tentangseseorang says:

    kekanda rudy, daun kadok itu yang menjadi masalah untuk dijumpai sekarang :)

    February 2nd, 2009 at 10:56 am

  11. rudy says:

    jazdy, kalu takda boleh ubah dengan daun pandan…. :) salad pun ok..janji kreatif.

    waris,cari sampai jaya~

    February 2nd, 2009 at 12:02 pm

  12. En Kid says:

    Salam bang rudy..
    wah..sedap lauk tu..
    :)

    insya Allah, boleh dicuba nanti..

    February 2nd, 2009 at 12:49 pm

  13. rudy says:

    kid, mesti cuba!

    February 2nd, 2009 at 1:05 pm

  14. marissa says:

    Macam otak-otak kukus je nih.. Otak2 pon lapik daun kaduk gak, except ikan tu dah dihancurkan.

    betul tak?

    February 2nd, 2009 at 3:03 pm

  15. he says:

    cantik inai dijari model membuat resepi ini…siapa namanya..hehe

    February 2nd, 2009 at 4:27 pm

  16. rudy says:

    marissa, otak2 rasanya lain. ni mmg berbeza rasanya.

    HE, ntah ek..sapa ek..

    February 2nd, 2009 at 4:39 pm

  17. aan says:

    tak pernah rase jugakkkkk… mmg jawe klang erk? ohh..kene carik memember or sedare mare kat klang

    February 2nd, 2009 at 5:55 pm

  18. zaileha says:

    Erk..betullah macam botok2 kat JOhor.Saya jawa juga tapi jarang dapat makan ni sbb lain daerah lain masakanya ..:P

    February 2nd, 2009 at 8:10 pm

  19. rudy says:

    aan…bukan. sesuai dgn dari banting ke fukushima..sah sah sy jawa banting..*wink

    zaileha kouhai, aah di johor tgk tempat jugak. jawa ni mcm2..ponorogo, pachitan, begelen etc.

    February 2nd, 2009 at 10:06 pm

  20. kingbinjai says:

    dude, mcm sedap.

    February 3rd, 2009 at 10:32 am

  21. dasarhati says:

    daun kaduk tu yg dalam peribahasa … ‘ibarat kaduk naik junjung’..sebab dia perasan dia sirih .. hehehe.

    Boleh tengok beza rupa daun sirih dgn daun kaduk kat sini: http://fazlisyam.com/

    Basically, daun sirih tu bentuk panjang dan daun kaduk tu bentuk membulat.

    February 3rd, 2009 at 11:51 am

  22. rudy says:

    dasarhati, yup itulah asalnya dtg peribahasa tu,. thanx sbb tolong explain.

    king, mmg sedap!

    February 3rd, 2009 at 2:04 pm

  23. Muslimah says:

    Assalammu’alaikum. SubhanALLAH! Enak sungguh resipi ini. Seakan-akan masak resipi Ikan Pais. Shukran atas perkongsiannya bersama. (=

    February 3rd, 2009 at 4:33 pm

  24. Azhar Ahmad says:

    Ya Allah, semalam dah testing… Memang sedap… Saya memang giler dengan makanan jawa!

    February 3rd, 2009 at 7:03 pm

  25. rudy says:

    Muslimah, sama2 berkongsi. sebarluaskan moga pahala mengalir bagai networking MLM sifatnya.

    Azhar, hah? wahhh senyap2 mencuba ya. tahniah berjaya! sebar luaskan bro.

    February 3rd, 2009 at 8:53 pm

  26. aan says:

    bukanla…saya tersalah taip. tahula rudy bluehikari jawa banting…hiks
    maksud saye, mmg makanan tuh popular dikalangan jawa klang ke?? kite kat sijangkang pon x penah tau (ala…kan dah dekat ngan klang tuh.)
    makanye kene serbu sedare mare kat klang la ye

    February 4th, 2009 at 12:05 pm

  27. snm says:

    salam en.rudy :)
    cara bungkus tu mcm tapai ubi daa :p
    MSG mmg x baik utk kesihatan. mujur mama saya masak x pnh gunakan MSG sbb kami semua alah pd MSG. klu mkn masakan yg ada MSG, confirm kepala berpinar2 2 ja slps mkn.

    February 5th, 2009 at 10:55 am

  28. snm says:

    2 jam**

    February 5th, 2009 at 10:56 am

  29. rudy says:

    aan, yup kena tanya org jawa klang…ehehehe

    snm, samalah kita mengharamkan MSG kat umah.

    February 5th, 2009 at 9:22 pm