星

空に輝く星。その光がずっと胸に貼ってゆく。

MENGAPA YA?

Aku selalu bertanya. Bukan kepada siapa-siapa. Tetapi kepada diri. Darihal laku wanita. Terkadang tergaru kepala aku yang tidak gatal ini. Mengapa ya kalau soalan di tanya kepada wanita, tetapi soalan juga menjadi jawapannya. Tetapi, andai ditanya kepada lelaki, terus tanpa banyak soal ia dilaksanakan. Contohnya;

“Tolong telefon semula”, Aku. Dijawabnya dengan es-em-es, “Mengapa perlu telefon semula?”. (Jawapan: tentulah akan aku nyatakan dalam telefon nanti)

“Tolong buka pintu pagar”, Aku. Dibalasnya, “Kenapa nak kena buka pintu pagar?”. (Jawapan: tentulah sebab aku nak masukkan kereta ke dalam pagar)

“Saya ada majlis rasmi tak habis lagi. Balik lewat”, Aku. Ditanyanya kembali, “Majlis apa ya?”. (Jawapan: sudah tentu majlis rasmi kerja. Kalau cakap pun tak bermanfaat kepada si penanya). 

Kenapa ya setiap kali soalan diutarakan, maka soalan jua menjadi jawapan?

* Memang kontroversi entri kali ini. Jadi saya mahu jawapan sejujurnya daripada anda yang bernama wanita. Anda yang bergelar lelaki, boleh tolong saya senaraikan lebih banyak soalan yang dijawab dengan soalan. Hahahaha! Peace!

BAHASA

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Bluehikari diusahakan dengan bahasa rojak dan pasar dua bulan sebelum tahun masihi dua ribu menutupkan tirainya. Kesedaran diri memungkinkan aku menyedari, betapa peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca pada suatu masa dahulu. Sejak itu aku berubah. Menulis dalam medium bahasa Melayu sepenuhnya dalam blog ini.

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini bahasaku ini diinjak sesuka hati. Seakan tidak peduli pula mereka yang punya kuasa  mengangkat bahasa kebangsaan ini untuk dilestarikan sewajarnya. Aku yang pernah tercampak di Fukushima dahulu, mahu tidak mahu terpaksa mendalami bahasa mereka untuk mendapatkan ilmu. Menghadiri kuliah, membaca teks, menulis, menghadapi peperiksaan dan melayari kehidupan aku sepenuhnya dalam bahasa itu. Malah, tanpa wajib mempelajari bahasa Inggeris dalam pelajaran butsuri (sains) dan suugaku (matematik) pun, mereka masih mendominasikan kemajuan di dunia.

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
  

Aku bangga berbahasa Melayu tanpa mengenepikan bahasa Jepun sebagai bahasa kedua dan Inggeris sebagai bahasa ketiga aku seharian. Salahkah kalau anak-anak kita menggunakan bahasa Melayu sebagai andalan untuk cemerlang? Jepun telah menyaksikan tamadunnya boleh dibina semula dalam bahasa mereka sepenuhnya. Kenapa tidak kita? Titik tolak itu datangnya daripada hati.

* lirik lagu Anak-anak kita