DOA

“En. Rudy bela hamster ke?”, staf aku.
“Eh, taklah. kenapa?”, Aku.
“Tu dalam bekas plastik biru tu, banyak makanan hamster tu Encik Rudy buat apa?”, Dia lagi.
“Mana?”, Aku. Lagi. Keliru.
“Tu…”, Dia. Sambil memuncungkan mulutnya menunjuk bekas biru di hujung meja kerja.
“Alahai, itu simpanan oat saya. Saya memang tiap-tiap pagi makan oat. Baik untuk kesihatan. Ada pula makanan hamster, kamu ni…..”, Aku.
“La, mana saya tahu. Saya ingat makanan hamster sebab sama macam yang adik saya beli untuk hamster dia. Ha ha ha ha”, Gelak dia.
“Cis…wacchaaa”, Aku. Mahu sahaja jadi hamster gigit tangan dia.
Maaf andai entri ini amat klise.Â
Â
Seorang pengunjung bluehikari bernama Hikari meninggalkan jejak. Aku kira beliau seorang pelajar Malaysia di sana. Jejak Hikari yang mana akhirnya aku dapati menggerakkan kutipan kewangan untuk pembinaan sebuah Pusat Islam Kirovsky, Russia. Masyarakat Islam di sana mengimpikan sebuah masjid baharu yang lebih besar di Bandar Volgograd, Russia. Kebenaran telah diberikan oleh Kerajaan Russia. Tetapi, tidak disertakan dengan sumber kewangan. Mereka memerlukan 15 Juta Rubel bagi tujuan itu yang mana bersamaan dengan RM2 juta.Â
Ironinya, kutipan sumbangan wang ini dijana bantu bersama semua ahli komuniti Islam di sana termasuk kelompok pelajar Malaysia. Justeru, sebagai tangan kerdil yang tidak punya apa-apa, aku bermohon sumbangan sahabat sekaliannya melabur sama untuk kepentingan Ummah. Alangkah baiknya, pahala terus menjirus masuk ke liang lahad meski tanah sudah memamah kita kelak.

Maklumat lanjut berkenaan Pusat Islam Kirovsky sila berkunjung ke sini. Urusan sumbangan boleh terus ke akaun;
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Email: musliminvolgograd[at]gmail.com