February 1st, 2009

NOTA AHAD

Posted in bebas by Rudy

Alif

Aku agak bimbang semua dapatan dari kantung derma untuk Palestin disalur kepada pihak yang tidak sepatutnya. Aku berpandangan adalah tidka bijak menyalurkan derma itu ke Kedutaan Palestin, sedangkan yang kita tahu, kerajaan Palestin sekarang ini merupakan daripada golongan Fattah yang mendapat sokongan Amerika dan sekutu-sekutu syaitannya. Aku mencadangkan agar wang tersebut disalurkan kepada MERCY Malaysia yang sekarang berada di bumi Gaza. Mereka boleh membeli ubat-ubatan dan makanan untuk mereka. Atau terus kepada pihak yang sepatutnya mendirikan kerajaan selepas pilihanraya yang mendapat sokongan rakyat Palestin yakni Hamas.

BA

Kak Pora dalam ruangan pojoknya di sisipan akhabar Bipop mengulas rencana Datuk Johan Jaafar dalam BM minggu lepas. Berkenaan filem-filem yang menjadi alat propaganda Yahudi. Aku sedar itu sudah lama. Kak Pora sendiri menyindir artis Faizal Tahir dan mereka yang menyanjung Superman. Aku tidak menyanggah pendapatnya tentang itu. Tetapi, apabila Kak Pora menulis di nota kaki yang dia lebih minat tonton filem Cicak Man. Aku mahu gelak pula. Umum mengetahui (BACA: bagi mereka yang membaca Sirah Nabi), cicak ialah salah satu haiwan yang menjadi pembelot kepada Rasullullah SAW tatkala baginda bersembunyi di Gua Hira’. Bab ini aku sinikal sedikit. Malah tidak dapat menyokong Kak Pora. Tiada haiwan lainkah wahai produser animasi Malaysia, yang boleh diketengahkan sebagai model kepada masyarakat. Kita faham, propaganda Yahudi dalam filem yang dilabelkan sebagai ‘Sinema Holocaust’ telah mengambil haiwan-haiwan yang pernah membantu Rasulullah SAW seperti labah-labah (spiderman) contohnya, kerana kisah-kisah ini turut termuat dalam kitab mereka. Asbabnya satu, agama Islam, Yahudi dan Nasrani itu datangnya dari langit. Tapi, aku rasa ada banyak lagi haiwan yang tidak digunakan sebagai ikon oleh mereka untuk menyebar-luaskan propaganda mereka. Galilah Alquran, nescaya kita temui jawapannya.

THA

Sejak ruangan Awang Selamat diwujudkan semula di MM aku jadi pembacanya saban minggu. Minggu ini tiga rencana kecilnya; Karpal Terlepas?, Kisah Kongo dan Kugan dan Wira yang dilupakan… harus dibaca. Terutamanya perenggan akhir tulisan beliau. Kemudian jadikanlah iktibar dan cabaran kepada bangsa Melayu Islam yang semakin layu semangatnya.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

9 comments

  1. warispengiran says:

    x suke cicak…eeeee!!!geli, dah ler berak merata, penat tau balik umah ujung mgu ada jer jumper najisnyer..cheh!nyampess tul!!!

    February 2nd, 2009 at 7:53 am

  2. tentangseseorang says:

    katak man!

    February 2nd, 2009 at 10:55 am

  3. fauzan says:

    buat ar lebah man ker. Sang lebah nie kan ada tersebut dalam Quran?:) Semut man pun ok gak! Wak2 man ker, spt dlm kisah2 nabi Sulaiman tu..hehe. Peace:)

    February 2nd, 2009 at 10:57 am

  4. si dugong says:

    Ikan Nun.

    Atau pun Tapak Sulaimanman.

    February 2nd, 2009 at 11:38 am

  5. rudy says:

    waris, kan? lastik jekla.. skrg dah ada aerosol pembunuh cicak..tapi pencemaran udara lah pulak.

    sidugong, jazdy, fauzan, yup yup…bagus cdgn kalian.

    February 2nd, 2009 at 12:06 pm

  6. he says:

    buat dhab man ok tak?

    February 2nd, 2009 at 4:42 pm

  7. cyMa says:

    ~nk join group anti-cicak sedunia…

    February 3rd, 2009 at 1:45 pm

  8. Azhar Ahmad says:

    Uhuhuh, dah lama sangat tak baca MM…. Hummm… Kak pora2…

    February 3rd, 2009 at 7:05 pm

  9. Rudy says:

    he, boleh jer ihiks

    cyMa, ada ke grup tu? kat fb ada x? sy nak join gak.

    azhar, ihiks…sy beli MM sbb ruangan sastera.

    February 7th, 2009 at 8:57 pm